Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2006

Ambang Merdeka!

Penutupan pesta konvokesyen dengan melepaskan belon ke udara tiga jam sebelum detik jam 12 malam Taekwando for Kids membuat persembahan Tempat ketiga, Mahallah Ameenah "Ingatkan Ali pesaing paling hebat, rupa-rupanya jauh tertinggal tempat ke empat," komen presiden mahallah Saffiyah yang menjadi juara tahun ini. Terima kasih. Basikal kampung milik pengusaha kantin Mahallah Ali Gaya mereka yang hendak menuntut kemerdekaan. Adaptasi idea dari perarakan menentang Malayan Union.

Merdeka karipap hitam

Sambutan Merdeka yang membuat aku 'geram'. Kain rentang Konvensyen Mahasiswa Melayu (KONMEK) anjuran GPMS yang diterbalikan dan latar putihnya ditulis menggunakan penyembur cat. Inilah kemeriahan dan penghargaan untuk sambutan kemerdekaan ke 49. Teringat pula ibu di kampung. Jika karipap yang digoreng ada sedikit hitam kesan daripada tepung yang terlalu lama digoreng sudah pasti ibu akan memarahiku jika aku menjualnya. Bagaimana pula dengan 'karipap' yang digantung ini? Yang lebih membuatkan aku 'geram' lagi. Ramai perwakilan residen kolej ini juga berdaftar dengan pertubuhan pelajar peringkat negara yang memperjuangan pendidikan Melayu. Tetapi merdeka karipap hitam juga disediakan.

Hitam dan Putih Sejarah Malaysia

Konsep ini dipilih atas permintaan pelajar antarabangsa yang ingin melihat sejarah Malaysia. Pada masa sama menjawab kembali persepsi negatif yang timbul setelah pelajar-pelajar antarabangsa membaca akhbar yang banyak menyentuh tentang, Melayu bertongkat, Melayu perlu subsidi, Melayu lemah sehingga perlu diubah-ubah sukatan pelajaran dan seribu satu masalah Melayu lagi yang dibincangkan atas lesen 'memperbaiki status sosial' bangsa Melayu. Keseluruhan pertandingan, Mahallah Ali memenangi tempat keempat (tiba-tiba wujud) tewas di tangan tiga mahallah perempuan (mahallah Ameenah (3), Safiyyah (1), Sumayaah (2), penganjur mahallah Asma (2) dan memenangi tempat pertama di hati residen dan pengunjung yang cukup berpuas hati dengan gambar-gambar sejarah yang tidak pernah dilihat dalam sebelum ini. Terdapat hampir 200 gambar dapat dikumpul dari Singapura, catatan diari, gambar-gambar kiriman bekas tentera Australia dan British serta gambar-gambar di sekitar Tanah Melayu. Jika berminat

Operasi Merdeka

Staf, Tuan Fahmi Mujir memanjat memasang bendera. Bendera Malaysia dari bumbung pejabat Proses kerja Kibarkan Jalur Gemilang 2006, Mahallah Ali Ibn Abi Talib Malam 31 Ogos 2005, ketika pengerusi majlis bertanya kepada para hadirin siapakah bakal juara pertandingan Kibarkan Jalur Gemilang, jawapannya hanya kedengaran nama kolej kediaman perempuan sahaja. Apabila Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib disebut sebagai pemenang tiba-tiba semua senyap dan tidak percaya dengan apa yang diumumkan. Malam 31 Ogos 2006, saingan makin sengit. Siapa pun pemenangnya, Mahallah Ali tahun ini memperkenalkan konsep galeri sejarah, Black & White History of Malaysia' sebagai taruhan untuk dipertandingkan. Bak kata saudara Haeqal, "Hendak mencantikan kolej mungkin bukan kelebihan kita dibandingkan dengan perempuan. Tetapi bab mencantikan pemikiran dengan sejarah, itu lebih diperlukan."

Akhirnya, bergelar graduan...

Ibu yang banyak berkorban untuk memandaikan anak-anaknya, Puan Shamsiah Bt Harun (tengah). Abang yang banyak mengorbankan masa dan wang untuk pengajian adiknya, Tuan Zulkifli Mohamad (kiri) Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Anuar Manshor , Editor Perolehan PTS Professional dan Editor buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki, saudari Firdaus Tahir atas penganugerahan ijazah sarjana muda dalam bidang masing-masing bagi pesta konvokesyen ke 22 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Cikgu Suhaimi Abdul Latif. Suka berbicara tentang politik dan sejarah. Individu yang banyak pengalaman dan kami sering memanggilnya dengan gelaran Syeikh Suhaimi. Rakan baik yang dalam kesusahan pun banyak membantu sepanjang lima tahun di sini. Saudara Syaiful Hizzam Mohd Zawai (kiri) Ijazah Komunikasi Kewartawan dan Media Cetak Pelajar terbaik Jabatan Komunikasi yang menerima Anugerah Hamka dimiliki oleh graduan Singapura (kiri) Nani, orang Negeri Sembilan. Kini menjadi penyelia di Mydin jalan Masji

Ladies Nite di UIA

resensi RTM 1 :: 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki

Saudara-saudari bukan menonton gambar hitam putih pendaratan manusia pertama ke bulan. Disebabkan ini sahaja satu-satunya televisyen yang ada di bilik, maka rakaman dibuat 'pandai-pandai' ikut cara sendiri. Jadi kualitinya amat mendukacitakan melainkan audionya sahaja jelas. Sekali lagi ini bukan rakaman pendaratan manusia ke bulan atau tayangan semula rakaman sebelum merdeka. Maaf, hitam putih warnanya kerana itu sahaja yang sempat dirakam dari kamera digital dari televisyen hitam putih

Saudara saudari berminat?

Terbuka kepada pelajar dan bukan pelajar UIAM. Berminat untuk menulis, mempromosi buku dan mengetengahkan idea saudara saudari dalam penerbitan pelajar UIA, hantarkan hasil penulisan dalam bahasa Inggeris ke campustv@malaysia.com

Bicara Pengarang: Peguam tulis buku membina karisma

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Sastera/20060817112429/Article/ Bicara Pengarang: Peguam tulis buku membina karisma Oleh Ihfayuliani Ibrahim KERJAYA sebagai peguam menuntut tumpuan yang lebih. Bagaimanakah Ahmad Naim Jaafar memperuntukkan masa antara kerjaya dan dunia penulisan? Saya mula memberi tumpuan kepada bidang penulisan selepas tamat belajar dan dalam tempoh setahun berjaya menghasilkan lebih empat buku. Saya kemudian mengikuti latihan bidang guaman dan masih melakukan penyelidikan meskipun selepas bergelar peguam. Lazimnya, saya menulis pada awal pagi antara jam 3 hingga 4 pagi selain belajar daripada Peter Drucker, guru bidang pengurusan moden. Saya juga mengibaratkan diri sebagai wartawan ketika menulis dan menetapkan masa untuk menyiapkan hasil tulisan. Buku yang dihasilkan banyak berkaitan dengan karisma. Mengapakah karisma menjadi pilihan? Karisma adalah komponen personaliti yang bermaksud kelebihan, kuasa atau kualiti individu yang membuatkan dirinya disuk

Berhati-Hati Mencari Pasangan

Petikan diambil dari http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=730 Berhati-Hati Mencari Pasangan 01 August 2006 Baik lelaki mahupun wanita pasti mencari pasangan yang ideal dan sesuai bagi menjadi teman hidup hingga akhir hayat. Menjadi keutamaan untuk mencari yang terbaik bagi diri kita dan ia memerlukan panduan membuat keputusan. Maka dalam kita berusaha mencari pasangan yang sesuai, kita tidak lari daripada realiti kewujudan individu yang mencari cinta bukan dengan matlamat jelas. Lelaki Yang Perlu Dijauhi Tuli-Anda mungkin meminatinya dan cuba memikat hatinya dengan pelbagai cara, namun respon yang diberikan sentiasa dalam keadaan kaku dan berkelakuan seperti biasa.Terimalah hakikat, mungkin dia tidak mempunyai keinginan pada kita. Penggantung-Lelaki kategori penggantung menjadikan kita sebagai sumber membiayai kehidupannya, dari sebelum berkahwin sehingga sudah berkeluarga.Ada wanita mengadu, acapkali kekasihnya hendak menghubunginya, dia hanya membuat m

Serangan Syed Munawar II

Baca entri di sini http://motivasimindamu.blogspot.com/2006/08/serangan-syed-munawar.html#links Saudara Zafran sedang 'mengira' watak-watak dalam Sahabat Kole Kacang. Disebelahnya, saudara Syed Munawar dan kumpulan dari RTM.

UIAM dan Pantai meterai perjanjian persefahaman pengurusan penjagaan kesihatan II

Gambar dan laporan Zamri Mohamad, baca di sini http://motivasimindamu.blogspot.com/2006/08/uiam-dan-pantai-meterai-perjanjian.html#links Persefahaman. Datuk Profesor Dr Syed Arabi Idid (kiri) bertukar-tukar dokumen perjanjian dengan Dr Mohd Yusop Ahmad. Datuk Profesor Dr Syed Arabi Idid

Bersuara ke arah keamanan, gesaan warga kampus kepada dunia II

Baca laporan di sini http://motivasimindamu.blogspot.com/2006/08/bersuara-ke-arah-keamanan-gesaan-warga.html#links Sokongan. Para pelajar mengerumuni ruang kompleks selepas solat Jumaat Berpuas hati. Koordinator program, Mohd Fahmi Abdul Jalil gembira dengan penyertaan warga kampus Peserta, Nurainaa Bajuni, mengajak manusia berfikir tentang sejarah. Berkata tidak terhadap ketidak-adilan. Arif Osman, pelajar dalam pengkhususan Ukur Bahan melontarkan mesej yang mendalam. Suara antarabangsa. Pelajar kejuruteraan, Azrad Ali memberi gambaran dunia ideal

Sembang Sabtu: Borhan tak suka beri pinjam buku

Sembang Sabtu: Borhan tak suka beri pinjam buku Berita Harian, Sabtu 12/8/6 KALAU orang pinjam duit, tak bayar pun tak apa, tapi kalau buku, memang susah saya nak beri pinjam kerana ramai yang tak mahu pulangkan. Ini yang paling saya tak suka, cerita pejuang kemerdekaan, Datuk Wira Borhan Md Yaman, 77. Sikap kedekut dan ulat buku itu mendorong beliau memiliki 2,160 judul buku yang dijilid dan disimpan dengan baik dalam bilik khas yang dijadikan perpustakaan mini di rumahnya di Klebang, Melaka. Sebahagian daripada koleksi buku itu adalah karya penulis Indonesia sejak 1950-an dan disimpan mengikut urutan nombor siri bagi memudahkannya mencari. Antara buku kesayangan Borhan ialah koleksi buku agama dan novel Prof Dr Hamka dan Presiden Sukarno, malah buku, Pandang Balik karya Tunku Abdul Rahman Putra yang diterima sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan pada 1980 juga disimpan dengan baik. Mengimbau kenangan silam, Borhan mempunyai enam anak dan 28 cucu berkata: “Ketika saya bersekolah pada

UIAM dan Pantai meterai perjanjian persefahaman pengurusan penjagaan kesihatan

UIAM dan Pantai meterai perjanjian persefahaman pengurusan penjagaan kesihatan Zamri Mohamad GOMBAK - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pantai Education Sendirian Berhad hari ini telah mengukir sejarah pendidikan negara apabila memeterai perjanjian persefahaman untuk menyediakan negara kepada pengurusan penjagaan kesihatan pada peringkat sijil bagi mereka yang sudah terlibat secara langsung dalam industri perkhidmatan ini. Majlis menandatangani perjanjian yang disaksikan oleh wakil kedua-dua pihak bertempat di Bilik Seminar AmBank 1, Pusat Pengurusan, UIAM. Menurut Rektor UIAM, Datuk Profesor Dr Syed Arabi Idid, “Dengan jenama UIAM yang dikenali sebagai pusat pendidikan antarabangsa, menjadi harapan kami kerjasama ini akan membangunkan kemampuan nilai kapital manusia yang akan memenuhi pasaran industri perkhidmatan kesihatan berteraskan nilai-nilai tambahan yang akan berkembang.” Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Education Sendirian Berhad, Dr Mohd Yusop Ahmad dalam ucapan

Bersuara ke arah keamanan, gesaan warga kampus kepada dunia

Bersuara ke arah keamanan, gesaan warga kampus kepada dunia Zamri Mohamad Serangan demi serangan bom yang menggegarkan Lebanon turut menggegarkan hati dan perasaan umat Islam seluruh. Gesaan dari peringkat kepimpinan kini berakar umbi ke peringkat masyarakat termasuklah warga kampus. Bermula dari Julai sehingga akhir Ogos, ruang awam di sekitar kompleks perniagaan dalam kampus, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi tumpuan para siswa dan siswi meluahkan rasa hati mereka dengan keadaan yang berlaku kini. Kelab Maaruf (UIAM) menganjurkan siri pengucapan awam di ruang terbuka ini untuk memberi peluang kepada semua untuk meluahkan pandangan dan idea-idea mereka serta menyampaikan protes mereka secara lisan terhadap penindasan umat Islam di peringkat global. Program yang dianjurkan selama dua bulan ini selari dengan kempen Keamanan dan Keadilan Global yang dianjurkan UIAM selepas pencerobohan Israel bermula. Ia bukan sekadar program, ruang pengucapan awam ini menjadi tempat

SMS Lina Joy Palsu

Petikan blog http://maximpak.blogspot.com/2006/08/berita-palsu.html BERITA PALSU Kitaro menerima berpuluh SMS. Kandungannya ialah seperti berikut; "Azlina Jailani (Lina Joy) telah menang di Mahkamah. Pertubuhan Melayu Kristian telah diluluskan. Sebarkan dan berdoa moga umat Islam selamat..." Sedihnya, ramai rakan-rakan Muslim Kitaro percaya dan terpengaruh dengan propaganda itu. Malah menghabiskan kredit SMS kerana berita palsu yang bertujuan mencipta fitnah kepada umat Islam. Kitaro terus 'delete' SMS di atas setiap kali menerimanya. Kitaro menganggap ia adalah berita palsu kerana beberapa sebab; 1. Jika benar keputusan Lina Joy telah menang (Federal Court in favor with Lina Joys' appeal), sudah pasti akan keluar laporan muka depan akhbar arus perdana kerana ia bakal menjadi 'land mark' kes di Malaysia sepertimana Meor Atiqul Rahman v. Fatimah Sihi. 2. Jika benar berita tersebut, sudap pasti kumpulan Peguam Pembela Islam akan memobilasikan umat Islam untu

Serangan Syed Munawar

Bercerita tentang pengalaman televisyen, ia adalah sesuatu yang baru dan 'menakut'kan. Meskipun aku pernah bekerja di sebuah rangkaian televisyen berbayar, ia tidak bermaksud wajahku harus berada di hadapan kamera setiap masa. Sejak Isnin lalu, saudara Anuar dari PTS Pro menghubungiku untuk sesi Resensi Buku, Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan setiap hari selama lima minit. Dua kali juga aku mengelilingi sekitar pusat perindustrian Batu Caves untuk mencari pejabat PTS. Mujurlah ternampak buku-buku di sebalik pintu cermin. Kalau tidak kerana warna-warni buku itu, pasti aku akan tawaf untuk kali ke tiga. Jam 10.30 pagi, saudara Syed Munawar datang bersama jurugambar dan beberapa orang lain. Rupa-rupanya ada lapan penulis lain akan bersama dalam rakaman secara bergilir. Dalam senarai aku yang pertama dengan tiga buku mewakili PTS Millenia dan PTS Pro. Pada asalnya, aku hanya memfokuskan kepada buku PTS Pro dengan sangkaan panggilan saudara Anuar untuk buku tersebut. Tetapi tidak

Kartini Kembali

Kartini Kembali bukanlah ceritaku, Tetapi pelukis dan penulisnya amat berkait rapat dengan hidupku. Abang Yon pertama kali aku kenali ketika kami sama-sama bekerja di Ansar Channel. Setelah beberapa bulan, abang Yon membawa haluan semangat dan cita-citanya ke dunianya sendiri sehinggalah muncul dengan buku ini. Ansar Channel kini melalui peringkat penstrukturan semula yang banyak melibatkan kehilangan tenaga pekerja yang berkemahiran. Aku melihat beliau sebagai guru pengalaman yang mempunyai turun naik hidup yang mencabar. Tetapi semangatnya membuat beliau melantun kembali. Abang Yon, bukan sekadar ligat dengan pena, malah bicaranya meyakinkan dan lakonannya dalam sebuah drama raya dan iklan boleh tahan. Itu belum ditambah dengan petikan gitarnya. Meskipun kami tidak sepejabat lagi, kami tetap bersama di bawah bumbung PTS berkarya dalam bidang masing-masing. Cita-citanya dalam menganimasikan Kartini bakal berlaku, mungkin bukan di ANSAR Channel tetapi di satu ruang dan satu peluang la

Media bebas atau dibebaskan?

Para pelajar yang hadir sesi petang bersama Karam Singh Walia Independent Centre of Journalism membuka gerainya di UIAM Dalam kehebatan program yang menggabungkan pengamal media sayap kiri dan kanan, ini sahaja yang hadir. Steven Gan, pengasas Malaysiakini.com Kebebasan Media Bersama Karam Sing Walia, penulis di kiri beliau. "Saya manusia, harus ada rasa takut. Tapi Tuhan ada," katanya Laporan program ini akan disiarkan dalam tempoh terdekat.