Adik Adiputra sedang membacakan nombor bernilai trilion dengan sekali pandang sahaja tanpa perlu mengira terlebih dahulu. Adik kecil ini mempunyai laptop VIAO Sony sendiri, cabaran untuk penulis . Adiputra juga telah menunjukan enam jenis penyelesaian untuk satu perkiraan matematik. Menurut ayahnya yang ditemui pada hari itu, kecenderungannya belajar dan mengulangkaji setiap hari bermula pada jam 12.00 malam ke atas. Selain itu, beliau juga menuliskan sebuah sajak untuk timbalan Perdana Menteri untuk diserahkan sendiri. Berdasarkan maklumat, Adiputra juga menjadi pakar rujuk Menteri Besar Terengganu yang menjadikannya sebagai anak angkat.
Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s
Ulasan