Langkau ke kandungan utama

Peristiwa : Wasilah, hiburan berinformasi Islam gaya kontemporari

Wasilah, hiburan berinformasi Islam gaya kontemporari
Berita dan gambar oleh Zamri Mohamad

Santai dan bermaklumat. Itulah gambaran yang bertepatan untuk 13 siri musim pertama program televisyen terbaru yang bakal disiarkan di Ansar Channel, stesyen penyiaran Islam pertama di Malaysia bermula Jun ini.

Siri perbincangan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Ansar Channel telah membuah kesepakatan dalam penerbitan berunsur Islam, Wasilah yang bertepatan dengan keperluan penonton negara ini.

Wasilah yang diterbitkan oleh PPZ MAIWP, membawa maksud penghubung akan bersiaran setiap minggu dengan durasi siaran 30 minit melibatkan empat segmen setiap siri.

Segmen Lensa, menayangkan klip video nasyid terpilih yang bersesuaian dengan tema siri pada minggu tersebut. Manakala segmen Nur Kalam membincangkan tentang tema yang diutarakan pada setiap minggu dengan gaya santai dan pengisian ringan. Personaliti merupakan segmen ketiga yang mengetengahkan tokoh-tokoh korporat yang berjaya dan segmen Sana Sini berbentuk berita seminggu
PPZ serta paparan-paparan penting untuk komuniti Islam.

Mohd Rais Haji Alias selaku Pengurus Besar PPZ MAIWP berkata, "Kita sedia maklum, para penonton di Malaysia tidak mempunyai pilihan yang banyak dan kekosongan yang ada sememangnya wajar diisi dengan rancangan berunsur agama dalam versi baru."

Tambah beliau lagi ketika majlis pelancaran program Wasilah di dewan masjid As Syakirin KLCC, pemilihan masjid sebagai lokasi pelancaran adalah bukti fungsi masjid yang pelbagai dan tidak terhad kepada solat semata-mata dan boleh dikembangkan kepada aktiviti masyarakat yang universal.

Nazir Idris, Pengarah Urusan Ansar Channel menambah, "Wasilah bakal ditonton dengan teknologi tercanggih masa kini. Kemudahan teknologi 3G yang bakal diaplikasi dalam penyiaran rancangan-rancangan melalui MITV bakal memberi peluang untuk orang ramai mengikutinya di mana sahaja."

Nilai komersial dan hiburan bermaklumat berteraskan Islam menerima permintaan dan respon yang tinggi pada masa kini.

Pada masa sama, rancangan-rancangan agama tempatan turut menjadi tumpuan masyarakat Timur Tengah dan perbincangan untuk mewujudkan kerjasama alih bahasa program-program
ini bakal mengambil tempat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...