Langkau ke kandungan utama

Mohd Nazri tebus kegagalan SPM

Mohd Nazri tebus kegagalan SPM
Oleh Srihanasham Noordin
Berita Harian

JOHOR BAHRU: Mohd Nazri Hanapi, pelajar Melayu tunggal di negeri ini memperoleh 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2005, menganggap kejayaan sebagai menebus kegagalannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dua tahun lalu.

Kejayaan memperoleh Prinsipal A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Sejarah dan Ekonomi itu juga membolehkannya muncul sebagai pelajar pertama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permas Jaya, di sini mendapat keputusan A bagi semua mata pelajaran diambil.

"Saya pernah dapat keputusan teruk ketika SPM iaitu 3A, 4B dan 2C. Jadi, untuk STPM, saya bermula dari awal tahun ketika tingkatan enam rendah supaya tidak ketinggalan lagi," katanya ketika ditemui di sekolahnya, di sini, semalam.

Anak kepada buruh Southern Waste Management (SWM), Hanapi Abdullah, 54, dan suri rumah, Salmah Kamat, 57, itu berkata, dia memperuntukkan waktu antara satu hingga dua jam sehari untuk belajar.

Katanya, waktu belajarnya mungkin tidak panjang tetapi dia percaya kepada kualiti masa yang dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran itu lebih penting berbanding kuantiti masa.

Mohd Nazri, anak bongsu lima beradik itu juga tidak menghadiri sebarang kelas tuisyen dan bergantung kepada kelas di sekolah atau kelas tambahan anjuran pihak sekolah.

"Saya mengambil aliran sains ketika SPM dan saya terpaksa belajar bersungguh-sungguh. Ketika STPM, saya beralih ke aliran sastera pula,” katanya.

Bercita-cita menjadi pendidik, Mohd Nazri berkata, dia sudah menghantar permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.

Sementara itu, Hanapi berkata, dia dan isteri tidak pernah mendesak anak belajar dan hanya menasihatkan saja supaya mereka rajin menuntut ilmu dan hasilnya, dua anaknya iaitu abang dan kakak Nazri berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.

"Dulu saya bekerja dengan Majlis Perbandaran Johor Bahru dengan gaji RM250 dan terpaksa menghantar lima anak ke sekolah.

“Oleh itu, kejayaan Nazri, abang dan kakaknya adalah satu kebanggaan serta kesyukuran bagi kami sekeluarga,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .