Langkau ke kandungan utama

Malam yang akan dikenang

Annual Vision Award. Itulah nama yang menggantikan nama lamanya, Annual Appreciation Night. Kolej kediaman Ali dan Ameenah bergabung untuk menjayakan malam ini. Ketika itu, kami agak tergesa-gesa kerana asalnya hendak bekerjasama dengan sebuah kolej kediaman lain. Tetapi disebabkan mahallah tersebut hendak mengadakan persembahan yang semestinya lelaki tidak dibenarkan menonton, maka kami bekerjasama dengan kolej kediaman lain.

Teringat wajah sugul tuan presiden dan naibnya pada awal bulan lalu apabila pelawaan ditolak. Bagi menghasilkan program seperti ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Melalui kerjasama dengan kolej kediaman lain, setidak-tidaknya 50% perbelanjaan dapat dikongsi.

Untuk malam Annual Vision Award ini, trofi yang diberikan kepada pemenang dihasilkan sendiri oleh pelajar berusia 21 tahun. Aku meminta saudara Engku Ekram Engku Abbas untuk menghasilkannya berdasarkan visi dan misi UIAM yang dipayungi semangat IIC(Integration, Islamization dan Comprehensive Excellence).

Sementara itu aku ditugaskan dalam menghasilkan montaj utama, video calon-calon, fotografi bersama-sama saudara Ali. Tanpa pasukan, memang tidak ke mana kerja-kerja ini. Ali berkemahiran dalam penghasilan gambar animasi 3D dan perisian flash, kedua-duanya tidak aku tahu menggunakannya sama sekali. Maka aku memfokuskan kepada suntingan, rakaman dan susunan yang banyak menghabiskan masaku sehingga jam 3.00 pagi.

Secara peribadi, Annual Vision Award adalah malam yang istimewa. Bagi aku, jika universiti boleh meraikan yang dikategorikan sebagai Dean List dengan purata CGPA 3.7, mengapa tidak diraikan mereka yang bagus dari sudut lain selain daripada akademik.

Tetamu jemputan, Rektor Prof Dr Mohd Kamal Hassan datang meskipun baru menghadiri seminar pada petang ini. Ucapannya pada malam itu adalah ucapan terakhir dalam sejarah UIAM sebelum beliau bersara. Menarik lagi, kolej kediaman Ali dan Ameenah menjadi kolej kediaman pertama yang menganjurkan program ini dengan dihadiri oleh Rektor.

Kata seorang sahabat yang dijemput pada malam itu, "Kalau dalam situasi kampus, sesuatu acara tidak dikatakan grand melainkan Rektor sendiri datang. Nampaknya anda semua berjaya ambil peluang terakhir ini sebelum beliau bersara."

Akhbar Kosmo turut datang pada malam itu dan menemuramah calon-calon. Aku di belakang pentas menguruskan audio dan video tidak tahu apa yang berlaku di hadapan. Gementar kerana ini pertama kali aku terlibat dengan program seperti ini. Tambahan lagi sistem audio dan video sekali-sekali menunjukan masalahnya kepada hadirin.

Persis Anugerah Bintang Popular. Itulah komen-komen yang diterima selepas majlis. Menariknya, sepuluh orang wakil dari Majlis Tertinggi Pelajar UPM, Kolej Kediaman Kedua datang dan memberikan sokongan. Selepas ini, bak kata bekas presiden, saudara Nizam, kolej-kolej kediaman lain akan meniru konsep Annual Vision Award ini. Walau apa pun, semangat 'towards the leading mahallah in IIUM' kolej Ali menjadi sejarah kepada permulaan yang hebat ini.

Terima kasih buat kolej kediaman Ameenah. Mereka memang membuat aku bimbang. Ada pula yang menghubungi aku pada tengah malam sekadar hendak bertanya, "Engkau tak mahu bagi aku apa-apa kerjakah?" sedangkan kerja mereka jauh lebih penting.

Kumpulan tudung labuh yang terlibat dalam menjayakan malam ini setidak-tidaknya membuktikan mereka boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan secara langsung menafikan andaian yang aku selalu dengar bahawa mereka ini pasif dan tidak kreatif. Tahniah!

Satu perkara yang menarik ialah kerjasama lelaki dan perempuan dalam mana-mana program lebih menghasilkan kualiti kerana skop kerja dapat disesuaikan melalui jantina. Dari sudut semangat juga berbeza.

Buat bahagian Perhubungan Awam UIAM, terima kasih dengan kejutan yang anda berikan dengan jurufoto dan media yang dijemput tanpa kami ketahui. Buat bahagian teknikal, terima kasih kerana memberi kami peralatan-peralatan seperti Plasma TV, skrin dinding dan smoke machine yang hanya boleh digunakan bagi majlis-majlis utama.

Ulasan

Queen Latifah berkata…
A'kum Zamri....
Tertarik dengan ayat saudara yang bermula dengan, 'Satu perkara yg menarik ialah kerjasama lelaki dan perempuan dalam mana-mana program..........'

Mmmm....betul tu! Semangatnya berbeza. Barulah bersemangat nak buat kerja bila ada perempuan, kan? Hehe...saja nak usik.

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .