Langkau ke kandungan utama

Hubungan di luar perkahwinan punca lazim perceraian bukan Islam

Dalam Negeri
Utusan Malaysia

Hubungan di luar perkahwinan punca lazim perceraian bukan Islam

PETALING JAYA 12 Mac - Hubungan di luar perkahwinan merupakan punca lazim bagi perceraian di kalangan pasangan bukan Islam yang kini semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Wanita MCA, Datuk Dr. Ng Yen Yen.

Bagaimanapun, beliau berkata berbanding dengan pasangan Islam yang mencatatkan lebih 69,000 kes antara 1999 dan 2004, kadar perceraian di kalangan pasangan bukan Islam lebih rendah iaitu 13,000 kes dalam tempoh yang sama.

``Namun, ia cukup untuk membangkitkan kebimbangan dan kita perlu menanganinya sebelum ia terkeluar daripada kawalan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bring Your Heart Home di sini hari ini.

Ng berkata, masalah berkaitan kewangan di samping gaya hidup masa kini turut menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian.

``Kesemua ini perlu ditangani memandangkan masa sudah berubah dan penyelesaiannya memerlukan pendekatan yang berlainan. Tiga puluh tahun lepas, seorang isteri hanya mendiamkan diri apabila suaminya menjalin hubungan sulit, namun hari ini segala-galanya sudah berubah.

``Hari ini, tidak seperti 30 tahun lalu, wanita juga bekerja bagi menyara keluarga dan ini menambah ketegangan kepada perkahwinan. Ia memerlukan pemahaman dan tolak ansur antara pasangan terbabit,'' kata Ng.

Sehubungan itu, beliau berkata lebih banyak ceramah dan seminar perlu diadakan bagi pasangan suami isteri untuk membantu mereka mengekalkan ikatan perkahwinan.

Seminar sehari itu dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Cina Malaysia dan menarik penyertaan kira-kira 250 pasangan Cina.

- Bernama

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .