Langkau ke kandungan utama

Rezeki pagi

SMS pada pagi ini memang di luar jangkaan. Ada jemputan yang sememangnya aku nanti-nantikan.

"Ke mana menghilangkan diri. Dari jam 9.30 pagi aku menelefon. Ada lawatan ke RTM, hendak ikut atau tidak?"

Pucuk dicita ulam mendatang. Kesempatan ke sebuah organisasi televisyen dan radio kerajaan sudah lama aku inginkan. Dahulu kami pernah menghubungi kakitangan RTM, tetapi, kemungkinan hujung tahun maka mereka tidak memberi maklum balas positif.

Kami tiba seawal jam 1.00 tengah hari. Surau yang terletak berhampiran pintu masuk menjadi tempat persinggahan pertama. Kedengaran suara ustaz sedang menyampaikan tazkirah pendek sebelum solat berjemaah.

Dengan nada berseloroh tentang isu penghinaan Nabi Muhammad oleh akhbar Barat, beliau berkata, " Boikotnya barang-barang import mereka. Mengikut sumber, produk Carlsberg sendiri buatan Denmark, jadi bukan Islam yang hendak boikot pun perlu cari jenama lain."

Keseluruhannya RTM mempunyai cara kerja dan struktur yang tersendiri dibandingkan dengan lawatan ke TV3 dahulu. Ruang studionya jauh lebih besar dan terlalu banyak peralatan teknikal yang disediakan.

Kasihan seorang sahabat Arab yang tidak memahami apa-apa yang disampaikan oleh seorang pegawai sekretariat yang mengiringi lawatan kami. Seratus peratus dalam bahasa Melayu. Mujurlah ada seorang dua yang cuba menterjemahkan kembali untuknya.

Studio berita yang cukup ringkas. Hanya ada papan biru yang bertindak sebagai 'chroma key'. Jika dilihat dari kaca TV seolah-olah ada set khas yang disediakan sedangkan ia merupakan imej komputer semata-mata. Bagi set Berita Ringkas yang ke udara sejam sekali, ruangnya sebesar meja tulis sahaja dengan papan hijau di belakangnya. Selebihnya 'teknologi punat' akan mengambil alih.

Seringkas mana set yang disediakan, ia tidak semurah disangka. Sebuah kamera berharga RM400,000. Kelihatan ada 4 buah kamera di sekeliling. Cukup untuk membeli beberapa biji rumah.

Jika berminat menjadi pembaca berita sambilan, anda akan dibayar RM150 bagi setiap slot berita.

Di Wisma Radio, kami didedahkan dengan kekuatan maklumat yang disampaikan melalui suara. Terdapat satu stesyen radio yang berfungsi sebagai penyebar maklumat ke Malaysia dan Indonesia ketika zaman konfrantasi dua negara serumpun ini dahulu. Kini, fungsinya diubah suai.

Wisma Radio kini dibina semula dan studio-studio bersebelahan ditambah dengan peralatan-peralatan baru selepas kebakaran besar pada tahun 2001.

Unit Berita TV adalah tempat yang paling dikawal ketat. Dari pintu cermin kelihatan masing-masing sibuk dengan tugasan mereka. Pada satu sudut, sekumpulan editor sedang menyunting berita yang diterima. kelihatan mereka sudah menjangkau umur menghampiri 50 tahun. Masing-masing dibahagikan mengikut bahasa ibunda yang dituturkan di negara ini.

Mereka dilatih di IPTAR (Institut Penyiaran Tun Abdul Razak) yang terletak dalam lokasi yang sama sebelum diserapkan ke bahagian masing-masing.

Dari sudut hiburan untuk penonton, pemilihan jenis program TV yang diambil dari luar negara mempunyai pendekatan tersendiri. Bagi program TV dari negara-negara Latin dan dari benua Eropah, Festival Filem Cannes menjadi tempat bagi pegawai-pegawai RTM mencari rancangan-rancangan dalam kategori 'rating' tertinggi untuk di bawa masuk ke negara.

Penyiaran drama Hong Kong pada waktu petang sengaja dibuat sedemikian sesuai dengan waktu makan mereka yang kebiasaannya pada waktu petang.

Kos bagi satu drama Latin bukanlah semurah disangka. Satu episod yang dibawa masuk oleh RTM bernilai US$4,000 dan bayangkan jumlah yang mereka perlu bayar bagi ratusan episod tersebut. Hanya melalui penajaan dan iklan serta bantuan kerajaan boleh menghidupkan kewangan mereka.

Bidang penyiaran juga menjanjikan sumber kewangan yang tinggi bagi pengacara yang berpengalaman. Dato Rahim Razali dibayar melebihi sejuta ringgit bagi mengacara dan membuat liputan sukan Olimpik di Athens beberapa tahun lalu.

RTM sering dikaitkan dengan gaya persembahan yang tidak menarik dan tidak menepati citarasa penonton. Mereka sentiasa mengatakan bahawa mereka dalam usaha mengubah persepsi tersebut. Dalam mengejar usaha pembaikan tersebut, suara dan wajah RTM sedang merentasi dunia ke 44 negara sejauh Venice di Itali, Peking di China dan Timur Tengah.

Ulasan

Queen Latifah berkata…
A'kum Zamri,
Bagus pengalaman anda tu. Mungkin banyak yg RTM perlu lakukan untuk pertingkatkan imej mereka. Asal jgn ghairah dengan hiburan semata-mata sudahlah! RTM dan stesen lain sepatutnya memperbanyakkan tayangan dokumentari yang berbentuk hiburan... 'story telling documentary'. Barulah ramai yang akan menonton, dan masyarakat kita juga dapat menggerakkan minda mereka. Saya bimbang betul dengan 'trend' TV dan radio yg terlalu asyik dengan hiburan semata-mata...dan reality show yang entah apa-apa. Yang rugi adalah orang-orang kita, kerana mereka terlupa bahawa sememangnya ada 'trend' yang mahu lihat orang kita terlupa pada dunia nyata.

BTW...saya dah ada blog sendiri. Masuklah ya?
Puan Ainon Mohd. berkata…
Wah! Cantiknya pelawat sdr pagi-pagi ni! Tentu selebriti tu!

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .