Langkau ke kandungan utama

Lihat bintang, sahabat

Sejak dua hari aku bersms dengan seorang sahabat, membawa aku kepada satu perjalanan baru dalam memahami banyak perkara tentang hidup. Perkara yang perlu difikir-fikirkan dan sepatutnya dijadikan peringatan buat diri.

Bagaimana manusia harus melihat dunia ini dengan hati dan akal mereka?

Ada satu kata-kata yang cukup menarik perhatianku dan mungkin bagus untuk aku kongsikan kepada orang ramai, kata-kata yang menjadi nasihat diri.

Kami berbicara tentang bintang. Makhluk Allah yang aku sendiri selalu terlepas pandang. Jika tidak seluruh kampus bergelap selama 8 jam bermula pukul 10 sehinggalah ke Subuh, mungkin aku tidak tidak tergerak untuk melihatnya.

Kata sahabat ini dalam sms terakhirnya pukul 1.08 pagi,

"Memang ciptaan Tuhan itu Indah, tengoklah bintang itu sepuas-puas hati. Kalau tak bergelap begini, bilakah lagi dapat melihat bintang dan menghayatinya."

Sambungnya lagi,

"Kadangkala lampu-lampu yang terang belum tentu dapat menerangkan hati manusia, sebagaimana kegelapan malam dapat meneranginya."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .