Langkau ke kandungan utama

Jawapan

Pernahkah anda berhadapan dengan seseorang yang begitu obses dengan dirinya. Setiap kali kelipan kamera terpancar, wajahnya pasti muncul terselit di celah-celah manusia.

Kali terakhir aku menemui manusia seperti ini 8 ahun lalu, ketika bergelar sekolah menengah. Salah sau kecenderungan manusia yang terlalu obses dengan dirinya ialah, mengambil gambar sendiri, dengan kamera sendiri dan bersendiri.

Antara corak yang menarik untuk anda perhatikan untuk manusia kategori ini ialah ramai perempuan mendampinginya, bersunguh-sungguh dengan kerja yang mempunyai namanya sebagai orang utama dan satu corak lagi sebagaimana disebutkan oleh guru kaunselingku di sekolah dahulu, "Perlu perempuan di sisi apabila bekerja."

Seperkara lagi, pernahkah anda menemui manusia yang memilih-milih untuk menolong orang lain disebabkan wajahnya?

Aku tidak pernah menemuinya kecuali hari ini.

Situasinya cukup mudah, kalau gadis yang bekerja dengannya tahu perkara ini mungkin berkecil hati. Sekiranya anda dikategorikan sebagai cantik, menawan dan menarik dalam definisi yang diciptanya, maka anda berpeluang mendapat kemudahan-kemudahan ini,

1. Si dia akan berkata-kata dan berbincang dengan anda melalui suara yang lembut dan berhati-hati. Mana gadis yang tidak suka lelaki yang berlembut apabila berbicara, betul?

2. Si dia akan memberikan anda bantuan kelas pertama dalam pelbagai situasi. Minta dihantar, dia akan membantu. Minta diteman, dia akan berada disisi. Minta diuruskan kerja, 90% dia akan menguruskan.

Tetapi jika anda dalam kategori biasa, tidak begitu menonjol, kurang menarik mengikut definisi hidupnya. Maka anda berpeluang untuk mendapat kemudahan-kemudahan ini,

1. Suara yang tinggi apabila menjawab dan berbincang dengan anda. Seolah-olah anda tuli atau tidak faham apa yang disampaikannya.

2. Alasan pelbagai jika anda minta dia membantu, diteman atau diuruskan sedikit kerja.

3. Kisah diri anda yang buruk pasti diceritakan di hadapan sahabat-sahabat lelakinya. Dalam masa dia memuji dia menonjolkan satu sisi yang berbeza pula. Misalnya, "Kakak yang bantu aku uruskan promosi kolej memang rajin bekerja, tetapi bendul sedikit." Sedangkan inilah orang yang berjalan dalam hujan untuk menemuinya bagi menyelesaikan kerja.

Maaf, jika anda sarankan saya berikan nasihat. Ia tidak akan bermakna. Apa cadangan anda?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Bukankah ini realiti hidup? Rupa itu penting bagi sesetengah orang. Namun sebenarnya orang-orang seperti ini belum cukup dewasa. Mungkin umur sudah meningkat... tapi perangai masih macam budak2.
Kalau nak tahu... orang macam ni yg selalu kena tipu... kerana mereka sangka luaran dan rupa itu penting. Kita harus menilai org dari segi bahasanya, percakapannya, kematangannya dan keikhlasannya... bukan rupanya.

Tak perlu beri nasihat. Biarkan... satu hari nanti dia akan belajar juga untuk menilai apa yg baik dan apa yg buruk.

Princess
Ariyatna Adri berkata…
suatu hari dia akan merana. Orang yang sangat cantik pd matanya cuma mempergunakannya.

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .