Langkau ke kandungan utama

Aku Pengintip Umat

Aku kini dipopularkan oleh senior tempat aku bekerja dengan gelaran 'pengintip'. Bukan secara berhadapan, tetapi melalui perantaraan visual koordinator yang merupakan pembimbing dan sahabatku. Nampaknya cerita James Bond dapat direalitikan dalam siri perjalananku. Rupa-rupanya catatan blog ini mejadi bacaan seniorku,

"Aku memang tak sangka betul. Kalau orang lain bercakap, dia senyap sahaja. Alih-alih aku baca apa yang dicatatnya dalam blog. 'Spy' betul!"

Satu perkara yang pasti, aku mencatat sesuatu yang bersesuaian dengan tema kehidupan yang aku sering sebutkan secara langsung dan tidak langsung dalam mana-mana penulisan.

"Motivasi minda, manusia sekeliling sumber motivasi diri."

Dengan erti kata lain, apa sahaja catatan dalam blog ini adalah cerita-cerita positif dan negatif yang boleh memberikan aku sisi satu lagi untuk memahami kekurangan dan kelebihan diri.

Menjadi pengintip kehidupan manusia bukanlah sesukar mana, selagi mana emosi tidak menjadi hakim total dalam setiap keputusan, kita akan melihat tetingkap pengajaran dalam setiap keadaan. Mari kita bersama-sama menjadi pengintip orang lain!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .