Langkau ke kandungan utama

1427 Hijrah, tahun merancang dan bertindak.

1427 Hijrah, tahun merancang dan bertindak.

Dalam kehangatan menyambut tahun baru dengan kehadiran Muharam 1427 hijrah, semestinya ia menjadi satu perjalanan hidup berbeza. Muharam ini merupakan awal permulaan bagi merencanakan sebarang tindakan yang membawa kebaikan kepada diri. Semestinya, setiap manusia diberi peluang oleh Allah untuk memilih antara jalan yang baik atau sebaliknya dalam kehidupan. Melalui pemikiran yang jernih, manusia tahu apa yang menguntungkan dirinya.

Merancang hidup ke arah perjalanan yang lebih baik merupakan satu perkara yang digalakan ke atas umat Islam. Peluang yang sama rata diberikan dan masing-masing boleh melakukannya. Tidak ada alasan untuk mengatakan bahawa kelebihan seseorang berbanding orang menyekat diri untuk mengembangkan potensi kebaikan dalam diri.

Tahun Hijrah yang diperkenalkan sebagai tahun baru dalam Islam mempunyai nilai sejarah yang perlu dipelajari. Sebelum bermulanya penghijrahan umat Islam ke Madinah, latar belakang manusia Mekah mempunyai pelbagai gambaran yang sangat negatif. Ini termasuklah cara hidup yang tidak bermoral, meletakan nafsu dan emosi sebagai petunjuk hidup dan menidakan cara hidup berTuhan yang sebenar.

Namun dalam suasana hidup sebegitu, Allah masih memberi jalan kepada masyarakat Mekah dan seterusnya kepada dunia bagaimana untuk memperbaiki jalan hidup masing-masing. Al Quran dan sunnah nabi Muhammad menjadi teras yang sangat penting untuk mengubah diri. Dengan sikap konsisten ia menjadi sebahagian cara hidup yang cemerlang dan melahirkan tokoh-tokoh Muslim yang berketerampilan.

Islam pada masa yang sama menggalakan umatnya mengembangkan potensi akal dalam membentuk cara hidup. Selagi mana peranan akal tidak menyanggahi kehendak dua sumber yang diberikan oleh Allah, ia boleh diguna pakai.

Akal menjadi medium untuk merencana dan membantu tindakan manusia. Setiap tindakan kecil yang berpunca daripada akal memberi kesan besar dalam hidup. Akal yang sihat sentiasa mencari jalan untuk mewarnakan hidup dengan tindakan-tindakan yang bermanfaat. Seseorang yang sudah sebati dengan cara hidup yang tidak seimbang untuk masih mempunyai cara untuk memperbaikinya. Masih belum terlambat untuk sesiapa yang hendak mengatakan ‘ya!’ kepada perubahan hidup sepanjang tahun ini.

Niat memberi lakaran awal dalam perjalanan hidup anda.
Membentuk niat yang betul merupakan lakaran kasar di atas kertas putih kehidupan anda. Bentukan niat yang betul dalam membentuk corak hidup hidup anda sepanjang tahun ini. Niat yang benar merupakan ibadah. Niat juga wujud dalam bentuk doa yang dimohon kepada Allah yang menggambarkan keinginan dan permintaan anda. Saban tahun baru Islam, digalakan membaca doa akhir dan awal tahun yang mempunyai mesej yang tinggi untuk mencapai kebaikan untuk diri di dunia dan akhirat.

Niat yang baik sentiasa diperbaharui dengan amalan doa yang konsisten setiap hari agar ia menjadi peringatan yang baik dan menjadi jambatan kepada rahmat Tuhan.

Ambil masa untuk melihat kehidupan orang lain.
Acapkali apa yang berlaku ialah ada individu yang membandingkan dirinya dengan keuntungan hidup orang lain. Misalnya, kekayaan orang lain dijadikan perbandingan dengan kemiskinan diri. Mungkin ada pula yang menjadikan kecantikan dan kepandaian orang lain sebagai penyekat kepada perubahan diri. Elak dari melihat kehidupan orang lain dengan cara ini.

Sejarah para sahabat dan nabi memberi nilai yang baik untuk pembacanya. Sejarah awal Islam turut mengetengahkan kisah manusia yang dahulunya jahil, buruk akhlaknya dan tidak berpedoman berubah kepada manusia yangberprinsip, hebat dan hidup dalam kenangan manusia dengan sikap yang mulia. Pelajari setiap kisah ini dengan mengambil intipati perubahan tersebut.

Untuk mencapai sesuatu, carilah sumber yang betul.
Ramai yeng berkeinginan untuk mencapai sesutu daripada apa yang ingin dilakukannya. Misalnya, keinginan mengembangkan bakatnya kepada sesuatu yang besar dan bermanfaat. Penulis menemui ramai yang mempunyai bakat yang hebat dalam hidupnya, mempunyai impian yang besar tetapi tidak nampak ke mana arahnya selepas itu. Akhirnya bakat tersebut menjadi pengisi waktu senggang sendirian untuk bertahun-tahun lamanya.

Sebaliknya, bakat yang ada harus dikembangkan dengan dua sumber yang betul iaitu bahan yang dibaca dan individu yang ditemui. Libatkan diri dengan bahan bacaan yang meningkat kefahaman tentang bakat yang anda miliki. Bukakan diri dengan bercampur dan turut serta dengan individu-inidividu yang memiliki bakat yang sama. Ia akan memberi perspektif baru, melebarkan peluang dan memberi kesempatan untuk anda berkongsi bakat anda kepada semua. Bakat yang dipimpin secara sistematik membawa siri peubahan besar dalam hidup.

Hargai manusia yang menyayangi dan menyintai anda.
Perubahan yang berpanjangan turut datang daripada rasa hari seseorang terhadap anda. Elemen cinta dan kasih sayang yang mengikat pertalian jiwa sentiasa melahirkan harapan positif dari seseorang terhadap diri. Seorang ibu yang kasih kepada anaknya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya ketika hidup dan matinya. Seorang suami yang menyintai isterinya akan sentiasa mendoakan kebahagian sepanjang masa hidup bersama.

Begitulah kitaran kasih sayang yang memberi impak kepada kitaran hidup yang positif. Menghargai manusia yang menyayangi dan menyintai anda memberi dorongan motivasi yang tinggi untuk mengekalkan serta menambah kebaikan yang sedia ada dalam diri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .