Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2006

Idea kecil tetapi berguna

Pulang dari Ansar Jumaat lalu memberi satu pandangan yang menarik sepanjang perjalananku sambil berdiri dengan LRT ke Terminal Putra Gombak. Tanganku sedang membelek majalah I keluaran terbaru yang memaparkan wawancara Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Menariknya bukan berkenaan agenda politiknya, kerana itu sememangnya tanggungjawab beliau untuk mentadbir negeri Kelantan. Aku gemar dengan tindakan beliau apabila membuat lawatan luar negara, satu berita yang susah untuk aku ketahui melalui akhbar perdana. Beliau banyak membawa idea-idea baru dalam lawatan ke China baru-baru ini. Ia bukanlah idea untuk mewujudkan dagangan antarabangsa atau mewujudkan MOU dengan insitusi pendidikan dan ekonomi di sana. Sebaliknya membawa idea-idea insaniah kepada masyarakat Kelantan yang nampak remeh tetapi besar impaknya. Tok Guru dalam lawatannya mendapati masyarakat China Muslim akan bersolat apabila tiba waktunya di mana-mana tempat bersih baik di kawasan terbuka mahupun di tepi jala

Terima Kasih si Hijau

Akibat Brontok, virus komputer ini telah melumpuhkan segala operasiku untuk berkarya dan menyiapakan tugasan kuliah 200 mukasurat. Mujurlah aku sempat menyimpan semua hasil penulisanku di dalam kepingan cd 24 jam sebelum komputer RM240.00 mengucapkan selamat tinggal kepada aku. Hendak beli yang baru, tunggulah tahun hadapan. Tetapi ada satu perkara yang aku belajar daripada peristiwa 'pembunuhan' kejam si Brontok. Asalnya virus Brontok dihasilkan di Indonesia, tujuannya untuk mengelakan pelayar laman web tempatan mereka melayari laman web lucah. Tambahan lagi, sekarang panas dengan penentangan masyarakat Muslim Indonesia terhadap cadangan mewujudkan majalah Playboy edisi tempatan, semestinya sudah tentu ada edisi elektroniknya iaitu laman web. Maka virus ini berperanan 'mengajar' mereka yang gatal tangan untuk berbuat demikian. Masalahnya, ia tidak dapat dikawal dan menjangkiti semua pangkalan data dalam internet dan disebarkan melalui disket dan thumbdrive apabila memu

1427 Hijrah, tahun merancang dan bertindak.

1427 Hijrah, tahun merancang dan bertindak. Dalam kehangatan menyambut tahun baru dengan kehadiran Muharam 1427 hijrah, semestinya ia menjadi satu perjalanan hidup berbeza. Muharam ini merupakan awal permulaan bagi merencanakan sebarang tindakan yang membawa kebaikan kepada diri. Semestinya, setiap manusia diberi peluang oleh Allah untuk memilih antara jalan yang baik atau sebaliknya dalam kehidupan. Melalui pemikiran yang jernih, manusia tahu apa yang menguntungkan dirinya. Merancang hidup ke arah perjalanan yang lebih baik merupakan satu perkara yang digalakan ke atas umat Islam. Peluang yang sama rata diberikan dan masing-masing boleh melakukannya. Tidak ada alasan untuk mengatakan bahawa kelebihan seseorang berbanding orang menyekat diri untuk mengembangkan potensi kebaikan dalam diri. Tahun Hijrah yang diperkenalkan sebagai tahun baru dalam Islam mempunyai nilai sejarah yang perlu dipelajari. Sebelum bermulanya penghijrahan umat Islam ke Madinah, latar belakang manusia Mekah mempu

Kelas Arab di Tanah Melayu

Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran kepada Tuhanku yang memudahkan perjalan hidup ini. Malam ini menjadi satu sejarah kecil dalam perjalan kolej kediaman mahallah Ali Ibn Abi Talib dalam menganjurkan kelas bahasa Arab mingguan di bilik persidangan dari jam 11 sehingga 12 malam. Bermula dengan jumlah yang kecil, kurang daripada 10 orang, aku harap ia akan bertambah selepas cuti semester ini. Dahulu aku pernah mengikuti kelas ini. Cuma waktunya sahaja membuat aku terkejar-kejar antara satu kelas ke kelas ini dan kemudiannya solat Jumaat. Ia pada asalnya diadakan sejam sebelum solat Jumaat setiap minggu. Aku hanya berkesempatan datang untuk beberapa kelas sahaja. Kali ini aku bertemu lagi dengan tenaga pengajar ini, selepas dia bertemuku untuk mengikuti bengkel penulisan PTS. Dari titik pertemuan ini, aku dan dia merencanakan agenda untuk menghidupkan semula kelas ini. Malah waktu kelas tersebut merupakan cadangannya. Program ini secara tidak langsung menjadikan Jawatankuasa Perwaki

Rasional dalam tindakan

Insiden melibatkan tindakan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) membaling kerusi ke arah seorang remaja tidak berlesen yang merempuh sekatan lalu lintas. Akibatnya, merugikan kedua-dua pihak. Si pesalah jalan raya bersama-sama pegawai yang bertanggungjawab bukan sahaja mengalami kecederaan yang teruk, malah kedua-duanya bakal dikenakan tindakan undang-undang seandainya didapati bersalah. Kejadian ini mendedahkan satu sudut yang menarik untuk dianalisa. Pertama, tindakan pesalah lalu lintas yang membahayakan nyawa para pegawai disertai dengan tindakan orang kampung yang datang membelasah pegawai yang bertanggungjawab. Kawalan emosi dan rasional dalam tindakan adalah perkara utama yang harus dilihat dalam peristiwa ini. Penulis mengandaikan sikap marah mencetuskan konflik dan tindakan yang kurang wajar ke atas kedua-dua pihak, baik yang bertanggungjawab melaksanakan undang-undang mahupun penduduk kampung. Namun dari satu sudut lain, satu sikap lain yang timbul. Jika diul

Juara pada akhir tahun

Pembuka dan penutup

Penutup 2005 adalah penuh yang penuh bermakna buat kolej kediamanku di mahallah Ali. Semangat kerjasama dan ukhuwah sebagai saudara dan keluarga seolah-olah dibayar dengan siri kejayaan melalui beberapa program yang kami sertai bersama. Pada masa yang sama, permulaan tahun 2006 pula disambut dengan siri lawatan ke Kolej Kediaman Kedua UPM. Sebuah kolej yang lengkap serba serbinya berbanding apa yang kami ada di kampus ini. Tetapi aku selalu berkata, "Kita berjuang di kolej ini dengan struggle " yakni kita tidak terikat dengan merit atau seumpamanya tetapi kerana ada rasa sayang kepada tempat kita berteduh dari panas dan hujan sepanjang tahun pengajian, harus kita menyumbang sesuatu. Kolek Kediaman Kedua UPM lebih aku sifatkan sebagai guru dalam memimpin kami pendekatan yang betul dalam menggerakan kolej kami. Aku cukup berbesar hati kerana mereka menerima kita yang serba kekurangan dari satu sudut dan mempunyai kelebihan dari sudut lain. Malah dalam lawatan sebegini kami memp

Eid Adha

Tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Aku tiba-tiba merasakan satu perubahan yang cepat akan berlaku. Ditambah lagi dengan beberapa perkara yang memerlukan aku membuat keputusan dan bertindak dengan segera. Mungkin pada penghujung pengajian, kita akan merasa sedikit tekanan lebih dari kebiasaan. Masih lagi berkira-kira hendak membuat praktikal di mana. Borang perlu dihantar segera. Eid Adha kali ini boleh dikatakan menarik. Ibu menyambutnya di Kuala Lumpur. Manakala aku dan rakan-rakan lain bercadang meraikan bersama-sama sahabat luar negara di kampus. Meskipun ramai yang pulang awal dua-tiga hari sebelumnya, tetapi kelas sebenarnya berjalan seperti biasa. Aku kena merancang hidup aku dengan lebih berhati-hati kali ini. Lima tahun lagi aku akan menjengah 30. Kata abang Yon, 30 adalah peringkat kita memikirkan sesuatu yang tidakkita fikirkan, merasakan sesuatu yang tidak pernah dirasai dalam umur 20an. Katanya itulah peringkat wisdom . Mungkin. Kita lihatlah nanti.

Zaman remaja permulaan baik untuk berkarya

Zaman remaja permulaan baik untuk berkarya Oleh: DR. SIDEK BABA AMALAN berkarya adalah suatu kelaziman atau kebiasaan seseorang menghasilkan karya sama ada berbentuk penulisan, lukisan, lirik lagu, ukiran dan lain-lain. Karya yang dihasilkan bermaksud merakamkan sesuatu yang dilihat, didengar dan dialami untuk dihargai sama oleh orang lain. Biasanya orang-orang yang menghasilkan sesuatu karya itu ia memiliki bakat seni yang tersendiri, seorang yang kreatif dan selalu peka terhadap persekitaran. Menerusi genre atau bentuk-bentuk penulisan yang digemari, ia menghasilkan sesuatu untuk menyampaikan mesej sesuatu perkara dan menerusi mesej itu diharapkan orang lain dapat menghargai sesuatu yang hendak disampaikan menerusi karya-karya yang pelbagai. Tradisi Islam memang mendukung sama amalan berkarya. Amalan berkarya ini menjadi syarat bagi ilmuan terbilang dalam semua bidang. Kekuatan berkarya inilah yang menjadikan tamadun Islam unggul pada masa lalu. Amalan berkarya dari sudut Islam bukan

Apa untungnya jadi penulis?

Utusan Malaysia 5 Januari 2006 Apa untungnya jadi penulis? Oleh: NORDIN ABDULLAH SEDANG kita terus giat menghasilkan karya demi karya dengan penuh minat dan iltizam yang mantap, sesekali tentu ada kalangan masyarakat yang melontarkan persoalan kepada kita, apa untungnya jadi penulis? Bagi menjawab soalan semacam ini, tentu kita akan berdepan dengan kesukaran. Dikatakan sebegini kerana jawapan yang biasa kita berikan kepada soalan ini ialah kita jadi penulis untuk mencari kepuasan, selain untuk menyumbangkan bakti kepada khalayak melalui karya-karya yang dihasilkan. Jawapan begini tentu saja akan diketawakan oleh masyarakat yang rata-rata memandang sesuatu dari aspek kebendaan semata-mata. Dalam hal ini apakah lagi yang mampu untuk kita perjelaskan kerana hakikatnya, dalam konteks Malaysia, belum ada penulis yang mampu hidup kaya raya kalau menjadi penulis sepenuh masa. Ini adalah realiti kerana bayaran yang diterima lewat dan karya yang diterbitkan hanya sekadar ada. Bagi penulis semac

Dua beradik bersatu urus perniagaan dari rumah

Utusan 3 Januari 2006 Dua beradik bersatu urus perniagaan dari rumah Oleh: ROSLAH OTHMAN EZURIA MOHD HASHIM (kanan) dan adiknya Zurina BEKERJA dari rumah mungkin sesuatu yang masih dianggap asing bagi sesetengah wanita di Malaysia, tetapi tidak bagi wanita yang telah pun memulakannya selepas berhenti kerja. Ada wanita di negara ini menumpukan perhatian kepada keluarga dan pada masa sama meneruskan kerjaya. Berkongsi pengalaman dengan pasangan adik-beradik Ezuria Mohd Hashim, 45, dan adiknya Zurina, 44, mengenai operasi perniagaan dari rumah membuktikan ia sesuatu yang menyeronokkan dan positif. Ezuria, ibu kepada empat anak berusia 7 hingga 18 tahun, misalnya, menjalankan urus niaga dari rumahnya di Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sekali pandang rumah teres dua tingkat yang telah didiami selama hampir 10 tahun itu tidak ada banyak bezanya dengan rumah-rumah lain di sekitarnya. Tumbuhan hijau segar di halaman rumah diserikan susun atur perabot yang cukup cantik dan selesa. Apa yan