Langkau ke kandungan utama

Si kecil yang tidak dipedulikan


Kita pasti akan melalui satu perkara yang menarik setiap hari. Kejadian-kejadian di sekeliling membuatkan kita lebih gembira apabila minda menyedari ia adalah satu perkara yang akan memimpin perjalanan kita ke jalan yang betul setiap hari. Keseronokan timbul apabila ia menjadi peringatan pada waktu kita terlupa dan boleh jadi satu cerita tua untuk generasi akan datang apabila kita semakin tua.

Sebulan aku menggunakan perkhidmatan LRT di KL Sentral. Ada waktunya aku akan singgah ke NILE Bookstore & Money Changer di tingkat dua kompleks tersebut. Jika bercadang hendak membeli buku-buku semurah 50% potongan harga, ambilah masa untuk ke sana. Mungkin anda hendak melihat apakah jenis buku yang diterbitkan di India, di sana tempat yang sesuai. Jangan terkejut, buku-buku 'bantu diri' mereka dalam bahasa Inggeris agak bagus dan persembahannya mengenai sasaran. Aku tidak boleh selalu ke sana, bimbang kekeringan aliran tunai sebelum tiba waktunya. Faham-faham sajalah.

Masyarakat akan mempelajari sesuatu yang berguna dan menjadi ingatan diri yang baik apabila melihat dirinya dalam komuniti yang bersama-samanya.Dalam pengamalan budi bahasa sekalipun, kita ada waktunya memerlukan si kecil tanpapengalaman hidup yang matang untuk mengingatkan kita agar yang sering terlupa tentang peri pentingnya amalan moral dan budi bahasa dalam menggunakan pengangkutan awam.

Berada di Kuala Lumpur memberi ruang yang baik untuk melihat bagaimana ia dipraktikan. Ketika menanti di tepi landasan LRT di stesyen KL Sentral, datang satu ahli keluarga terdiri daripada dua kanak-kanak dan dua orang wanita yang berkemungkinan ibu dan makciknya. Ketika itu, makcik dan ibu ini berdiri dalam petak kuning yang merupakan petak keluar masuk penumpang. Anaknya yang menyedari ia adalah 'salah' segera keluar dari petak tersebut dengan menganjakan dirinya sedikit dari dalam garisan tersebut.

Ketika itu, dikatakan kepada makcik dan ibunya, "Petak kuning, tidak boleh berdiri di sini,' bahasa badannya sudah bersedia untuk mengalihkan kedudukan lebih jauh.

Dua kali kanak-kanak ini mengatakannya tetapi ia tidak diendahkan oleh makcik dan ibunya sehinggalah salah seorang daripada mereka membisikan sesuatu di telinganya. Keadaan tidak berubah sehinggalah LRT tiba dan sampai di destinasi mereka di Taman Melati. Apa yang dibisikannya hanya wanita tua dan anak kecil ini sahaja yang mengetahui.

Adakah kanak-kanak itu menyebutnya dengan cara yang memalukan dan kasar? Rasanya tidak, hanya penulis sahaja yang berada di situ sebelum para pengguna yang lain tiba, nada suaranya tidaklah setinggi mana. Masih ada intonasi lembut dan hormat kepada orang tua. Tetapi mengapa mereka tidak mengendahkannya?

Jika disebut sebagai ego, kaum lelaki sering diajukan dengan gelaran popular seperti ini. Tetapi insiden ini memperlihatkan bahawa wanita tua pun ada egonya sendiri. penulis membayangkan kesukaran mendidik generasi akan datang jika kebenaran yang mereka sampaikan dan pengamalan budaya nilai hidup bermoral yang tinggi tidak dipedulikan oleh generasi tua.

Kita selalu mengaitkan negara barat ke hadapan dalam budi bahasa khususnya ketika menggunakan pengangkutan awam. Apa yang sering diberi penekanan ialah sikap mereka yang tahu beratur setiap kali menaiki bas. Seandainya keadaan ini ingin diwujudkan, ia memerlukan kesedaran sikap dan kesediaan untuk bertindak dan belajar untuk menjadikannya sebahagaian dari cara hidup.

Secara lisan, kita cuba mengamalkan kehidupan berbudi bahasa melalui lingkungan peraturan yang dipersetujui bersama. Hanya kerana suara anak kecil yang tidak mempunyai nilai autoriti yang dapat mempengaruhi, ia tidak bermaksud pandanganmereka harus diketepikan. Keadaan ini bukan tidak disedari oleh kelompok yang mengalaminya, malah mereka yang melihatnya boleh jadi melihat perkara ini isu yang besar dan mungkin juga tidak di pedulikan.

Jangan terkejut dan cepat menyalahkan mereka jika mereka bertindak benda yang sama dalam dunia dewasa mereka kelak kerana itulah yang mereka perolehi ketika zaman kecil mereka, bahawa moral bukanlah sesuatu yang perlu diberi kepentingan walau sekadar memberi ruang dalam petak laluan di stesyen LRT. Nampaknya, masyarakat moden masih memerlukan pengawal lalu bertindak ‘tegas’ setiap kali menunggu LRT untuk mendisiplin diri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...