Langkau ke kandungan utama

Sahabat Positif, cermin perilaku insan mulia

Catatan dari meja kerjaku di Ansar Channel

Menjadi sahabat yang positif dalam kehidupan memerlukan satu tindakan dari dalam ke luar agar ia menjadi sebahagian tabiat hidup yang berkekalan. Sebagaiamana diri memerlukan seseorang menjadi sahabat, teman mahupun kenalan yang baik, individu-individu lain juga mempunyai pemikiran yang sama untuk memilikinya. Persoalannya, adakah kita telah menjadi sahabat yang positif sebelum itu?

Sahabat yang positif mempunyai intelek yang terpuji setelah bertindak mengikut pendekatan manusia yang mempercayai Allah dan menyedari sifat-sifat Tuhan yang sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang kepada jiwa para hamba-Nya.

Sifat sahabat positif dalam bayangan mukmin disebutkan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh An-Nu’man Ibn Basher dalam Bukhari mengatakan perumpamaan mukmin yang berkasih sayang seperti tubuh badan, jika sakit salah satunya maka sakitlah keseluruhannya.

Menjadi sekukuh bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain adalah gambaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad dalam pengamalan etika persahabatan mukmin.

Seharusnya, dari masa ke semasa keserasian roh dan minda perlu dipupuk dengan membina banyak persefahaman dan kerjasama dengan mengenepikan kepentingan peribadi yang hanya menguntungkan satu pihak dan menindas pihak lain.

Abul-Barakaat Badrud-Deen al-Ghazzee memberi saranan-saranan yang baik bagaimana hendak menjadi rakan yang berpengaruh dan positif terhadap diri dan orang lain.
Berlaku baik terhadap diri dan orang lain

Sentiasa berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana dalam sebuah hadis riwayat Usaamah Ibn Shareek berkenaan disarankan oleh nabi Muhammad ketika ditanya, “Apakah pemberian terbaik oleh seorang manusia?, jawabnya “Perbuatan yang baik.” (Al Tabrani)
Memberi pandangan yang baik

Seboleh-bolehnya cuba untuk memberi gambaran dan imej yang baik terhadap rakan-rakan dan meletakan kelebihan dan kebaikannya melebihi perbuatan buruknya. Sebagaimana nasihat Ibn Maazin, “Orang beriman mencari alasan yang baik terhadap saudaranya, orang munafik mencari-cari salah saudaranya.”

Bentuk jiwa persahabatan mukmin kerana Allah

Manusia yang membentuk tali persahabatan kerana Allah sentias mencari ruang untuk memotivasi dirinya ke arah kebaikan bersama-sama. Persahabatan positif merupakan ibadah dan merupakan pelaburan jangka panjang di akhirat. Diperingatkan oleh Allah dalam surah Mujadalah ayat 22;
“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.”

Fahami bahawa setiap kelebihan adalah rezeki Tuhan.

Elakan rasa dengki dan tidak berpuas hati terhadap kelebihan orang lain. Jadikan kelebihan tersebut sebagai sumber untuk dipelajari dan elakan diri dari terdorong mencari jalan menyusahkan orang lain. Kelebihan diri harus dikongsi dengan meletakan niat tidak ada daya yang memberi kelebihan tersebut melainkan Allah. Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu berhasad dengki antara satu sama lain” (Bukhari)

Timbulkan rasa malu untuk berkelakuan kurang elok di hadapan rakan

Rasa malu adalah sempadan yang baik dalam membina karakteri persahabatan yang baik. Rasa malu secara langsung menggambarkan hormat terhadap perasaan orang lain yang melihatnya. Nabi menyebutkan, “Malu itu sebahagian daripada iman” (Bukhari dan Muslim)

Berilah nasihat yang baik yang datang dari hati.

Nasihat timbul atas rasa sukakan kebaikan dan kasih sayang terhadap seseorang. Elakan nasihat-nasihat yang bertujuan untuk menegur untuk memalukannya atau menunjukan kepandaian diri. Nasihat yang baik adalah satu doa untuk kebaikan terhadap sahabat.
Sampaikan secara peribadi bukan dalam keadaan terbuka. Nasihat yang baik datang dari hati yang sering dekat kepada Tuhan, “Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)” Shuara: 89

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .