Langkau ke kandungan utama

Penghujung

Genaplah seminggu, akhirnya tamatlah peperiksaan akhir semester ini. Tetapi masih belum boleh untuk tersenyum panjang, petang ini ada satu lagi ujian yang perlu aku hadiri. Ujian peta Amerika Syarikat. Sudah beberapa kali aku datang ke biliknya, kerana minggu peperiksaan yang begitu singkat ditambah lagi dengan tarikh akhir semakan kertas jawapan yang sudah menghampiri cuti Aidilfitri, kebanyakan pensyarah sedikit terkejar-kejar untuk menghabiskannya. Bukan satu kelas, ada yang menjangkau sehingga tiga kelas dengan jumlah pelajar melebihi 50 orang. Ini belum ditambah lagi dengan tulisan yang pelbagai dan gaya bahasa yang belum tentu dapat dihadam satu persatu perkatan-perkataannya.

"Bolehkah?" tanya Riduan

"Entah, cuba sajalah," jawabku apabila melihat sekumpulan pelajar perempuan sedang sibuk melihat peta besar yang ditampal di dinding.

"Pedulilah, janji hari ini kita hadir dan cuba. Dapat atau tidak itu perkara kedua!" tegasku, meskipun kepala sudah sedikit pening dengan perkataan-perkataan kecil di atas peta.

Rupa-rupanya peta yang bertentangan dengan peta Amerika ialah peta benua Eropah bagi pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran tersebut.

Kami menunggu, semakin lama semakin tidak senang duduk. Mujurlah ada si Raisa, kucing belaan Kopanski menjadi permainan kami sementara menunggu giliran. Gaya Kopanski ada waktunya melucukan, tetapi dalam lucu tersebut ada nilai pendidikan yang tersendiri.

"Tunjukan saya di manakah Las Vegas,' arahnya

Berpusing-pusing jari pelajar perempuan tersebut di atas peta, semakin lama semakin hampir kepada jawapan.

"Mengapa kamu tunjuk tempat yang betul!" suaranya meninggi sedangkan itulah yang disuruhnya.

Terpinga-pinga pelajar tersebut. Betul atau tidak apa yang dilakukannya. Pelajar yang dipanggil Kopanski sebagai Pocahontas semakin bingung.

"Kami sepatutnya tidak tahu di mana letaknya tempat segala yang haram menjadi halal!"
Walau apa sekalipun, hari ini berlalu dalam keadaan yang menenangkan hati kami. Segala apa yang perlu diselesaikan di kampus sudah sampai di penghujungnya, beberapa hari lagi kami akan menemui ahli keluarga untuk menemui mereka untuk berhari raya. keghairahannya sudah terasa di kampus, malah seawal jam 8.30 satu aktiviti memasak bubur lambuk di adakan bersama kakitangan.

Timbalan Rektor, Ustaz Hamidun turun padang dan memanggil pelajar-pelajar yang baru sahaja habis mengambil peperiksaan pergi mengambil bungkusan bubur lambuk yang diedarkan selepas Zohor. Satu perkara yang memberi kesan dalam hati aku ketika menemui ustaz Hamidun ialah gaya salamnya, meskipun kami tidak banyak berbual tetapi genggaman tangan yang mesra ketika bersalaman memang mengalu-alukan kedatanganku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .