Langkau ke kandungan utama

Hari sunyi

Semalam adalah hari yang sunyi untuk semua rakyat Malaysia. Dalam bulan Ramadan ini, kita sudah kehilangan dua tokoh dalam sejarah kepimpinan dan perkembangan sukan negara, Datuk Sidek dan Datin Seri Endon Mahmud. Ada yang bertanya mengapa kita mudah terkesan dengan kehilangan mereka berbanding puluhan ribu mangsa di Pakistan, aku hanya boleh mengatakan faktor geografi yang sangat dekat dan pendedahan terhadap mereka ini sudah lama kita ikuti menjadi diri kita lebih dekat dengan diri mereka. Itu tidak bermakna kita tidak bersedih dan bersimpati dengan mereka yangs edang menghadapi ujian yang hebat dari Tuhan.
Kata pensyarahku, Prof Dr Fazal Rahim Khan seawal pagi Ramadan ketika di akhir kelas Communication Research Method selepas diam yang panjang, "Jangan kita menjadi Muslim hanya wujud pada label sahaja. Hari ini kawasan bergunung di Pakistan sudah menjadi tanah rata. Mereka menangis tetapi kita tidak merasa kerana sering ketawa."
Ketawa dalam tafsirannya bukanlah dalam keadaan ketawa yang sebenar. Ia bermakna ketawa yang bermaksud kelekaan dan kesenangan yang membuat kita mudah terlupa untuk bersikap empati dan simpati dengan orang lain. Kita adalah Muslim kekenyangan yang lupa tentang kelaparan. Begitulah ketawa dalam definisinya yang mampu aku fahami. Pensyarahku cuba membawa ceritanya lebih jauh dalam konteks yang lebih mudah. Cukuplah dengan menjadikan sikap pelajar yang lewat ke kelas menjadi contoh.
"Bulan Ramadan, bulan kita berjuang dan bulan untuk tidur. Masih ada yang sering tidak serius dengan diri mereka sendiri, datang lewat ke kelas dan tidak ambil peduli dengan pelajaran. Kenapa? Sebab kita sudah biasa dengan kesenangan,' kata-katanya seakan mengejutkan aku dari tidur. Ada waktunya aku tergolong dalam kelompok lewat tetapi tidak terfikir kesannya terhadap label Muslimku cukup besar sekali. Ia adalah identiti yang aku kena jaga dan bajai dengan baik.
Kopanski menyebut, "Bulan Ramadan bulan memperbaiki identiti diri. Umat Islam harus memperbaiki diri mereka dan berusaha mewujudkan daulah Islamiyah dan Khalifah dalam generasi mereka. Tidak ada istilah peperangan terakhir dalam dunia kecuali istilah peperangan terakhir 'dalam' generasi itu sahaja. Orang berkata Perang Dunia kedua adalah peperangan terakhir, hakikatnya tidak."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...