Langkau ke kandungan utama

Burqa dan fesyen Barat.

Burqa dan fesyen Barat.

Pertama kali aku mendengar perkataan 'burqa' apabila berita serangan Amerika Syarikat ke atas Afganistan meletus dan menggearkan dunia media antarabangsa. Seperti biasa, logik batu Washington akan mengatakan Afganistan melindungi Osama Laden dan pemerintahan militan Taliban perlu dihentikan kerana menindas rakyat khususnya wanita. Bukan sedikit wanita yang terpengaruh dengan cerita-certa ini.

Selepas peristiwa 9/11, keadaan seperti berada di luar kawalan. Sehingga ke hari ini, cerita perang Afghanistan masih belum selesai. Bezanya, ceritanya telah disenyapkan dalam media antarabangsa, khususnya berita 'pengambil-alihan' Taliban di beberapa tempat yang pernah dikatakan sebagai kawasan kawalan Amerika.

Berbalik dengan cerita burqa. Burqa merupakan pakaian tradisi wanita Afghanistan yang menutup seluruh tubuh kecuali mata. Ada yang berwarna hitam dan biru. Pakaian yang menyelubungi wanita-wanita tempatan ini dikatakan paksaan dan tekanan atas mereka. Tetapi hari ini kisahnya sudah terbalik.

Burqa yang menjadi medium cerita ganjil hari ini sudah kelihatan di negara, 'white-eye' (gelaran puak Red-Indian, Apachee' terhadap orang putih). Ia sudah menjadi satu yang menakjubkan di mata mereka dan kerana permintaan yang tinggi terhadap burqa di Amerika, ia mencecah harga sebanyak US$89 di California.

Malah aku berkesempatan menonton pita video rakaman pensyarahku, Kopanski yang menemubual seorang wanita Poland yang menetap di Texas dan berkahwin dengan seorang penduduk tempatan dengan lengkap berpakaian burqa. Jenis pakaian sedemikian dan beberapa jenis purdah lain senang unruk dilihat di masjid-masjid dan pusta komuniti Islam di sana berbanding di Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...