Langkau ke kandungan utama

Baca 2 buku setahun?



Ruangan IKON Berita harian 19/10/05
Baca 2 buku setahun?
Oleh Fairuz Zaidan


BACALAH atau Iqra’ yang dipetik dari Surah al-Alaq iaitu wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad kira-kira 1,400 tahun lalu jelas menunjukkan betapa besarnya pengertian ilmu dalam rona kehidupan manusia.Namun, masih ada di kalangan masyarakat yang malas dan mengabaikan tabiat membaca atas alasan tidak mempunyai waktu yang cukup dan ‘pening’ melihat susunan abjad pada kandungan buku.


Pening? Hmmmm... Hanya alasan!i-Kon minggu ini cuba mengupas, selain mendapatkan pandangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia mengenai tabiat membaca di kalangan masyarakat Malaysia, jenis buku dan usaha bagi memperkasakan tabiat membaca. Selamat membaca!MEMANG memeranjatkan bila meneliti hasil ‘Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia’ oleh Perpustakaan Negara pada 1996 yang merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun.Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan yang paling digemari ialah komik, diikuti majalah, buku dan surat khabar.


Antara jawapan yang diperoleh menerusi hasil tinjauan orang ramai ialah tidak mempunyai lebih masa atau juga kurang berminat membaca.Mengapakah keadaan ini boleh berlaku? Apakah masyarakat sudah terlalu sibuk dengan urusan seharian sehingga tidak mempunyai masa untuk mentelaah sebarang bentuk bahan bacaan yang terjual di pasaran? Atau mungkinkah masyarakat tidak lagi berminat untuk membaca buku, sebaliknya lebih tertumpu kepada sumber ilmiah lain seperti Internet, televisyen atau radio untuk mendapatkan maklumat terkini?


Bila melihat purata membaca buku di kalangan masyarakat kita nyata jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan senario masyarakat di negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan China yang menjadikan buku sebagai teman setia di waktu terluang.Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Dr Wan Ali Wan Mamat, berkata berdasarkan kajian pada 1996 itu, Perpustakaan Negara sekali lagi mengadakan kajian terbaru bagi meneliti kadar celik huruf (literasi) dan tabiat membaca di kalangan masyarakat di Malaysia.Beliau berkata, kajian bertajuk Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005 yang dimulakan pada Jun lalu dengan kerjasama Jabatan Statistik dijangka dapat diketahui hujung tahun ini.

“Kajian ini merangkumi tinjauan membabitkan seramai 60,000 rakyat pelbagai peringkat usia di seluruh negara.“Dalam kajian ini juga, kita akan ketahui tahap kecenderungan masyarakat Malaysia membaca, selain bahan bacaan yang dibaca untuk dikumpulkan ke dalam data.“Tinjauan bermula Jun sehingga Ogos lalu penting bagi mengemas kini maklumat, di samping mengetahui tahap kecenderungan membaca masyarakat,” katanya yang ditemui i-Kon, baru-baru ini.Beliau berkata, kajian yang masih dalam peringkat semakan data itu bakal menjadi kayu pengukur bagi jabatan itu dalam usaha memperkasakan lagi tabiat membaca.Ditanya mengenai kelompok usia paling cenderung mengamalkan budaya membaca, Dr. Wan Ali berkata, golongan remaja mendahului senarai paling tinggi yang kerap membaca. “Kelompok ini (remaja) terutama penuntut universiti dan kolej semestinya memilih buku teks sebagai bahan bacaan wajib dan tidak terkecuali memilih bahan bacaan berbentuk hiburan dan novel sebagai pilihan mereka,” katanya. Dr Wan Ali berkata, walaupun kempen membaca dilaksanakan Julai, pihaknya turut mempromosikan kempen galakan membaca secara berterusan sepanjang tahun.

Mengenai tema Rajin Membaca Pasti Berjaya, beliau berkata, setiap tema yang diketengahkan bertujuan untuk menarik minat serta sebagai galakan untuk menyedarkan rakyat pentingnya membaca buku.Beliau berkata, dalam merancakkan lagi usaha membentuk masyarakat yang gemar membaca, kerajaan juga menambahkan lagi infrastruktur perpustakaan di luar bandar dengan mewujudkan sebanyak 200 perpustakaan desa yang kini dalam tempoh 90 peratus disiapkan.

Ketika ini, Perpustakaan Negara mempunyai 700,000 ahli berdaftar dengan purata seramai 3,000 pengunjung pada setiap hujung minggu, manakala purata 1,000 pengunjung setiap hari.“Pada pandangan saya, kemajuan teknologi maklumat turut sama penting dengan peranan buku kerana bagi saya masing-masing mampu memberikan maklumat dalam kita mendapatkan sumber maklumat terkini,” katanya.

Ditanya juga mengenai pandangan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang dipetik berkata “Jika kita meminjam buku di perpustakaan, kita sentiasa terkebelakang lima tahun.” (Berita Harian (BM) 31 Julai 2005).“Pada pandangan saya, falsafah yang dikemukakan datuk itu sebenarnya menggalakkan orang ramai memiliki sendiri buku, iaitu tidak menangguhkan untuk mendapatkan buku sendiri,” katanya yang tidak menganggap kenyataan itu sebagai mengkritik Perpustakaan Negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Firdaus Abdullah, berkata adalah sukar sebenarnya untuk mengukur budaya membaca di kalangan masyarakat.“Jika dikatakan orang ramai tidak baca, tetapi pada masa yang sama kita dapat lihat kebanjiran toko buku dengan penerbitan majalah dan buku pada setiap tahun.“Persoalannya, adakah masyarakat kita membeli untuk membaca atau melihat gambar semata-mata?” katanya.

Dr Firdaus berkata, ketika ini sukar untuk menyaksikan amalan membacakan cerita kepada anak-anak oleh ibu bapa kerana kehadiran bentuk maklumat lain seperti televisyen.“Sekiranya amalan membacakan cerita sebelum tidur tidak kiralah cerita pendek atau sajak, saya percaya dengan sendirinya ia mampu merapatkan kemesraan keluarga secara amnya,” katanya. Apakah masa depan buku dan pengaruh teknologi maklumat (IT) terhadapnya? “IT adalah ‘penawar dan racun”, jelas Dr Firdaus.Baca, rehat dan minum di kedai buku“RAMAI yang suka buku dan baca buku tetapi lokek beli buku.” Itu kata-kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.Tambahnya lagi: “Jika ini keadaannya, sama ada anda pergi ke kedai buku dan duduk di sana dan habiskan membaca buku itu di sana, kerana mahalnya, atau pergi ke perpustakaan.

Tetapi biasanya di perpustakaan buku baru lambat sampai, jadi anda akan sentiasa terkebelakang lima tahun.“Jika kita beli, dalam detak dan detik yang sama, kita membaca buku berkenaan dengan orang lain di negara lain.”Jadi, mana satu pilihan anda? Beli, baca di kedai atau pinjam di perpustakaan?

Masing-masing pasti ada jawapan tersendiri. Hendak membeli mungkin tidak mampu, pinjam di perpustakaan, mungkin jadi seperti yang disebut Sasterawan Negara, `sentiasa terkebelakang lima tahun’!

Mungkin bagi kebanyakan yang gemar membaca, tetapi tidak mampu membeli kerana mahal dan tidak mahu ketinggalan dengan meminjam di perpustakaan, membaca di kedai buku adalah pilihan paling sesuai.Lebih-lebih lagi, kebanyakan kedai buku utama hari ini seperti MPH, Borders dan Kinokuniya, bukan saja menyajikan bahan bacaan pelbagai dan terkini malah menyediakan ruang untuk pengunjung menghayati isi kandungan buku di situ.

Tidak cukup dengan itu, ada kedai buku yang turut menempatkan kafe di dalamnya dan pelanggan boleh membaca, sambil menikmati kopi ditemani muzik yang setia berkumandang.i-Kon turut mengunjungi beberapa kedai buku utama di sekitar ibu kota bagi melihat senario di sana. Memang ramai pengunjungnya, dari yang kecil, remaja hingga ke dewasa. Ada yang sampai duduk bersila membaca buku dan ada yang khusyuk `merenung’ komputer, mencari tajuk buku yang dihajati.Rata-rata yang ditemui mengakui kunjungan ke kedai buku utama ini adalah untuk `membaca secara percuma’.

Ramai juga yang beranggapan kedai buku ini adalah `perpustakaan’, malah lebih berkesan fungsinya berbanding perpustakaan sedia ada kerana menyediakan 1,001 macam bahan bacaan yang terkini.

Tidak kurang juga yang `berhabis’ berbelanja di kedai buku ini, lebih-lebih lagi untuk mendapatkan buku terkini, juga buku dari luar negara.

Menarikkan? Oleh itu, kepada sesiapa yang jarang-jarang hendak menjejakkan kaki ke kedai buku atau langsung tidak pernah ke kedai buku sebegini..bawa-bawalah diri ke sana. Semoga kita menjadi masyarakat yang gemar membaca.Program Berkongsi Hasil Maklumat Bacaan DBP

Ia bertujuan menanam tabiat suka membaca di kalangan kakitangan jabatan

Maklumat bacaan dikongsi sesama ahli mesyuarat selama 15 minit setiap kali tamat mesyuarat (seorang setiap kali mesyuarat)

Program ini sudah dilaksanakan pada mesyuarat peringkat Ketua Bahagian dan akan diperluaskan dalam mesyuarat bahagian dan unitInfo Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996

Literasi penduduk meningkat 93 peratus.

87 peratus penduduk benar-benar mengamalkan tabiat membaca.

79 peratus rakyat Malaysia membaca akhbar, majalah (47 peratus), buku (52 peratus) dan komik (32 peratus).

Akhbar dipilih oleh kelompok berusia 15 tahun hingga 44 tahun.
Majalah dibaca sebahagian besar kelompok berumur 15 tahun hingga 34 tahun.
Minat membaca buku dan komik pula menurun selepas umur 24 tahun.

Ulasan

elm berkata…
klo butuh bahan bacaan yg menarik kesini aja > http://articles.jak-stik.ac.id < ada ribuan artikel yg bisa dibaca

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .