Langkau ke kandungan utama

DBP diminta terbit semula karya 30-an


DBP diminta terbit semula karya 30-an

KUALA LUMPUR 30 Julai 2005 - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diminta menerbitkan semula karya-karya penulis terpilih di antara tahun 1937 hingga 1970 supaya pemikiran mereka dapat dihayati oleh masyarakat sekarang.
Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, kebanyakan karya pada era itu banyak menjurus kepada usaha menyemarakkan semangat nasionalisme, persoalan sosial dan pengisian kemerdekaan.
Malahan katanya, ada pengarang yang berjaya merentasi persoalan lebih jauh dan berani mengkritik orang Inggeris dan Melayu yang mudah terpengaruh dengan nilai budaya Barat.
``Sebagai contoh, karya Putera Gunung Tahan (1937) dan Anak Mat Lela Gila (1941) oleh Ishak Muhammad memaparkan rakaman pengalaman perjuangan serta saranan kepada perjuangan bangsa Melayu.
``Selepas merdeka pula, karya terakhir Ruhil Hayat iaitu Rumah Kaca Digegar Gempa memandang sinis terhadap masyarakat Barat yang mengagungkan idea masyarakat liberal,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku-buku terbaru karya Sasterawan Negara (SN) Arena Wati.
Buku-buku tersebut ialah Tujuh Tegak Bersama, Antara Dua Deru terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka), Warna Sukma Usia Muda (Penerbit UKM), Trilogi Samira, Antara Manusia dan Kepala Bapak Itu (Utusan Publications & Distributors).
Turut hadir Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr. Firdaus Abdullah, Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Tan Sri Prof. Emiritus Ismail Hussein.
Menurut Rosmah lagi, penggunaan teknologi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perlu dimanfaatkan oleh penerbit dan pengedar buku untuk memasarkan buku terbitan mereka.
``Karya Harry Porter yang meletup di seluruh dunia misalnya banyak didorong promosi melalui Internet dan laman web,'' katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...