Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan siaran yang sepadan dengan carian penulis bestseller

Tip Menjadi Penulis Bestseller bakal diterbitkan

Sumber rujukan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller yang bakal diterbitkan Sepuluh hari di Melaka memuaskan hati saya. Menyiapkan buku terbaru Tip Menjadi Penulis Bestseller sudah diselesaikan. Minggu hadapan ke PTS bagi menyerahkan manuskrip terbaru. Dijangka buku ini akan diterbitkan sekitar bulan lima dan bulan enam. Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah sekuel kepada buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas. Serba sedikit latar belakang buku Tip Menjadi Penulis Bestseller Pegangan wajib bagi penulis bestseller "Menulis adalah kemahiran yang paling mudah. Ia tidak sesukar bidang kejuruteraan. Menulis adalah aktiviti harian yang memerlukan latihan dan pengetahuan. Tidak ada perkara mistik dan misteri mengenainya. Kita menulis non fiksyen bercerita mengenai apa yang diperlukan dalam hidup." Ayn Rand Penulis The Art of Nonfiction Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah sekuel kepada buku Cari Duit Cara Mudah Penulis Bebas yang diterbitkan pada tahun 2006 dan masih d...

Kini semua orang boleh menulis buku best-seller!

Akan berada di gerai buku PTS Publication di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2009) pada 17 April 2009. Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah susulan kepada buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas yang diterbitkan pada tahun 2006 dan masih diulang cetak sehingga hari ini. Buku terdahulu mendedahkan tip menulis di majalah manakala buku Tip Menjadi Penulis Bestseller memfokuskan tip menulis buku bukan fiksyen (nonfiction). Tip Menjadi Penulis Bestseller mempercepat cita-cita Tip Menjadi Penulis Bestseller menjawab soalan dalam fikiran saudara Tip Menjadi Penulis Bestseller untuk penulis sepenuh masa dan sambilan Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah buku panduan asas penulis baru Tip Menjadi Penulis Bestseller mendedahkan teknik menulis terkini Kebebasan kewangan sebagai penulis buku bermula di sini Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah pencetus ilham Terima kasih kepada semua pembaca yang menjadikan buku ini sahabat akrab dan teman di mana sahaja berada. Segala m...

Bestseller bukan sekadar pada jualan sahaja

Menjadi penulis bestseller atau penulis buku jualan terlaris di pasaran menjadi cita-cita peribadi mana-mana penulis. Ia bertindak seperti tanda aras kejayaan dan pencapaian seorang penulis bagi menghasilkan sebuah karya yang dimiliki ramai. Perkataan bestseller disandarkan kepada satu nilai dan nilai ini dilihat dari sudut pandang yang berbeza. Ia tidak bersifat mutlak dan berubah-ubah. Erti buku bestseller dilihat dalam beberapa keadaan. Buku bestseller di kedai-kedai buku. Bagi sebuah kedai buku, bestseller diukur melalui jumlah jualan tertinggi melalui rekod jual-beli dalam premis perniagaan. Maka, senarai buku-buku bestseller dikeluarkan melalui carta mingguan sebagai panduan kepada bakal pembaca memilih buku-buku yang dianggap popular dan dicari-cari ramai. Pada masa sama ia memudahkan pekedai mengenalpasti buku-buku yang berpotensi dijual dan dipesan kepada penerbit. Buku bestseller dari kaca mata penerbit. Bagi penerbit, bestseller juga diukur melalui prestasi jualan buku yang ...

Tip Penulis Bebas | Tip Menjadi Penulis Bestseller

Hari ini rakan-rakan di blog memberi ulasan mengenai buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Kepada rakan-rakan yang baru pertama kali mendengar judul buku ini. Berikut merupakan pengenalan buku tersebut. Tip Menjadi Penulis Bestseller memberi fokus kepada cara-cara menulis buku bukan fiksyen. Ia mendedahkan bagaimana cara menulis buku bukan fiksyen berdasarkan pengalaman hidup dan kerjaya yang akan menjadi semuah buku yang ditunggu-tunggu pembaca. Buku ini telah banyak membantu pemilik blog ini, dalam meningkatkan kualiti penulisan, serta menghasilkan karya-karya berkualiti berbentuk Seterusnya di sini   Aku dalam proses menulis ebook keempat bertajuk ‘Tips Mudah Lulus’. Seterusnya di sini Secara asasnya penulisan yang menggunakan KJ method tidak menggunakan kaedah penulisan secara linear. Kaedah ini dijadikan sebagai panduan untuk penulisan buku bagi ahli keluarga PTS (rujuk Forum PTS). Zamri Mohammad juga menerangkan cara menggunakan kedah ini di dalam buku Tip Menjadi Pe...

Pilihan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 [1]

Pilihan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 [1] Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Apakah buku-buku yang akan dapat ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 nanti? Kita bermula dengan buku-buku yang pernah muncul di booth PTS Media Group. Tip Menjadi Penulis Bestseller memberi fokus kepada cara-cara menulis buku bukan fiksyen. Ia mendedahkan bagaimana cara menulis buku bukan fiksyen berdasarkan pengalaman hidup dan kerjaya yang akan menjadi semuah buku yang ditunggu-tunggu pembaca. Aktiviti Pesta Buku klik di di sini  Prakata “Pegangan Wajib Bagi Penulis Bestseller” Bahagian 1 Potensi Diri Sebagai Penulis Bestseller Bab 1 “Mengapa Buku Bukan Fiksyen?” Bab 2 “Mengapa Saya Perlu Menulis?” Bab 3 Kemahuan Dan Pengetahuan Saling Beriringan Bab 4 Bestseller Bukan Sekadar Angka Bab 5 Penulisan Menjadi Wakil Rakyat - Harun Puteh Bab 6 Menjadi Penulis Bestseller Mengikut Petua Hamka Bab 7 Small Office Home Office Bab 8...

Semangat berkarya pembaca Tip Menjadi Penulis Bestseller

Nota: Terima kasih kepada Tuan dan Puan yang meluangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Insya Allah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 , penulis akan terus berkarya, menghasilkan lebih banyak buku yang bermutu sebagai mendukung usaha menambahkan lebih banyak judul dalam bahasa ibunda. Mohon doa para pembaca, tuan dan puan agar saya diberi kesihatan, kelapangan dan kekuatan dalam berkarya. Ikuti catatan di bawah. Cerita ini disampaikan oleh Cik Kauthar yang bertugas di gerai jualan buku PTS pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 lalu. Sekembali saya ke gerai jualan selepas dua jam singgah ke beberapa buah kedai membeli buku, Kauthar memberitahu saya, "Ada orang datang membeli buku Tip Menjadi Penulis Bestseller." Saya senyum, pastinya gembira kerana buku itu dipilihnya. "Beliau seorang OKU," kata Kauthar lagi. Ingatan saya kembali kepada sahabat pembaca, allahyarham Badruzamani. Rupa-rupanya cerita yang sama berulang...

Praktikal Penulis Bestseller di JTC Training Centre anjuran Akademi Penulis

Assalam alaikum wbt Alhamdulillah, Bengkel Praktikal Penulis Bestseller di JTC Training di bawah kelolaan Akademi Penulis selama dua hari berjaya disempurnakan. Sedikit maklumat Bengkel Praktikal Penulis Bestseller daripada sumber Bengkel Intensif Teknik Menulis adalah program penulisan fasa kedua di Akademi Penulis. Bengkel berkomputer ini diadakan selama 2 hari. Pihak Akademi Penulis menyarankan agar para peserta berminat menyertai Seminar Jana Wang Dengan Menulis terlebih dahulu. Belajar Dari Pakar Akademi Penulis menyediakan tenaga pakar dalam industri penerbitan dan penulisan buku Malaysia bagi memberikan input terbaik untuk bengkel ini. Mereka mencurahkan kesemua pengalaman bertahun-tahun khusus kepada sesiapa yang berani bertindak merealisasikan impian hidup. Fauzul Na’im Ishak-seorang penulis, perunding latihan dan motivasi dan berpengalaman sebagai penerbit buku. Antara tenaga penggerak penting dalam Kumpulan PTS yang membawa kepada kejayaan penting syarikat itu. Berjaya melah...

Tip Menjadi Penulis Bestseller di MPH, Jaya Jusco, Wangsa Maju,

Di kedai buku MPH, Jaya Jusco, Wangsa Maju menjual buku Tip Menjadi Penulis Bestseller pada harga diskaun potongan 20%. Bagi mereka yang berminat mendapatkan potongan harga istimewa, beramai-ramai ke MPH, Jaya Jusco, Wangsa Maju. Diskaun ini pada tempoh terhad. Bagi mereka yang mahu mengetahui kaedah dan cara menulis buku secara mudah dan praktikal. Sama ada mahu menulis secara sambilan dan sepenuh masa. Tip Menjadi Penulis Bestseller menghimpunkan petua dan kaedah yang digunapakai oleh penulis buku di Malaysia dan luar negara. Nota: Terima kasih kepada MPH, Jaya Jusco, Wangsa Maju kerana mempamerkan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller di dua bahagian display terbuka Gotta Have It berdekatan pintu utama dan bahagian perkhidmatan pelanggan. Sesiapa dapat ambil gambar buku tersebut di display, saya beri satu buku judul lain secara percuma! Satu gambar terbaik akan diberi hadiah! Dengan syarat sudah membeli buku Tip Menjadi Penulis Bestseller terlebih dahulu. Nota : Ini adalah premis pe...

Tip Menjadi Penulis Bestseller buku pertama 2009

Salah satu halaman pruf Tip Menjadi Penulis Bestseller Senarai bahan rujukan penghasilan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller Sebelum ini saya pernah menulis entri Tip Menjadi Penulis Bestseller bakal diterbitkan pada 12 Mac 2008 ( klik di sini ) Semalam (Sabtu) saya baru sahaja selesai membuat semakan pruf sebelum diserahkan kepada PTS Pro untuk proses seterusnya. Insya Allah, pada awal tahun 2009, Januari adalah tahun permulaan untuk Tuan dan Puan yang mempunyai kepercayaan dan niat menjadi penulis. Bukan sahaja penulis biasa-biasa tetapi menjadi penulis bestseller ( klik di sin i). Bagi mereka yang mahu mendapatkan perkembangan bilakah buku ini akan diterbitkan, langgan mailing list saya d i www.zamrimohamad.co m Semoga Allah mempermudahkan kejayaan kita semua menjelang tahun baru. Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini.

Ulasan Cik Emma buku Tip Menjadi Penulis Bestseller

Ini adalah petikan entri daripada Cik Emma, pembaca buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Entri asal boleh dibaca di sini. Terima kasih kepada Cik Emma atas kepercayaan dan sokongan sehingga memiliki Tip Menjadi Penulis Bestseller. Semoga Allah mempermudahkan cita-cita dan impian Cik Emma menjadi penulis yang prolifik dan mengubah lanskap pemikiran masyarakat kita. Jika ada yang bertanya dari mana kekuatan karya saya, "Ia datang daripada Tuan dan Puan yang membaca blog ini dan memiliki karya-karya saya sebelum ini. Terima kasih." Baca catatan Cik Emma di bawah. Dear bloggers, How are you today? Hope you are all right. My head is spinning as I didn’t have enough sleep last night. I have to sleep at least 6-7 hours. I was too enthusiastic to finish one book that I bought last night with my mom at Popular bookstoree, Boulevard. I just finished the book. I took me less than 10 hours to finish and understand the book. The book is written by Zamri Mohamad, a local writer. Seems...

Tip Menjadi Penulis Bestseller | Ulasan akhbar Berita Harian Singapura

Bahagian hadapan (klik untuk paparan jelas) Ulasan bahagian 1 (klik untuk paparan jelas) Ulasan bahagian 2 (klik untuk paparan jelas) Mengenai Berita Harian Singapura. Satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang memaparkan isu-isu masyarakat Melayu Singapura, persaingan dan pencapaian mereka. Pertama kali diterbit pada 1957, Berita Harian kini tampil di dunia maya menerusi lelaman cyBerita. Sebagai wadah interaksi di dunia penampilan maya, cyBerita merupakan arus revolusi media yang terkini. Petikan ulasan disiarkan semula di bawah. ------------------- Ekstra! : 15 Ogos 2009 MEMPERKATA BUKU PANDUAN JADI PENULIS 'BUKU LARIS' Penulis ada tanggungjawab sosial yang harus dipikul Oleh Rohman Munasip ANDA seorang penulis? Jika ya, maka buku Tip Menjadi Penulis Bestseller ini boleh menjadi mangkin yang dapat merangsang minat anda dalam dunia penulisan. Pastikan pada suatu masa nanti anda dapat menerbitkan buku yang dibaca luas oleh masyarakat. Tetapi bagaimana caranya? Jawapannya ter...

Tim kursus penulisan menukarkan 'kalau' menjadi 'sudah bemula'

Info sisipan Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010 Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publicatio n and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 ( KLIBF 2010 ) Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia , PTS Professional , PTS One . Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika , PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH , MPH Online , Popular Bookstores , Bookcafe dan E-kedai.net Teruskan membaca entri di bawah ---------- Sepupu-sepupu yang diingati, Hujung tahun ini, ayuh kita berazam sekurang-kurangnya menghasilkan sebuah buku bermula tahun 2010. Semangat timbul selepas berbincang dengan seorang mentor (juga saya panggil sepupu) yang banyak mendidik saya melihat hidup menggunakan mata hati. Jika diizinkan Allah, sebuah buku akan ditulis bersa...