Jumaat, Disember 24, 2010

Dilema mesin 'manusia' dan mesin yang 'mesin'

"Pekerja adalah aset terpenting bisnes. Oleh itu, ambil hanya yang terbaik, hantar mereka menghadiri kursus latihan yang akan meningkatkan kemahiran mereka, sediakan peluang untuk karier mereka berkembang dan iktiraf pencapaian kerja mereka yang baik."

------

Info terkini mengenai penulis Terbang Tinggi Setinggi Air Asia.

Insya Allah pada 8 Januari 2010 ini, kepada peniaga-peniaga kecil dan mereka yang akan mencari pekerja untuk perniagaan mereka kelak, kami akan mengadakan mini seminar 3M Mencari, Menggaji dan Mengekalkan Pekerja. Seminar ini penting bagi menghadapi pekerja-pekerja generasi Y yang melompat-lompat dalam tempoh singkat juga cara mengurus pekerja bermula dari 0. Tempat terhad.

Rabu, Disember 22, 2010

Adakalanya pekerja tidak sedar bahawa....

Mydin dan UIA pernah melakukan cara ini.

Kenalpasti hanya calon-calon yang serius. Antara cara untuk menapis calon-calon yang tidak serius adalah meminta mereka menulis satu karangan ringkas mengapa mereka memerlukan kerja tersebut atau mengapa anda perlu mengambil mereka untuk kerja tersebut?

------

Info terkini mengenai penulis Terbang Tinggi Setinggi Air Asia.

Insya Allah pada 8 Januari 2010 ini, kepada peniaga-peniaga kecil dan mereka yang akan mencari pekerja untuk perniagaan mereka kelak, kami akan mengadakan mini seminar 3M Mencari, Menggaji dan Mengekalkan Pekerja. Seminar ini penting bagi menghadapi pekerja-pekerja generasi Y yang melompat-lompat dalam tempoh singkat juga cara mengurus pekerja bermula dari 0. Tempat terhad.

Isnin, Disember 20, 2010

Sampaikan 'Polisi tidak bertulis' kepada pekerja

Jangan tergesa-gesa mengambil pekerja. ‘Laburkan’ sedikit masa dan tenaga dalam menilai calon-calon yang berpotensi dan dalam membuat keputusan untuk melantik mereka.

Antaranya, pertimbangkan sama ada calon tersebut akan mampu menyesuaikan diri dengan budaya kerja anda, mempunyai sikap yang positif dan boleh bekerjasama.

Apa itu budaya kerja? Polisi 'tidak bertulis' yang mahu disampaikan?

------

Info terkini mengenai penulis Terbang Tinggi Setinggi Air Asia.

Insya Allah pada 8 Januari 2010 ini, kepada peniaga-peniaga kecil dan mereka yang akan mencari pekerja untuk perniagaan mereka kelak, kami akan mengadakan mini seminar 3M Mencari, Menggaji dan Mengekalkan Pekerja. Seminar ini penting bagi menghadapi pekerja-pekerja generasi Y yang melompat-lompat dalam tempoh singkat juga cara mengurus pekerja bermula dari 0. Tempat terhad.

Sabtu, Disember 18, 2010

Kelemahan Majikan dan Kelebihan Pekerja

"Kaji kemahiran kita sendiri terlebih dahulu. Ketahui kekuatan dan kelemahan diri anda dan lantik pekerja yang mempunyai kemahiran yang akan melengkapi kekurangan kita."

------

Info terkini mengenai penulis Terbang Tinggi Setinggi Air Asia.

Insya Allah pada 8 Januari 2010 ini, kepada peniaga-peniaga kecil dan mereka yang akan mencari pekerja untuk perniagaan mereka kelak, kami akan mengadakan mini seminar 3M Mencari, Menggaji dan Mengekalkan Pekerja. Seminar ini penting bagi menghadapi pekerja-pekerja generasi Y yang melompat-lompat dalam tempoh singkat juga cara mengurus pekerja bermula dari 0. Tempat terhad.

Jumaat, Disember 17, 2010

Kalendar Kursus Keusahawanan 2011

Kalendar tahun 2011 Kalendar Kursus Keusahawanan

Kalendar Januari 2011

Kepada Tuan dan Cik Puan yang merancang meningkatkan potensi perniagaan. Baik dari aspek pengurusan, pemasaran, iklan jualan, kempen online dan seumpamanya. Berikut merupakan senarai kursus dan seminar yang akan diadakan pada tahun 2011.

Januari 2011

  • Bengkel Power Selling dengan Penulisan Iklan Jualan (2 hari) 15 dan 16 Januari 2010 Klik di sini
  • Mini Bengkel 3M, Mencari, Menggaji dan Mengekalkan Pekerja (setengah hari) 8 Januari Klik di sini
  • Mini Bengkel Presentasi Powerpoint untuk Bisnes Kecil (3 jam) 22 Januari
  • Bengkel Ekspress Penulisan Rencana Akhbar dan Majalah (6 jam) 23 Januari. Klik di sini
  • Bengkel Power Selling dengan Blog Shop (2 hari) Klik di sini

Peniaga semakin susah meniru bisnes Air Asia

Cerita di sebalik Air Asia dan bisnes

Ketika mana Air Asia membuka laluan ke UK, seorang lelaki mendekati Tony Fernandez dan berkata, "Saya meniru setiap satu yang Air Asia lakukan ke atas perniagaan kecil saya. Sekarang saya susah."

Apa yang berlaku?

Kata lelaki itu, "Dahulu saya hanya ada satu trak sahaja. Disebabkan meniru Air Asia, trak saya bertambah dan saya susah kerana mahu mengendalikan operasi yang semakin sibuk."

Dari kecil, perniagaan menjadi besar

Apakah strategi Air Asia yang diaplikasi oleh lelaki ini. Hari ini Tuan Mazlan Mohamad, telah mendedahkan di dalam Terbang Tinggi Setinggi Air Asia terbitan Truewealth.

Pada tahun 2001, syarikat ini bernilai hanya RM1.00, dibebani hutang sebanyak RM40 juta, mempunyai hanya dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.

Selepas 9 tahun.

Syarikat tersebut bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Itulah AirAsia, sebuah jenama tempatan bertaraf global dan kini menjadi saingan syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa lain yang telah beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific

Merah tuah atau hitam manis Tony yang mengangkat Air Asia?

Ketika pengasasnya, Dato’ Seri Tony Fernandes, mengumumkan impiannya untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan tambang rendah yang pertama di rantau ini, ramai yang memandang sinis dan tidak yakin dengan impiannya itu.

Tetapi selepas 9 tahun, beliau membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ini dan apa yang lebih menarik, modul perniagaan perkhidmatan tambang rendah AirAsia menjadi ikutan pesaing-pesaingnya seperti MAS yang menubuhkan Fireflyz, SIA yang menubuhkan Tiger Airways dan Qantas Airways yang menubuhkan Jetstar Airways.

Apakah rahsia kejayaan yang digunapakai oleh Dato’ Seri Tony Fernandes hingga berjaya meletakkan AirAsia di tahapnya sekarang?

Adakah semata-mata hanya kerana tambangnya yang murah? Ataupun kerana pramugari-pramugarinya yang beruniform merah?

Buku 'Terbang Tinggi Seperti AirAsia' mendedahkan.

Buku ini bukan bercerita mengenai sejarah penubuhan AirAsia atau mengenai biografi pengasasnya, Dato’ Seri Tony Fernandes.

Menurut Dato’ Dr. Nor Hisham Mohd Nor, Penasihat Korporat, Mesra Alam Borneo Sdn Bhd,
“Strategi-strategi yang disentuh boleh dijadikan panduan berguna kepada mereka yang sedang terlibat dalam bidang perniagaan. Kepada yang sedang merancang untuk berniaga, buku ini boleh menjadi rujukan awal bagi memastikan pengurusan perniagaan yang baik. ”

Kurang 10 tahun menjadi gergasi besar bertubuh kecil

Buku ini menggariskan strategi-strategi yang digunapakai oleh Dato’ Seri Tony dalam membina jenama AirAsia dari sebuah jenama global dalam tempoh kurang dari 10 tahun.

Strategi-strategi perniagaan yang terbukti berkesan dan berjaya ini, disampaikan dalam bahasa yang mudah, ringkas, senang difahami dan tidak berbentuk akademik.

Antara strategi yang dibincangkan :

  1. Penawaran produk yang tepat
  2. Menjadi inovatif agar kekal segar, relevan dan kompetitif
  3. Memanfaatkan teknologi Internet sepenuhnya
  4. Memaksimumkan rangkaian sosial Facebook dan Twitter
  5. Membina kerjasama niaga dengan jenama yang kukuh
  6. Mempunyai visi yang jelas dan fokus sebagai ketua
  7. Elakkan sikap cukup dengan apa yang ada
  8. Membina hubungan dengan rakyat Malaysia
  9. Pemilihan jenama yang tepat
  10. Pemilihan tagline yang menggambarkan ciri atau faedah terpenting produk

Klik di sini bagi mendapatkan naskah berautograf

------

Info terkini mengenai penulis Terbang Tinggi Setinggi Air Asia.

Insya Allah pada 8 Januari 2010 ini, kepada peniaga-peniaga kecil dan mereka yang akan mencari pekerja untuk perniagaan mereka kelak, kami akan mengadakan mini seminar 3M Mencari, Menggaji dan Mengekalkan Pekerja. Seminar ini penting bagi menghadapi pekerja-pekerja generasi Y yang melompat-lompat dalam tempoh singkat juga cara mengurus pekerja bermula dari 0. Tempat terhad.

-----

Siapakah penulis blog ini?

Zamri Mohamad adalah penulis lebih 15 buah buku yang membantu dari aspek bisnes, komunikasi dan kreatif. Buku-buku beliau diterbitkan PTS dan diedarkan di kedai-kedai buku seluruh negara. Beliau juga menganjurkan kursus seperti kursus penulisan rencana, penulisan iklan jualan dan membina bisnes dengan blog. Beliau mengasaskan program komuniti di bawah label kursuspenulisan.com dan kursusperniagaan.com

Informasi lanjut di laman web rasmi.

7 perkara saya belajar dari SME CEO Forum

Assalamualaikum wbt

Syukur kepada Allah atas limpahan rezeki yang diberikan. Rezeki berbentuk kesihatan, rezeki persahabatan, rezeki kewangan dan rezeki ruang serta peluang.

Tahun 2010 akan berakhir. Menjelang tahun 2011, merencana apa yang dipercayai terbaik dan diusahakan dengan sesempurna mungkin.

Semoga Allah membantu setiap pekerjaan yang saya dan rakan-rakan usahakan.

Semalam saya dan Tuan Azree Hanifiah berkesempatan meluangkan masa ke SME CEO Forum anjuran SME Entrepreneurship. Ada sekitar 140 orang menghadiri forum itu.

Dalam ucapan alu-aluan, Tuan William Ng memberi penekanan, "Meskipun Tuan dan Cik Puan menguruskan sebuah perniagaan kecil, kita berfikir dan bekerja seperti CEO."

Ada beberapa perkara yang saya catatkan sebagai ingatan.

Perkara yang paling kami berdua ingat adalah apa yang disampaikan oleh Tuan Lee Min On dari KPMG berkongsi berkaitan Pengurusan Korporat untuk Bisnes Kecil (SME).

Saya petik catatan Tuan Azree Hanifiah,
  • "Seberapa hebat sistem pengurusan yang saudara ada, ia hanyalah bertindak sebagai sokongan sahaja. Yang penting adalah manusia yang bekerja dalam syarikat. Yang mendapatkan duit bukannya sistem tetapi manusia."
  • Pengurusan korporat memberi penekanan kepada isi sebuah organisasi bukan sekadar bentuk.
  • Krisis kewangan global pada tahun 2008 dan 2009 secara mutlak berpunca daripada sikap manusia. Peraturan, kod dan sistem bukan penyelesaian. Ia hanya membantu sahaja.
  • Pengurusan korporat yang gagal berpunca daripada kurangnya kefahaman, kos dan isu berbangkit.
  • Kemakmuran perniagaan tidak datang daripada satu faktor sahaja. Ia adalah gabungan kepimpinan, pekerja, kumpulan kerja, semangat keusahawanan, pengalaman dan kemahiran.
  • Dalam sistem sebuah pengurusan korporat, apa yang dilihat adalah strategi perniagaan, cara risiko ditangani dan kaedah kawalan dalam organisasi.
  • Apabila bercakap mengenai risiko dalam organisasi. Ada empat bentuk risiko yang perlu dilihat.
Pertama, risiko strategi yang memeningkan kepala CEO.
Kedua, risiko operasi yang melibatkan mesin dan sistem.
Ketiga, risiko kewangan yang melibat sumber duit yang diambil dan disuntik semula.
Keempat, risiko pematuhan (compliance) yang melibatkan undang-undang.

Satu nasihat yang mengakhiri kata-katanya, "Kita mahu menjadi besar, tetapi kita mesti tahu berapa ramai yang naik (up) dan berapa ramai juga yang mati (out)."