Langkau ke kandungan utama

7 perkara saya belajar dari SME CEO Forum





Assalamualaikum wbt

Syukur kepada Allah atas limpahan rezeki yang diberikan. Rezeki berbentuk kesihatan, rezeki persahabatan, rezeki kewangan dan rezeki ruang serta peluang.

Tahun 2010 akan berakhir. Menjelang tahun 2011, merencana apa yang dipercayai terbaik dan diusahakan dengan sesempurna mungkin.

Semoga Allah membantu setiap pekerjaan yang saya dan rakan-rakan usahakan.

Semalam saya dan Tuan Azree Hanifiah berkesempatan meluangkan masa ke SME CEO Forum anjuran SME Entrepreneurship. Ada sekitar 140 orang menghadiri forum itu.

Dalam ucapan alu-aluan, Tuan William Ng memberi penekanan, "Meskipun Tuan dan Cik Puan menguruskan sebuah perniagaan kecil, kita berfikir dan bekerja seperti CEO."

Ada beberapa perkara yang saya catatkan sebagai ingatan.

Perkara yang paling kami berdua ingat adalah apa yang disampaikan oleh Tuan Lee Min On dari KPMG berkongsi berkaitan Pengurusan Korporat untuk Bisnes Kecil (SME).

Saya petik catatan Tuan Azree Hanifiah,
  • "Seberapa hebat sistem pengurusan yang saudara ada, ia hanyalah bertindak sebagai sokongan sahaja. Yang penting adalah manusia yang bekerja dalam syarikat. Yang mendapatkan duit bukannya sistem tetapi manusia."
  • Pengurusan korporat memberi penekanan kepada isi sebuah organisasi bukan sekadar bentuk.
  • Krisis kewangan global pada tahun 2008 dan 2009 secara mutlak berpunca daripada sikap manusia. Peraturan, kod dan sistem bukan penyelesaian. Ia hanya membantu sahaja.
  • Pengurusan korporat yang gagal berpunca daripada kurangnya kefahaman, kos dan isu berbangkit.
  • Kemakmuran perniagaan tidak datang daripada satu faktor sahaja. Ia adalah gabungan kepimpinan, pekerja, kumpulan kerja, semangat keusahawanan, pengalaman dan kemahiran.
  • Dalam sistem sebuah pengurusan korporat, apa yang dilihat adalah strategi perniagaan, cara risiko ditangani dan kaedah kawalan dalam organisasi.
  • Apabila bercakap mengenai risiko dalam organisasi. Ada empat bentuk risiko yang perlu dilihat.
Pertama, risiko strategi yang memeningkan kepala CEO.
Kedua, risiko operasi yang melibatkan mesin dan sistem.
Ketiga, risiko kewangan yang melibat sumber duit yang diambil dan disuntik semula.
Keempat, risiko pematuhan (compliance) yang melibatkan undang-undang.

Satu nasihat yang mengakhiri kata-katanya, "Kita mahu menjadi besar, tetapi kita mesti tahu berapa ramai yang naik (up) dan berapa ramai juga yang mati (out)."

Insya Allah pada 8 Januari 2010 ini, kepada peniaga-peniaga kecil dan mereka yang akan mencari pekerja untuk perniagaan mereka kelak, kami akan mengadakan mini seminar 3M Mencari, Menggaji dan Mengekalkan Pekerja. Seminar ini penting bagi menghadapi pekerja-pekerja generasi Y yang melompat-lompat dalam tempoh singkat juga cara mengurus pekerja bermula dari 0. Tempat terhad.



-----

Siapakah penulis blog ini?

Zamri Mohamad adalah penulis lebih 15 buah buku yang membantu dari aspek bisnes, komunikasi dan kreatif. Buku-buku beliau diterbitkan PTS dan diedarkan di kedai-kedai buku seluruh negara. Beliau juga menganjurkan kursus seperti kursus penulisan rencana, penulisan iklan jualan dan membina bisnes dengan blog. Beliau mengasaskan program komuniti di bawah label kursuspenulisan.com dan kursusperniagaan.com

Informasi lanjut di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...