Langkau ke kandungan utama

Peniaga semakin susah meniru bisnes Air Asia

Cerita di sebalik Air Asia dan bisnes

Ketika mana Air Asia membuka laluan ke UK, seorang lelaki mendekati Tony Fernandez dan berkata, "Saya meniru setiap satu yang Air Asia lakukan ke atas perniagaan kecil saya. Sekarang saya susah."

Apa yang berlaku?

Kata lelaki itu, "Dahulu saya hanya ada satu trak sahaja. Disebabkan meniru Air Asia, trak saya bertambah dan saya susah kerana mahu mengendalikan operasi yang semakin sibuk."

Dari kecil, perniagaan menjadi besar

Apakah strategi Air Asia yang diaplikasi oleh lelaki ini. Hari ini Tuan Mazlan Mohamad, telah mendedahkan di dalam Terbang Tinggi Setinggi Air Asia terbitan Truewealth.


Pada tahun 2001, syarikat ini bernilai hanya RM1.00, dibebani hutang sebanyak RM40 juta, mempunyai hanya dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.

Selepas 9 tahun.

Syarikat tersebut bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Itulah AirAsia, sebuah jenama tempatan bertaraf global dan kini menjadi saingan syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa lain yang telah beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific

Merah tuah atau hitam manis Tony yang mengangkat Air Asia?

Ketika pengasasnya, Dato’ Seri Tony Fernandes, mengumumkan impiannya untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan tambang rendah yang pertama di rantau ini, ramai yang memandang sinis dan tidak yakin dengan impiannya itu.

Tetapi selepas 9 tahun, beliau membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ini dan apa yang lebih menarik, modul perniagaan perkhidmatan tambang rendah AirAsia menjadi ikutan pesaing-pesaingnya seperti MAS yang menubuhkan Fireflyz, SIA yang menubuhkan Tiger Airways dan Qantas Airways yang menubuhkan Jetstar Airways.

Apakah rahsia kejayaan yang digunapakai oleh Dato’ Seri Tony Fernandes hingga berjaya meletakkan AirAsia di tahapnya sekarang?

Adakah semata-mata hanya kerana tambangnya yang murah? Ataupun kerana pramugari-pramugarinya yang beruniform merah?

Buku 'Terbang Tinggi Seperti AirAsia' mendedahkan.

Buku ini bukan bercerita mengenai sejarah penubuhan AirAsia atau mengenai biografi pengasasnya, Dato’ Seri Tony Fernandes.

Menurut Dato’ Dr. Nor Hisham Mohd Nor, Penasihat Korporat, Mesra Alam Borneo Sdn Bhd,
“Strategi-strategi yang disentuh boleh dijadikan panduan berguna kepada mereka yang sedang terlibat dalam bidang perniagaan. Kepada yang sedang merancang untuk berniaga, buku ini boleh menjadi rujukan awal bagi memastikan pengurusan perniagaan yang baik. ”

Kurang 10 tahun menjadi gergasi besar bertubuh kecil

Buku ini menggariskan strategi-strategi yang digunapakai oleh Dato’ Seri Tony dalam membina jenama AirAsia dari sebuah jenama global dalam tempoh kurang dari 10 tahun.

Strategi-strategi perniagaan yang terbukti berkesan dan berjaya ini, disampaikan dalam bahasa yang mudah, ringkas, senang difahami dan tidak berbentuk akademik.

Antara strategi yang dibincangkan :

  1. Penawaran produk yang tepat
  2. Menjadi inovatif agar kekal segar, relevan dan kompetitif
  3. Memanfaatkan teknologi Internet sepenuhnya
  4. Memaksimumkan rangkaian sosial Facebook dan Twitter
  5. Membina kerjasama niaga dengan jenama yang kukuh
  6. Mempunyai visi yang jelas dan fokus sebagai ketua
  7. Elakkan sikap cukup dengan apa yang ada
  8. Membina hubungan dengan rakyat Malaysia
  9. Pemilihan jenama yang tepat
  10. Pemilihan tagline yang menggambarkan ciri atau faedah terpenting produk

Klik di sini bagi mendapatkan naskah berautograf


------

Info terkini mengenai penulis Terbang Tinggi Setinggi Air Asia.


Insya Allah pada 8 Januari 2010 ini, kepada peniaga-peniaga kecil dan mereka yang akan mencari pekerja untuk perniagaan mereka kelak, kami akan mengadakan mini seminar 3M Mencari, Menggaji dan Mengekalkan Pekerja. Seminar ini penting bagi menghadapi pekerja-pekerja generasi Y yang melompat-lompat dalam tempoh singkat juga cara mengurus pekerja bermula dari 0. Tempat terhad.



-----

Siapakah penulis blog ini?

Zamri Mohamad adalah penulis lebih 15 buah buku yang membantu dari aspek bisnes, komunikasi dan kreatif. Buku-buku beliau diterbitkan PTS dan diedarkan di kedai-kedai buku seluruh negara. Beliau juga menganjurkan kursus seperti kursus penulisan rencana, penulisan iklan jualan dan membina bisnes dengan blog. Beliau mengasaskan program komuniti di bawah label kursuspenulisan.com dan kursusperniagaan.com

Informasi lanjut di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

Laman web dinaiktaraf.

Saya tidak berpuas hati maka saya ubah semuanya sekali lagi. Laman web rasmi penulis ditukar untuk kali ke berapa, saya sendiri sudah tidak pasti. Tetapi saya jangkakan laman web wajah baru ini bakal kekal dengan wajah ini bagi tempoh yang lama. Saya sedang cuba-cuba belajar menggunakan beberapa perisian grafik bagi keperluan foto di dalam laman web. Apa yang kasar dihaluskan, apa yang bertompok dihilangkan, apa yang gelap dicerahkan. Saya seperti kembali kepada usia 21 tahun, bermain-main dengan perisian grafik di komputer rakan saya. Zaman olok-olok. Kami bergembira dengan gambar dan warna. Kami hasilkan kulit album olok-olok. Kemudian kami hasilkan laman web ringkas seolah-olah laman web sebuah kumpulan muzik. Saya masih ingat lagi, kami berempat baru pulang daripada kelas bahasa Arab. Berlatar belakang dinding dengan permukaan berpasir dan kasar, kami mengambil gambar di situ. Sampai di bilik, kami ubah suai dan menjadi kulit album kumpulan ahli muzik. Bertudung labuh ke konsert un...