Ahad, Mei 31, 2009

Cawan kopi sejuk dan sunyi

"Baru kau tahu kau ini tidak ada bakat bercerita,"
"Ya benar,"
"Baru kau tahu kau itu ada tidak ada sama sahaja,"
"Ya saya tahu."
"Baru engkau tahu kau...."
"Ah! Sah inilah situasi kau hadapi sejak dahulu. Kau bercakap dengan diri sendiri rupa-rupanya,"
"Esok pasti hari yang sunyi untuk kau."

Bahu ditepuk mesra. Mereka memandang saya.

Mereka diam tidak mahu kongsi bicara.

Masing-masing sudah habis menghirup kopi sejuk yang diam setia di atas meja. Beransur dia dari meja itu. Dia duduk kembali. Masih di situ masih memikirkan, apakah yang dibuat betul atau tidak.

Katanya pada tuhan, "Tuhan sesungguhnya diriku lemah, maka kau kuatkan jiwaku. Sesungguhnya jangan jadikan diriku golongan yang putus asa."

Saya angguk sahaja.

Pasti semalam dia tidak dapat tidur lagi memikirkan betapa dia tidak pandai bercerita. Seperti orang lain.

Mungkin saya akan bertanya pada dia, "Jika kau masih gagal bercerita dan mendapat cerita yang rela. Mahu kau mengikut aku ke Afrika?"

Tunggu masa.




Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Pakar bidang IT dan penternakan ikan keli

Petikan Utusan Malaysia

Pakar bidang IT terjun ke kolam ternakan

Oleh Laupa Junus
laupa.junus@utusan.com


Ikan keli yang diternak oleh syarikat Dimensi Rebana sentiasa mendapat permintaan.

Bukan mudah bagi seorang yang sudah lama berkecimpung dengan bidang yang diminati, tiba-tiba sahaja mengambil keputusan untuk beralih arah.

Berkecimpung dalam perniagaan komputer sejak 1986 dengan memiliki ijazah sarjana muda dalam sistem pengurusan maklumat dan pemasaran serta ijazah sarjana bidang perniagaan (MBA) dari Amerika Syarikat, sepatutnya sudah memberi jaminan hidup tetapi empunya diri enggan meneruskan kerjaya dalam bidang berkenaan.

''Saya sudah bosan," katanya ringkas ketika ditanya sebab meninggal bidang glamor itu.

Bagi Hanafiah Abdul Rahman, 47, usahawan akuakultur yang ditemui Mega di ladangnya di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini, beliau menceburi bidang penternakan ikan adalah kerana minat semata-mata..

Hanafiah, anak kelahiran Kampung Sri Terubok, Masjid Tanah, Melaka, memberitahu, meskipun tidak mempunyai kemahiran dalam industri akuakultur tetapi usaha gigih memperoleh maklumat dan pengetahuan daripada pelbagai sumber.

Bagi mendapatkan kaedah lengkap A-Z penternakan ikan keli, klik di sini


Isi kandungan buku terlengkap Buat Duit dengan Ikan Keli. klik di sini




Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Jumaat, Mei 29, 2009

Antara Peluang Perniagaan, Internet Marketing dan Buat Duit dengan Blog


Tiba-tiba saya rasa saya lebih muda dan sebaya penulis Buat Duit dengan Blog. Ini adalah pertemuan kami yang pertama di pejabat PTS. Saudara Yazid ini memfokuskan kemahiran menjana wang melalui blog di mana beliau telah membuktikannya.

Pada tahun 2009 ini, kami dan beberapa penulis lain sedang menyediakan siri buku Internet Marketing untuk mereka yang sudah bergelar peniaga, bakal peniaga dan pekerja yang mencari pendapatan tambahan. Pengalaman kami direkodkan secara teliti satu persatu melalui buku yang ditulis.

Dapatkan di gerai buku PTS di Read Malaysia atau di kedai-kedai buku seluruh negara.

Mengenai buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil

Permintaan terhadap internet meningkat meskipun seluruh dunia mengalami krisis ekonomi. Semua usahawan mula menyedari betapa pentingnya kemampuan internet dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Semakin tinggi penggunaan internet semakin tinggi peluang bisnes anda berkembang.

Pelajari langkah dan teknik pemasaran internet yang berkesan bagi menarik perhatian pengguna. Lengkap dengan kajian minisite-minisite di Malaysia dimana anda dapat menggunakan formula kejayaan yang digunakan oleh mereka. Ambil formula dan ubah ikut acuan kita.

Turut diterangkan langkah demi langkah membina minisite yang menjual dengan perisian percuma. Pelajari formula bagaimana hendak mereka kata kunci yang berkesan dan efektif. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman web http://www.kursusperniagaan.com

Penghargaan

Prakata:
Dari skeptik kepada pemasar di Internet.

Bahagian 1

Bab 1: Perniagaan kecil hilang pelanggan setiap hari.
Bab 2: Laman web mini dan skrip jualan.
Bab 3: Empat maklumat carian pelanggan.
Bab 4: Mudahkan pelanggan menghubungi.

Bahagian 2

Bab 5: Tarik, saring, hantar dan dorong pelanggan.
Bab 6: 22 pendahuluan skrip jualan persuasif.
Bab 7: Skrip jualan magnetik.
Bab 8: Tonjolkan dan huraikan secara berasingan.
Bab 9: Gunakan sistem bullet.
Bab 10: Testimonial yang baik dan yang buruk.
Bab 11: Menaikkan tumpuan pelanggan.

Bahagian 3

Bab 12: Membina laman web yang menjual.
Bab 13: Asas reka grafik laman web jualan.

Bahagian 4

Bab 14: SEO bagi kadar trafik yang tinggi.
Bab 15: Teknik SEO offpage mengumpan pelanggan.
Bab 16: Kajian Katakunci bagi optimisasi laman web.

Biodata Izwan Wahab
Biodata Zamri Mohamad


Sinopsis Buat Duit dengan Blog

Ramai yang berjaya membina nama dan menjana pendapatan dengan blog. Ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan dengan hanya meletakkan link affiliate, iklan dan google adsense di blog mereka. Para usahawan juga berjaya memajukan bisnes dengan hanya menggunakan blog sebagai alat pemasaran mereka.

Blog adalah jurnal maya yang kerap dikemas kini dan disebarkan bagi bacaan umum sebaik sahaja ia disiarkan. Semua orang bebas memiliki dan menjana pendapatan melalui blog. Melalui buku ini pembaca didedahkan dengan:
  • Perkara asas dalam Blog
  • Blog vs Laman Web
  • Teknik menghasilkan blog
  • Sumber utama wang
  • Strategi buat duit melalui blog

Turut dibongkar, teknik mendapatkan komisen melalui iklan di blog dengan cara mudah dan cepat.

Penghargaan
Prakata

Bahagian Satu
Apa itu Blog
Perkara Asas dalam Blog
Membina Blog
Blog Laman Lawan Web

Bahagian Dua
Membina Blog
Tema dan Konsep Blog
Isi Kandungan
Reka Bentuk
Entri
Menyediakan Hos
Trafik
Komen dan Pandangan dalam Blog
XML dan RSS Feeds

Bahagian Tiga
Sumber Utama Wang
Menjana Sumber Sampingan
Teknik Pengiklanan
Kuasa Pembaca

Bahagian Empat
Kisah Benar

Penutup Glosari


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Khamis, Mei 28, 2009

Bersama Penulis di Read Malaysia 2009



Temui penulis tempatan di Read Malaysia 2009

Jangan lupa buku-buku ini juga berada di Read Malaysia 2009.

  • Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
  • Internet Marketing untuk Bisnes Kecil
  • Tip Menjadi Penulis Bestseller
  • Geng Genius: Misteri Luqman

Di mana mahu dapatkan buku ini, di gerai buku PTS Publication and Distributor.

Bagi memudahkan pencarian tuan-tuan dimana lokasi PTS. PTS berada di bawah banner ini. Sekiranya tuan-tuan sampai di Read Malaysia. Tuan-tuan carilah banner ini. Gerai PTS berada di bawah banner ini.




Sesi Bertemu Peminat dan Tandatangan Autograf Bersama Saridah Hamid & Reja
Tarikh : 7 Jun 2009 Masa : 2:30 pm
Tempat: Gerai PTS Read Malaysia No D11-D-22, MIECC MINES

Pelancaran Blook PTS Fortuna
Tarikh : 7 Jun 2009 Masa : 1:00 pm
Tempat: Pentas 1, Read Malaysia 09 MIECC, MINES

Bicara Kewangan Bersama Shamsuddin Kadir
Tarikh : 7 May 2009 Masa : 11:30 am
Tempat: Pentas 1, Read Malaysia 09 MIECC, MINES

Bicara Buku bersama Parlindungan Marpaung
Tarikh : 6 Jun 2009 Masa : 5:30 pm
Tempat: Pentas 1, Read Malaysia 09 MIECC, MINES

Demontrasi Menanam Cendawan bersama Rusila Yusuf
Tarikh : 6 Jun 2009 Masa : 4:30 pm
Tempat: Gerai PTS Read Malaysia No D11-D-22, MIECC MINES

Sesi Bertemu Peminat dan Tandatangan Autograf bersama Nurasyikin Ahmad
Tarikh : 6 Jun 2009 Masa : 5:30 pm
Tempat: Gerai PTS Read Malaysia No D11-D-22, MIECC MINES

Sesi Bertemu Peminat dan Kuiz bersama Majidah Mat Jusoh
Tarikh : 6 Jun 2009 Masa : 3:30 pm
Tempat: Gerai PTS Read Malaysia No D11-D-22, MIECC MINES

Soal Jawab Perkahwinan Islam bersama Zawiah Hassan
Tarikh : 6 Jun 2009 Masa : 2:20 pm
Tempat: Pentas 1, Read Malaysia 09 MIECC, MINES

Sesi Bertemu Peminat dan Tandatangan Autograf bersama Nurul Aini & Aimi Nabihah
Tarikh : 5 Jun 2009 Masa : 5:30 pm
Tempat: Gerai PTS Read Malaysia No D11-D-22, MIECC MINES

Sesi Bertemu Peminat dan Kuiz bersama Farihah Iskandar
Tarikh : 6 Jun 2009 Masa : 2:30 pm
Tempat: Gerai PTS Read Malaysia No D11-D-22, MIECC MINES

Sesi Bertemu Peminat dan Tandatangan Autograf bersama Saridah Hamid
Tarikh : 5 Jun 2009 Masa : 4:00 pm
Tempat: Gerai PTS Read Malaysia No D11-D-22, MIECC MINES

Sesi Motivasi Bersama Dr. Tengku Asmadi
Tarikh : 5 Jun 2009 Masa : 3:30 pm
Tempat: Pentas 1, Read Malaysia 09 MIECC, MINES

Sesi Bertemu Peminat Ain Maisarah
Tarikh : 5 Jun 2009 Masa : 5:30 pm
Tempat: Pentas 1, Read Malaysia 09 MIECC, MINES

Sesi Bertemu Peminat dan Tandatangan Autograf bersama Maya Iris
Tarikh : 5 Jun 2009 Masa : 2.30 pm
Tempat: Gerai PTS Read Malaysia No D11-D-22, MIECC MINES

Sesi Bertemu Peminat dan Tandatangan Autograf bersama Amir Hussaini, Firdaus Ariff & Bahruddin Bekri
Tarikh : 4 Jun 2009 Masa : 2.30 pm
Tempat: Gerai PTS Read Malaysia No D11-D-22, MIECC MINES

Sesi Bertemu Peminat dan Tandatangan Autograf bersama Ezee Rahmani
Tarikh : 3 Jun 2009 Masa : 2.30 pm
Tempat: Gerai PTS Read Malaysia No D11-D-22, MIECC MINES

Sesi Bertemu Perminat dan Kuiz bersama Alif Firdaus Azis, Natasya Effyzal & Aizam Aiman
Tarikh : 2 Jun 2009 Masa : 4:00 pm
Tempat: Gerai PTS Read Malaysia No D11-D-22, MIECC MINES

Sesi bertemu Peminat dan Kuiz bersama Lily Haslina Nasir (Aku Bukan Superstar)
Tarikh : 2 Jun 2009 Masa : 2.30 pm
Tempat: Pentas 1, Read Malaysia 09 MIECC, MINES

Konsultansi Kewangan bersama Sunthara Segar (Rahsia Melabur dalam Unit Amanah)
Tarikh : 1 Jun 2009 Masa : 2.30 pm
Tempat: Gerai PTS Read Malaysia No D11-D-22, MIECC MINES

Demo Karikatur bersama Pelukis Komik-M
Tarikh : 31 May 2009 Masa : 2:30
Tempat: Gerai PTS Read Malaysia No D11-D-22, MIECC MINES

Forum Yakjuj dan Makjuj bersama Muhammad Alexander Wisnu Sosongko
Tarikh : 31 May 2009 Masa : 11:30 am
Tempat: Pentas 1, Read Malaysia 09 MIECC, MINES

Pengangkutan awam boleh disemak di sini





Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Bukan setakat terima kad-kad jemputan perkahwinan, ada sahabat hadiahkan buku

Petikan blog Sesuci Qatrunada, pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

"...Bukan setakat terima kad-kad jemputan perkahwinan, ada sahabat hadiahkan buku. Memang saya suka baca buku tapi tajuknya, Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul. Terima kasih Wani kerana hadiahkan buku. Satu buku lagi tajuknya Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah. Tapi apa pun, buku-buku tu memang best sangat.

Cinta itu adalah fitrah kejadian kita sebagai manusia. Manusia memang ingin menyintai dan dicintai. Tetapi kita acap kali berbicara mengenai cinta sesama manusia berbanding cinta kepada Allah dan Rasul walaupun kita tahu cinta pada Allah adalah cinta yang hakiki.

Semakin kita meningkat remaja semakin tegar hati berbicara mengenai cinta berlainan jantina.

Islam tidak menentang cinta berlawanan jantina namun, demi menjamin kemaslahatan masyarakat, Islam menetapkan batas-batas yang perlu dijaga oleh setiap insan dalam bercinta supaya syariat Allah terpelihara.

Cinta dalam Islam menfokuskan cinta kepada Allah dahulu yang seterusnya menjadi tunjang dalam menguruskan cinta yang lahir sesama manusia. Perasaan cinta seharusnya di salurkan pada tempat yang sepatutnya.

Cinta yang pada asalnya fitrah mampu kecundang apabila tindakan kita membelakangkan syariat dan bertukar menjadi fitnah. Sesungguhnya syaitan hanya mencari peluang dan ruang untuk menundukkan iman kita yang senipis kulit bawang ini.

Fikir-fikirkanlah"


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Isnin, Mei 25, 2009

Window display di Booknetwork Sdn Bhd

Kedai buku Booknetwork Sdn Bhd

Tiga buah buku di window display.
Hadapan kedai buku
Tuan Asyraff membeli Internet Marketing untuk Bisnes Kecil. Terima kasih.
Tip Menjadi Penulis Bestseller boleh didapati di sini
Mengurus Konflik Gaya Streetsmart juga berada pada rak yang sama.
Jangan lupa, buku kontroversi, Rahsia Bisnes Mamak bagi mereka yang ada perancangan perniagaan dan mencari peluang perniagaan di Malaysia.



Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedai buku Booknetwork Sdn Bhd kerana sudi memilih ketiga-tiga buku tulisan Zamri Mohamad dan para rakan penulis lain untuk dipamerkan pada bahagian window display kedai mereka. Ini adalah pertama kali saya melihat buku-buku ini diletakkan pada kedudukan itu.

Buku-buku Zamri Mohamad seperti Mengurus Konflik Gaya Streetsmart, Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart, Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan Internet Marketing untuk Bisnes Kecil mudah didapati di sini.

Kedai buku ini terletak di tingkat tiga dalam pasaraya Giant, Taman Permata, Kuala Lumpur.

Terima kasih sekali lagi kepada Booknetwork Sdn Bhd

Mahu menjadi penulis? Klik di sini.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Majalah Quill dan dua paket Nescafe




Ya, majalah Quill edisi kali ini istimewa. Saudara bukan sahaja dihidangkan dengan pelbagai informasi menarik mengenai dunia penerbitan, selain daripada temubual Tuan Arief Hakim dari PTS Publication and Distributor Sdn Bhd. Tetapi saudara bisa menikmati Nescafe Gold sebagai sampel produk baru mereka

Selak sahaja halaman kedua, dua paket percuma disediakan khusus untuk saudara. Nah, apa lagi sediakan segelas Nescafe Gold sambil menikmati pelbagai rencana dalam majalah atau membaca buku kegemaran.

Di rumah saya ada seorang yang gemar menyediakan kopi untuk dirinya. Secara langsungnya menyediakan kopi untuk kami juga. Besar pahala sahabat yang sudi menjamu kami setiap hari.

Pastinya, ada penulis gemar berkarya dengan secawan kopi atau apa juga minuman kegemaran. Mahu berkarya sambil menikmati minuman kegemaran di sisi? Klik di sini.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ahad, Mei 24, 2009

Ketagihan Facebook



Facebook bagaikan air bah dalam e-mel saya. Melimpah dalam emel saya (klik imej). Benarlah apa yang disebut sebagai ketagihan Facebook. Tanda-tanda seseorang itu ketagihan,

1. Pasti mengambil sedos Facebook setiap hari. Maksud saya memasuki Facebook setiap hari.
2. Kebiasaannya ketagihan Facebook dapat dilihat melalui kegemaran memasuki akaun lebih daripada sekali dalam sehari.
3. Adakalanya sempat berFacebook ketika mesyuarat, berjumpa kawan, dalam kursus. Ia berlaku ketika mana individu mempunyai akses Facebook sama ada melalui telefon bimbit dan komputer riba.

Rawatan, berikan mereka tugasan yang memang memerlukan mereka sehingga penat berfikir mengenai tugas itu. Tetapi itu sekadar rawatan biasa. Penagih akan kembali menagih Facebook semula selepas itu.

Nota: Penulis dalam proses rawatan penagihan Facebook. Macam gagal sahaja. Perlu tukar tabib sen-sei lain.




Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah satu karya untuk semua

“Menjadikan cinta pasangan sebagai ibadah memenuhi kekosongan jiwa, mendorong kebaikan, membuka pintu kasih, mencurahkan rahmat tuhan dan tiket bertemu semula di syurga.”
Anonymous

Buku ini adalah sentuhan daripada suara hati lelaki dan wanita yang memberi formula cinta abadi dalam perhubungan. Satu demi satu jiwa disentuh bagi membuka resipi kejayaan membina cinta yang menjadikan mereka kekal dalam perhubungan sehingga ke hari ini.

Kita mampu membina cinta sehebat Khadijah

Mahu menjadi seperti Khadijah di hati Muhammad tidak sukar dan dapat dicapai oleh saudari. Ramuan kebahagiaan dalam dunia cinta dan perkahwinan yang diadun dengan betul mencipta keenakkan dalam hidangan kasih yang tersaji. Formula kasih inilah yang menjadi hubungan bersama pasangan pencetus kepada kasih daripada tuhan dan pembina cinta nabi kepada diri kita sebagai sebahagian umat.

Bongkar magnet diri dalam diri wanita

Dalam diri setiap perempuan ada sesuatu yang menjadi magnet menarik lelaki yang setia menjadi pasangan hidup. Magnet dalam diri ini mencipta episod-episod cinta yang indah dan bermakna sebagai memori manis sepanjang hayat.

Inilah manual kepada kebahagiaan cinta

Kepada yang sedang mencari cinta, inilah manual yang terbaik menjadi hadiah kepada kebahagiaan anda. Kepada yang sedang membina cinta, inilah menyemarakkan kehangatan kasih-sayang bersama yang tersayang. Kami menemui rencah bahagia dalam bercinta daripada mereka yang sudi berkongsi petua yang dapat diamalkan pembaca.

Letakkan diri agar terus diingati dan disayangi

Jadilah bagaikan pecinta setia umpama Khadijah dalam dunia kontemporari ini.

Saudari bagaikan Khadijah yang menjadi ingatan dan sebutan di bibir. Saudari juga bagaikan Khadijah yang menjadi puji-pujian atas kesantunan serta limpahan kebaikan yang dihargai oleh lelaki. Saudari bagaikan Khadijah yang menjadikan model kepada hubungan cinta yang ideal ketika mana ramai tandus dalam cinta.

Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad adalah perjalanan kematangan cinta

Buku ini merupakan satu perjalanan kematangan dalam membongkar rahsia cinta dan perhubungan. Bermula daripada buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki, Magnet Cinta: Membuat Orang Tertarik Hati Setiap Masa dan 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, semua buku ini membawa kepada persoalan-persoalan baru yang timbul dalam fikiran pembaca moden.

Dalam buku terdahulu, ada kisah benar dan tip bagaimana seorang isteri dapat mempertahankan bahagia dan cinta dalam perkahwinan selama 30 puluh tahun dengan segelas air di atas meja.

Buku-buku tulisan sebelum ini membawa kepada peristiwa unik kepada penulis. Pada tahun 2006, seorang suami membelikan 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki semata-mata mahu dihadiahkan kepada isterinya dengan kata-kata, “Agar isteri lebih memahami diri saya.”

Pada tahun yang sama buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki pada awalnya disambut dengan curiga orang lelaki kerana dilihat sebagai mendedahkan kelemahan lelaki.

Acapkali dilihat di kedai-kedai buku, reaksi lelaki kurang selesa apabila Memahami Bahasa Cinta Lelaki dibelek oleh pasangan. Persepsi berkenaan semakin berkurangan apabila Memahami Bahasa Cinta Lelaki dilihat membantu menjelaskan dan mengakrabkan hubungan dengan tip membina cinta yang mempunyai motivasi serta matlamat.

Buku Magnet Cinta: Membuat Orang Tertarik Hati Setiap Masa ditulis dan dipersembahkan secara istimewa kepada pembaca pada tahun 2007 . Ia menjadi buku hadiah yang diterima baik pasangan lelaki dan perempuan.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 mempertemukan saya dengan beberapa pembaca lelaki yang menggalakkan pasangan membaca Magnet Cinta kepada pasangan.

Malah, seorang pembaca dari Singapura menyifatkan ia sebagai buku motivasi cinta. Pembaca bernama Salbiah Sirat dari Tebans Gardens Road Jurong, Singapura berkata "Magnet Cinta banyak merangkumi berbagai aspek tentang cinta. Cinta adalah satu penjernihan peribadi yang terdapat dalam jiwa manusia. Ia merupakan satu fitrah. Satu motivasi tentang cinta yang amat kuat."

Magnet Cinta memberi kesan mendalam kepada penulis apabila ada pembaca yang mengaitkan buku ini dengan memori cinta dilalui oleh ibu-bapanya. Memetik sebahagian kata oleh pembaca ini, “"Apa yang aku dapat simpulkan,banyak perkara yang aku pelajari dalam buku ini. Setiap kali membelek helaian di dalamnya aku akan tersenyum sendiri.”

Mencari kejutan rencah cinta bahagia

Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad membawa babak-babak cinta yang penuh kejutan, selalu disampaikan secara lisan tetapi jarang dibukukan sebagai panduan. Kejutan demi kejutan ini memberi nilai tambah dalam perhubungan saudari. Semua kejutan ini disatukan dalam sebuah buku untuk para pembaca.

Sejak tahun 2006, para pembaca membangkitkan kehendak mereka mencari intipati bahagia bersama pasangan. Ketiga-tiga buku yang ditulis sebelum ini membawa kepada penyempurnaan pencari cinta yang menjadi ibadah berpahala dan lestari melalui Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad.

Perjalanan dunia bujang ke dunia berumahtangga

Di sinilah dibongkar realiti A ke Z kisah dari dunia teruna dan dara kepada dunia suami dan isteri yang disusun sebagai manual cinta dalam acuan tempatan. Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad menjawab persoalan perhubungan dan cinta yang sentiasa menjadi tanda soal dalam hati para pembaca.

Kebahagiaan adalah anugerah yang berhak dimilikimu

Apakah bahagia itu milik sebahagian orang dan sebahagian lagi tidak memperolehinya?

Hasil daripada respon para pembaca terdahulu, kali ini buku Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad membantu para pembaca menambah rencah bahagia dan memanjangkan usia cinta. Mereka yang bermula dari kosong dalam membina cinta melangkah ke petak pertama ke dunia kasih sayang ini dengan buku Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad sebagai peta perjalanan.

Apabila kita bercinta, kita sedang membina syurga dan pada sama mencari-cari syurga. Apa yang dimaksudkan membina syurga dan mencari-cari syurga? Hidup bersama pasangan di dunia menjadikan kita menukar warna dunia ini menjadi sesuatu yang indah dengan mencipta syurga yang disulami keindahan hidup bersama-samanya.

Dalam membina syurga di dunia, kita mencari-cari syurga dalam hayat seterusnya yang dijanjikan tuhan. Syurga yang menjanjikan kasih dan hidup bersama yang abadi. Kedua-dua syurga yang terus menjadi impian hidup kita bersama pasangan.

Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad satu karya untuk semua

Buku ini juga menjadi senarai semak bagi pencari cinta dalam menyemarakkan hubungan indah dan bermakna. Kepada yang sudah mengecap nikmat cinta, mungkin ada seseorang dalam fikiran saudari yang dirasakan perlu saudari dihadiahkan Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad. Moga-moga ia memberi senyuman dalam dunia cintanya.

Siapa pun saudari, di mana saudari berdiri ketika ini dan ke mana saudari selepas ini, saudari berhak membina kebahagiaan, keabadian dan ketulusan cinta umpama Khadijah. Ia adalah permata yang menjadi pemanis dan penghias hayat anda.

Jika cinta itu adalah fitrah, maka cenderung saya berkata, fitrah itu diurus dengan enam perkara berikut.

F iaitu fikiran. Membersihkan minda dan berkembang menjelajahi dunia cinta
I iaitu inspirasi. Maksudnya mencari role model yang ideal dalam bercinta
T iaitu teknik. Pecinta tahu apakah teknik yang diaplikasi dalam membina cinta.
R iaitu respon. Pecinta mengenalpasti maklumbalas bagi pembaikan dan refleksi diri
A iaitu aplikasi. Pecinta belajar dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
H iaitu hamba. Pecinta membina cinta sesama manusia dan menjadi hamba yang mencintai Allah

Selami maksud cinta sebagai fitrah dan nantikan buku Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad.

ZAMRI MOHAMAD IMRAN YUSUF

Nota: Gambar di atas adalah Cik Salbiah Sirat, pembaca dari Singapura. Gambar diambil dari blog ini.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Novel Geng Genius dalam Harian Metro


Geng Genius ditulis oleh Syarafuddin Sulaiman. Sesuai untuk saudara yang mempunyai adik di sekolah rendah dan awal menengah.

Buku ini mendedahkan cerita Luqman yang bijak sains dan tahu bagaimana mahu menggunakan sains dalam penyelesaian seharian.

Bagi saudara yang ingin menghadiahkan novel sains yang mempunyai komik dan diari di dalamnya, kepada adik, anak buah, anak saudara, anak sendiri yang sudah boleh membaca, dapatkan Geng Genius di seluruh kedai buku satu Malaysia, MPH Bookstores dan Popular.

Siapa kata sains tidak boleh difahami dalam Bahasa Malaysia?

Terima kasih kepada Isma Ismail yang mengetengahkan personaliti dan novel ini.

Semoga Allah permudahkan urusan Tuan sama ada dalam kerjaya mahupun kehidupan.

------

Kelainan buku Syarafuddin

Oleh ISMA ISMAIL
isma@hmetro.com.my

MELIHAT latar belakang pendidikannya, timbul tanda tanya bagaimana anak muda ini mampu menghasilkan beberapa buku untuk tatapan umum.

Muhammad Syarafuddin Sulaiman, 25, mengaku dia tidak menerima latihan atau pembelajaran khusus dalam bidang penulisan, tetapi minat mengatasi segala-galanya.

Kerana minat, dia sanggup merujuk pelbagai bahan bacaan dan mengamati corak penulisan sebelum mengolahnya dengan cara tersendiri mengikut kesesuaian sebagai penulis novel.

Hasilnya, anak muda dari Kuala Terengganu ini menghasilkan tiga buku untuk remaja dan kanak-kanak.

Bagi anak muda itu yang masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), ia ibarat satu kejayaan kepadanya kerana dalam keadaan serba 'kekurangan', terutama daripada segi pengalaman, dia masih mampu menyiapkan buku.


"Pengalaman menyiapkan buku pertama banyak mengajar saya untuk menjadi penulis buku yang baik. Ketika itu saya baru berusia 20 tahun, banyak saya terpaksa belajar kerana memang kosong pengetahuan dalam bidang penulisan.

"Tambahan pula, ketika itu saya bukan menulis novel cinta remaja seperti yang banyak di pasaran. Saya memilih menghasilkan buku lebih ilmiah tetapi diterjemahkan mengikut konsep lebih ringan dan sesuai dibaca oleh remaja dan kanak-kanak," katanya.

Menurutnya, dia lebih gemar menghasilkan buku berunsur motivasi yang digarap mengikut bentuk penceritaan lebih ringan kerana kelompok pembaca remaja dan kanak-kanak tidak mahu bahan bacaan yang terlalu 'berat'.

"Saya bukan tidak suka menulis novel cinta remaja, tetapi dalam negara sudah ramai novelis yang ada nama besar dan ramai peminat.

"Sebab itu saya lebih suka beralih daripada 'trend' yang ada untuk menghasilkan satu kelainan. Setakat ini hasilnya tidak mengecewakan," katanya sambil menunjukkan buku tulisannya bertajuk Akademi Kehidupan, Hidup Bagai Sebuah Akademi dan Geng Genius: Misteri Luqman.

Menurut Muhammad Syarafuddin, yang penting baginya, bidang penulisan mampu beri pendapatan kepadanya, sekali gus meringankan beban untuk menampung perbelanjaan pengajiannya.

Katanya, walaupun tidak menerima imbuhan seperti penulis yang ada nama besar, pulangan diperolehnya banyak membantu.

"Bagi saya, bidang ini mampu beri pulangan lumayan kerana bahan bacaan masih mendapat tempat, rakyat negara kita sebenarnya masih suka membaca.

"Siapa sangka, seorang penulis buku mampu membeli sebuah banglo hasil penulisan bagi sebuah buku. Ini menguatkan lagi semangat saya untuk berjaya dalam bidang ini," katanya.

Menurut Muhammad Syarafuddin yang juga anak guru, dia akan terus menulis dan menghasilkan buku dalam bentuk motivasi dan akan menggunakan sebaik mungkin pengajiannya dalam bidang psikologi untuk diadaptasikan supaya dapat dikongsi bersama.

PROFIL

NAMA: Muhamad Syarafuddin Sulaiman

LAHIR: 16 Jun 1984 di Kuala Terengganu, Terengganu

PENDIDIKAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu dan Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak (jurusan psikologi, ilmu wahyu)

KARYA: Hidup Sebagai Sebuah Akademi; Akademi Kehidupan untuk Remaja Kreatif; Geng Genius: Misteri Luqman; menulis di ruangan Gen 3 Milenia Muslim secara berkala

PROJEK 2009: Life As It Is (Forward: dalam proses menyiapkan kertas cadangan); Pepatah (Milenia Muslim: dalam proses menyiapkan kertas cadangan); Geng Genius 2 (terbit Jun 2009); Geng Genius 3 (terbit Ogos 2009); Geng Genius 4 (terbit Oktober 2009); Geng Genius 5 (terbit Disember 2009)


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Resipi masakan cuba-cuba dari dapur penulis

Hasil resipi mudah dari dapur rumahku, makaroni sup cendawan. Bagaimana?


Tidak banyak aktiviti baru pada hujung minggu ini. Selain daripada menghabiskan masa di rumah menyiapkan kerja-kerja tertangguh. Keperluan dapur pun belum dibeli lagi. Maka apa yang ada, itulah yang akan dimasak. Kata seorang teman, "Bersedialah ke hospital," tetapi sejak tadi tidak ada apa-apa berlaku. Saya senyum sendiri. Resipi cuba-cuba. Dalam hidup ini penuh dengan eksperimen. Ada yang menjadi dan ada yang tidak.

Bagaimana dengan resipi makaroni sup cendawan ini. Adakah ia dalam kategori menjadi atau tidak?

Pastinya, saya belum ke hospital kerana masakan cuba-cuba ini.

Nota: Bengkel penulisan pada 6 Jun ini, para peserta akan cuba-cuba resipi penulisan mereka pula. Sesiapa berminat, klik di sini.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Rabu, Mei 20, 2009

Zamri Mohamad di U-Wartawan, Astro Awani

Prof Dr Saedah Siraj, profesor perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Universiti Malaya.
Temubual telefon. Penulis buku motivasi (?)
Tuan Nazri Kahar, U-wartawan

Nota: U-wartawan merupakan rancangan terbaru di Astro Awani, saluran 501 Astro. mengutarakan pandangan generasi muda terhadap pelbagai isu semasa yang mendapat perhatian dalam dan luar negara ke arah revolusi minda kelas pertama.

---

Paparan U-Wartawan, aspirasi ibu generasi Y dan Z dalam mendidik anak. Fokus Zamri Mohamad menyentuh kepada isu konflik antara ekonomi keluarga dan cabaran pendidikan keluarga.

Peranan SOHO Small Office Home Office sebagai alternatif kepada ibu moden. Selamat menonton.



SOHO adalah singkatan kepada Small Office, Home Office

Ia adalah trend bekerja dari rumah tanpa mengira siapa sahaja. Terdapat dua jenis SOHO iaitu mereka yang bekerja dari rumah sepenuh masa dan bekerja secara sambilan.

Perkembangan usahawan dan peniaga SOHO menjadikan ia satu pilihan gaya hidup untuk menambah pendapatan dan sebagai perancangan jangka panjang untuk tidak berkerja dalam sistem pejabat yang konvesional.

SOHO adalah alternatif yang sesuai untuk semua. Waktu lebih anjal, membantu meningkatkan pendapatan untuk diri dan keluarga, bebas dari kesesakan trafik dan kajian mendapati 5 tahun akan datang 50% mereka yang berpendidikan tinggi akan bekerja dari rumah iaitu konsep SOHO.

Persoalannya, adakah dengan sistem kerja di rumah akan membantu ibu moden berkerjaya generasi Y dan Z membesarkan anak-anak dalam acuan yang seimbang?

Terima kasih Tuan Nazri Kahar dan tim di sebalik tabir U-Wartawan atas peluang yang diberikan.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah | Berita Harian

Screenshot ulasan buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah di Berita Harian



Assalam alaikum wbt

Puan Hasliza Hassan yang dihormati dan dirahmati Allah.

Saya doakan Puan berada dalam keadaan sihat sejahtera, dipermudah segala urusan, diberikan kelapangan dan dikurniakan rezeki melimpah ruah daripada Allah.

Puan yang saya hormati,

Ucapan ribuan terima kasih atas kesudian memilih buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah untuk dipaparkan dalam ruangan Iqra, Agama Berita Harian hari ini, Rabu 20 Mei 2009. Sebagai penulis biasa dalam industri buku, ia menjadi penghargaan besar kepada saya apabila Puan sudi memberi ulasan kepada buku tersebut.

Bersama-sama Tuan Imran Yusof, penulis yang turut menyumbang sebahagian besar maklumat untuk buku itu, bantuan Puan menguar-uarkan melalui ruangan di Berita Harian membantu kami menyebar luaskan mesej dalam buku ini kepada para pembaca, khususnya pembaca muda yang berhadapan dalam cabaran sosial dalam mempertahankan nilai hidup yang ideal.

Sekali lagi, saya dan Tuan Imran mengucapkan terima kasih atas bantuan Puan. Tanpa bantuan Puan, buku ini tidak dapat mencapai sasaran ke khayalaknya. Dengan sokongan Puan, kami akan terus berkarya dan menghasilkan ilmu yang bermanfaat untuk orang ramai. Mohon doa Puan agar kami diberi kesihatan, kelapangan dan rezeki yang dapat membantu daya usaha kecil kami.

Kami doakan semoga Allah memberikan limpah rahmatnya kepada Puan sekeluarga.

Terima Kasih.
--
ZAMRI MOHAMAD
Layari www.zamrimohamad.com

Ulasan oleh Puan Hasliza Hassan


Judul: Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
Penulis: Zamri Mohamad, Imran Yusof
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Pengulas: Hasliza Hassan

ADA mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan, ada pula mengatakan perkahwinan ibarat percaturan dan tidak kurang berpendapat perkahwinan adalah perkongsian hidup dua hati daripada latar belakang berbeza.

Apa juga definisi perkahwinan, buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah menyingkap petua cinta alam perkahwinan, pengalaman sebenar, panduan berguna serta amalan doa untuk melalui alam perkahwinan yang kekal hingga akhir hayat.

Buku ini menjawab persoalan yang selalu bermain di minda pasangan bagaimana untuk menjadi isteri atau suami pujaan, apakah petua untuk membuat kasih sayang terus mekar dan benarkan jika sudah jodoh tidak ke mana.

Ibarat perjalanan ke arah kematangan, buku ini membongkar rahsia cinta dan perhubungan bermula dengan memahami Bahasa Cinta Lelaki, Magnet Cinta: Membuat Orang Tertarik Hati Setiap Masa dan 77 Panduan Melembutkan Hati Lelaki.

Jangan tidak percaya, ada sembilan kesilapan dilakukan lelaki apabila membina perhubungan seperti mengharapkan tuah setiap masa, tidak seimbang dalam kehidupan, terlalu mencari pasangan klon diri dan selebihnya, dapatkan buku ini.

Hakikatnya, kita boleh menjadi Khadijah di hati Rasulullah kerana ramuan kebahagiaan hidup termasuk dalam berumahtangga sudah disajikan melalui penjelasan syarak bagaimana kehidupan perlu dilalui memenuhi fitrah.

Tajuk Rumah Itu Syurga Kita contohnya terus diterapkan hingga ke hari ini melalui pelbagai kempen sedangkan dari dulu lagi ia menjadi antara menu terpenting keluarga. Bagaimanapun, topik itu ditambah dengan elemen lain seperti panduan menyediakan makanan.

Siapa sangka, panduan menyediakan menu keluarga juga boleh menjadi faktor menentukan kebahagiaan pasangan dan semua itu dikembangkan penulis dalam buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah ini.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Memperbaharui matlamat penulisan, jadikan karya penawar hati

“Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya.” (HR Thabrani)


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Khamis, Mei 14, 2009

Pertanyaan bengkel penulisan dari Brunei


Screenshot chat box blog ini




Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Susan Boyle dan pengurusan bakat

"Satu lagi video ujibakat lucu," kata sahabat saya apabila melihat video yang ditayangkan YouTube.


Saya senyum, kerana saya sudah menonton sebelum ini, melihat wajahnya sahaja orang ramai menjangka suara itik akan keluar dari mulutnya.

Beliau sendiri sudah menjangkakan pandangan sebegitu akan timbul dalam fikiran penonton. Katanya, "Modern society is too quick to judge people on their appearances. There is not much you can do about it; it is the way they think; it is the way they are. But maybe this could teach them a lesson, or set an example."

Reaksi Simon apabila mengetahui umur Susan 47 tahun (kiri) dan selepas mendengar suara Susan (kanan)
Sebelum persembahan, penonton mengerutkan wajah apabila Susan berkata beliau mahu menjadi seperti penyanyi professional seperti Elaine Paige.
Penonton ragu-ragu dan bersikap sinis apabila Susan berkata, "Saya mahu menjadi penghibur profesional."


Kemudian peserta 47 tahun bernama Susan Boyle menunjukkan sesuatu yang menukarkan wajah cemik penonton kepada wajah yang teruja dan kagum.

Susan Boyle menjadi popular sekelip mata. Ditambah lagi rencah media, ia menjadikan kisah Susan Boyle begitu beremosi.

Tetapi dalam agenda media menjadikan cerita ini begitu menyentuh emosi, tidak dapat tidak kita katakan bahawa dalam cerita realiti Susan Boyle sendiri sememangnya beliau menerima penolakan berterusan kerana penampilan fizikal beliau.


Saya cuba melihat kembali siapakah Susan Boyle ini sehinggakan video beliau dimuat turun oleh rakan-rakan saya. Ceritanya agak menarik untuk dikongsi.

Ya, bakat Susan adalah nyanyian tetapi itu tidak berhenti setakat itu sahaja. Secara ringkas;

Beliau lahir dan disahkan perkembangan sejak peringkat kanak-kanak beliau berhadapan dengan kesukaran untuk belajar atau Learning Disorder. IQ dan kemampuan membaca, mengira dan menulis tidak berkembang seperti pelajar normal lain.

Di sekolah beliau sering dibuli dan digelar Susie Simple.

Tidak hanya bergantung kepada bakat dan minat, Susan pergi ke teater-teater bagi mendengar bagaimana persembahan nyanyian secara langsung dilakukan oleh penyanyi profesional.

Beliau membuat persembahan amal dan sukarela dengan bakat nyanyian beliau.

Kemudian beliau mendapatkan bimbingan mentor, Fred O'Neil sebagai jurulatih vokal dan menyertai Edinburgh Acting School.

Beliau pernah menyertai pertandingan bakat untuk rancangan Michael Barrymore's My Kind of People. Ia diadakan di kompleks membeli belah Olympia di Glasgow. Penyertaan beliau ditolak dan rakaman ujibakat menunjukkan sikap Michael Barrymore mempersenda Susan dengan ekspresi dan perbuatan gila-gilanya di hadapan ratusan pengunjung kompleks membeli-belah.

Menariknya, video tindakan Michael Barrymore pada tahun 1995 dimuat turun dalam YouTube dan selepas 14 tahun, tindakan Micheal dikritik oleh penonton seluruh dunia.

Susan menyertai Britain's Got Talent dan mengubah persepsi penonton bahawa wajah beliau tidak menentukan kualiti bakatnya. Persembahan beliau ditonton seramai 10 juta orang dan juga ditonton 2.5 juta penonton melalui YouTube.

Beliau meletakkan Elaine Page, seorang penyanyi professional sebagai tanda aras dan kualiti yang ingin dicapainya. Kejutan yang diberikan oleh dalam rancangan Britain's Got Talent menjadikan Elaine Page sendiri mahu berduet bersama Susan.

Beliau menjadi popular dalam sekelip mata dan menjadi contoh bagaimana dunia internet dapat meledakkan nama orang yang tidak dikenali dunia, tidak ada pakej penghibur dan seorang individu biasa berusia 47 tahun dari kampung kini dikenali ramai.

Susan Boyle dalam perjalanan hidup sehingga 47 tahun menunjukkan satu corak yang konsisten dalam pengurusan bakatnya.

  1. Beliau kenalpasti bakatnya secara jelas.
  2. Beliau bermula belajar mengembangkan bakat dengan melihat orang lain
  3. Beliau terlibat dalam persembahan sukarela dan amal
  4. Beliau mencari mentor
  5. Beliau meletakkan tanda aras kualiti pada seseorang yang sudah berada dalam bidang
  6. Beliau tidak cepat jauh diri dan degil terhadap penolakan. Setiap penolakan menjadi sebab peningkatan kerja keras Susan meningkatkan kualiti suaranya.
  7. Beliau tidak bergantung kepada bakat semata-mata sebaliknya mengurus bakat dengan keperluan yang betul.

Dalam apa jua industri, corak pengurusan bakat yang konsisten adalah satu perkara wajib untuk berjaya. Soalnya bilakah kejayaan besar itu akan berlaku?

Ia kekal tanpa jawapan tepat, tetapi ia pasti berlaku.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.