Langkau ke kandungan utama

Zamri Mohamad di U-Wartawan, Astro Awani

Prof Dr Saedah Siraj, profesor perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Universiti Malaya.
Temubual telefon. Penulis buku motivasi (?)
Tuan Nazri Kahar, U-wartawan

Nota: U-wartawan merupakan rancangan terbaru di Astro Awani, saluran 501 Astro. mengutarakan pandangan generasi muda terhadap pelbagai isu semasa yang mendapat perhatian dalam dan luar negara ke arah revolusi minda kelas pertama.

---

Paparan U-Wartawan, aspirasi ibu generasi Y dan Z dalam mendidik anak. Fokus Zamri Mohamad menyentuh kepada isu konflik antara ekonomi keluarga dan cabaran pendidikan keluarga.

Peranan SOHO Small Office Home Office sebagai alternatif kepada ibu moden. Selamat menonton.



SOHO adalah singkatan kepada Small Office, Home Office

Ia adalah trend bekerja dari rumah tanpa mengira siapa sahaja. Terdapat dua jenis SOHO iaitu mereka yang bekerja dari rumah sepenuh masa dan bekerja secara sambilan.

Perkembangan usahawan dan peniaga SOHO menjadikan ia satu pilihan gaya hidup untuk menambah pendapatan dan sebagai perancangan jangka panjang untuk tidak berkerja dalam sistem pejabat yang konvesional.

SOHO adalah alternatif yang sesuai untuk semua. Waktu lebih anjal, membantu meningkatkan pendapatan untuk diri dan keluarga, bebas dari kesesakan trafik dan kajian mendapati 5 tahun akan datang 50% mereka yang berpendidikan tinggi akan bekerja dari rumah iaitu konsep SOHO.

Persoalannya, adakah dengan sistem kerja di rumah akan membantu ibu moden berkerjaya generasi Y dan Z membesarkan anak-anak dalam acuan yang seimbang?

Terima kasih Tuan Nazri Kahar dan tim di sebalik tabir U-Wartawan atas peluang yang diberikan.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

ikan emas berkata…
Salam,
semoga saudara terus berjaya..

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...