Langkau ke kandungan utama

Novel Geng Genius dalam Harian Metro


Geng Genius ditulis oleh Syarafuddin Sulaiman. Sesuai untuk saudara yang mempunyai adik di sekolah rendah dan awal menengah.

Buku ini mendedahkan cerita Luqman yang bijak sains dan tahu bagaimana mahu menggunakan sains dalam penyelesaian seharian.

Bagi saudara yang ingin menghadiahkan novel sains yang mempunyai komik dan diari di dalamnya, kepada adik, anak buah, anak saudara, anak sendiri yang sudah boleh membaca, dapatkan Geng Genius di seluruh kedai buku satu Malaysia, MPH Bookstores dan Popular.

Siapa kata sains tidak boleh difahami dalam Bahasa Malaysia?

Terima kasih kepada Isma Ismail yang mengetengahkan personaliti dan novel ini.

Semoga Allah permudahkan urusan Tuan sama ada dalam kerjaya mahupun kehidupan.

------

Kelainan buku Syarafuddin

Oleh ISMA ISMAIL
isma@hmetro.com.my

MELIHAT latar belakang pendidikannya, timbul tanda tanya bagaimana anak muda ini mampu menghasilkan beberapa buku untuk tatapan umum.

Muhammad Syarafuddin Sulaiman, 25, mengaku dia tidak menerima latihan atau pembelajaran khusus dalam bidang penulisan, tetapi minat mengatasi segala-galanya.

Kerana minat, dia sanggup merujuk pelbagai bahan bacaan dan mengamati corak penulisan sebelum mengolahnya dengan cara tersendiri mengikut kesesuaian sebagai penulis novel.

Hasilnya, anak muda dari Kuala Terengganu ini menghasilkan tiga buku untuk remaja dan kanak-kanak.

Bagi anak muda itu yang masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), ia ibarat satu kejayaan kepadanya kerana dalam keadaan serba 'kekurangan', terutama daripada segi pengalaman, dia masih mampu menyiapkan buku.


"Pengalaman menyiapkan buku pertama banyak mengajar saya untuk menjadi penulis buku yang baik. Ketika itu saya baru berusia 20 tahun, banyak saya terpaksa belajar kerana memang kosong pengetahuan dalam bidang penulisan.

"Tambahan pula, ketika itu saya bukan menulis novel cinta remaja seperti yang banyak di pasaran. Saya memilih menghasilkan buku lebih ilmiah tetapi diterjemahkan mengikut konsep lebih ringan dan sesuai dibaca oleh remaja dan kanak-kanak," katanya.

Menurutnya, dia lebih gemar menghasilkan buku berunsur motivasi yang digarap mengikut bentuk penceritaan lebih ringan kerana kelompok pembaca remaja dan kanak-kanak tidak mahu bahan bacaan yang terlalu 'berat'.

"Saya bukan tidak suka menulis novel cinta remaja, tetapi dalam negara sudah ramai novelis yang ada nama besar dan ramai peminat.

"Sebab itu saya lebih suka beralih daripada 'trend' yang ada untuk menghasilkan satu kelainan. Setakat ini hasilnya tidak mengecewakan," katanya sambil menunjukkan buku tulisannya bertajuk Akademi Kehidupan, Hidup Bagai Sebuah Akademi dan Geng Genius: Misteri Luqman.

Menurut Muhammad Syarafuddin, yang penting baginya, bidang penulisan mampu beri pendapatan kepadanya, sekali gus meringankan beban untuk menampung perbelanjaan pengajiannya.

Katanya, walaupun tidak menerima imbuhan seperti penulis yang ada nama besar, pulangan diperolehnya banyak membantu.

"Bagi saya, bidang ini mampu beri pulangan lumayan kerana bahan bacaan masih mendapat tempat, rakyat negara kita sebenarnya masih suka membaca.

"Siapa sangka, seorang penulis buku mampu membeli sebuah banglo hasil penulisan bagi sebuah buku. Ini menguatkan lagi semangat saya untuk berjaya dalam bidang ini," katanya.

Menurut Muhammad Syarafuddin yang juga anak guru, dia akan terus menulis dan menghasilkan buku dalam bentuk motivasi dan akan menggunakan sebaik mungkin pengajiannya dalam bidang psikologi untuk diadaptasikan supaya dapat dikongsi bersama.

PROFIL

NAMA: Muhamad Syarafuddin Sulaiman

LAHIR: 16 Jun 1984 di Kuala Terengganu, Terengganu

PENDIDIKAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu dan Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak (jurusan psikologi, ilmu wahyu)

KARYA: Hidup Sebagai Sebuah Akademi; Akademi Kehidupan untuk Remaja Kreatif; Geng Genius: Misteri Luqman; menulis di ruangan Gen 3 Milenia Muslim secara berkala

PROJEK 2009: Life As It Is (Forward: dalam proses menyiapkan kertas cadangan); Pepatah (Milenia Muslim: dalam proses menyiapkan kertas cadangan); Geng Genius 2 (terbit Jun 2009); Geng Genius 3 (terbit Ogos 2009); Geng Genius 4 (terbit Oktober 2009); Geng Genius 5 (terbit Disember 2009)


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...