Sabtu, Februari 28, 2009

Cerita Nuffnang dari e-mel peribadi saya

Cerita Nuffnang dari e-mel peribadi saya:

Dear Nuffnanger,

On this very date two years ago, Ming and I were awake at 2.30AM preparing to launch the beta version of Nuffnang. It was an odd time to launch it but Ming had insisted on the timing because a fortune teller had told him it was the most prosperous time to launch Nuffnang.

Two years later Nuffnang has outstripped our wildest imaginations, growing from an office in Penang to having regional offices in Kuala Lumpur, Singapore, Manila and Melbourne. The number of Nuffnangers in the region had also grown from 75 on the first day of launch to over 85,000 as of February 2009. On top of that, the amount of ad money that Nuffnang pumps into the blogosphere can no longer be described in the thousands or hundreds of thousands but instead has shot far into the millions.

The phenomenal growth story of Nuffnang is the result of lots of luck and good people. From the amazing capable people we have in the constantly growing Nuffnang Team (The Nuffies) and to the clients that put our faith in us, they have all contributed to making Nuffnang what it is today.

Last but not least to each and every Nuffnanger who has given us their support in whatever big or small way and helped bring us from a small dotcom startup to a multi-million dollar multinational all in a span of 2 years. Each and every one of you are part of the Nuffnang Story.

So today on the 2nd Anniversary of Nuffnang I want to grab this chance that to say thank you. Thank you to those of you who have stuck with us through thick and thin. Thank you. Each and every one of you are a part of the Nuffnang Story.


Sincerely Yours,
Timothy Tiah & Cheo Ming Shen
Founders of Nuffnang.com

Cerita Nuffnang petikan majalah Marketing 2008: Nuffnang adalah bisnes mempromosi iklan di blog ketika bisnes di Malaysia tidak tahu apakah itu blog dan bagaimana ia berfungsi. Itulah langkah awal yang cukup mencabar kerana mereka perlu menjual dengan memberi kefahaman kepada pelanggan terlebih dahulu.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Perpustakaan Negara Malaysia & MPH | Jualan Buku Murah


Datanglah beramai-ramai ke Program Jualan Buku Murah anjuran PNM dan MPH Bookstores pada :

Tarikh : 27 Februari 2009 sehingga 1 Mac 2009 (Jumaat - Ahad)
Masa : 9.30pagi sehingga 6.00 petang
Tempat : Perkarangan PNM


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Jumaat, Februari 27, 2009

Lagi komen pembaca Memahami Bahasa Cinta Lelaki


Teruskan membaca entri di bawah

----------


Dipetik, diolah dan disusun semula dari blog pembaca Inside My Head | Kopie

Sebahagian petikan entri 14 Januari 2009

"....Tapi, keseluruhannya, aku puas hati, sebab buku ini, ada gambar, ada madah-madah dan idea-idea cinta, ada footnote dan ada jugak mini kuiz di penghujung bab.

Pada aku tidak ada yang rugi apabila membeli buku. Satu pencapaian baru pada aku apabila aku berjaya mempelbagaikan koleksi buku aku di rumah. Yalah, selalunya novel, majalah komputer, komik, buku berbentuk fakta dan pengetahuan menjadi simpanan aku.

Kali ini dapat buku motivasi cinta lelaki tu, aku rasa sesuatu yang lain daripada koleksi yang ada.

Aku suka berkongsi pendapat aku mengenai apa yang aku lihat, dengar, rasa dan juga apa yang aku faham. Pada penulis, aku bangga mengatakan aku akan menunggu hasil tulisan kamu yang seterusnya. Teruskan menulis. Aku pasti, akan ada buku kamu yang menjadi sumber inspirasi aku.

Good Luck!"

Respon penulis

Terima kasih atas kesudian cik membaca Memahami Bahasa Cinta Lelaki.

Buku ini melalui evolusi yang panjang, bermula dengan buku ini yang menjadi basic kepada isu perhubungan dan cinta, kemudian 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, kini Bagaikan Khadijah di Hati Rasullullah menggabungkan idea orang bujang dan berkahwin mengenai konsep cinta.

Terima kasih atas sokongan.

Ia akan kekal di hati, insya Allah.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Geng Genius di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Ya, selama ini saya menumpukan kepada penghasilan karya-karya non fiksyen. Semalam satu pertemuan ringkas dengan PTS Millenia juga berkaitan dengan dua buah buku yang perlu diserahkan pada Oktober 2009. Ya, Oktober! Menulis buku memerlukan satu jangka masa.

Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, buku fiksyen pertama hasil gabungan tiga penulis akan diperkenalkan buat pertama kalinya pada 17 April ini.

Geng Genius adalah novel berkaitan kegilaan dunia sains dalam kehidupan kanak-kanak sekolah rendah. Idea ini timbul pada peringkat awal apabila kami berbincang mengenai menterjemah kekaguman kami kepada Discovery Channel yang memaparkan pelbagai rancangan sains 'gila' seperti Myth Buster dan Mad Lab ke dalam sebuah buku.

Itu cerita awal tahun 2008. Berkali-kali perkara ini melalui proses brainstorming, bermula dengan pemilihan tim, kemudian konsep dan seterusnya. Ya, ia mengambil masa setahun bagi mencari formulanya.

Akhirnya Geng Genius yang awalnya angan-angan menjadi realiti.

Sebahagian daripada ilustrasi menarik digabungkan dalam novel Geng Genius


Langkah pertama, saudara Syarafuddin Sulaiman penulis siri Akademi Kehidupan membuka gelanggang untuk novel pertama. Beliau menyumbang sepenuh tenaganya bagi menghasilkan novel terbaik ini.

Manakala bahan dan pembaikan karya dilakukan bersama-sama.

Idea penemuan sains gila-gila ini datang daripada saudara Izwan Wahab yang juga merupakan penulis Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil yang juga akan muncul di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.



Apakah persamaan kami bertiga apabila menulis Geng Genius?

1. Gilakan Mad Lab, Mythbuster di Discovery Channel
2. Masing-masing menggilai siri McGyver lakonan Richard Dean Anderson. Ya, alat paling konsisten menjadi jalan keluar situasinya adalah klip kertas seperti gambar di atas.
3. Kami sendiri adalah manusia yang gila-gila apabila duduk bersama. Ya, bersikap serius dengan wajah yang tegang tidak akan membantu menghasilkan Geng Genius.

Apa yang paling penting adalah sentuhan Cik Ann dari PTS Profesional. Setiap sentuhan emasnya menjadikan karya fiksyen setiap penulis PTS sentiasa menjadi!

Jadi dapatkan Geng Genius di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009!

Nota: Geng Genius dan Geng the Movie adalah dua entiti yang berbeza. Persamaannya, kami mahu menghibur sambil mendidik.




Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Kini semua orang boleh menulis buku best-seller!

Akan berada di gerai buku PTS Publication di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2009) pada 17 April 2009. Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah susulan kepada buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas yang diterbitkan pada tahun 2006 dan masih diulang cetak sehingga hari ini. Buku terdahulu mendedahkan tip menulis di majalah manakala buku Tip Menjadi Penulis Bestseller memfokuskan tip menulis buku bukan fiksyen (nonfiction).

  • Tip Menjadi Penulis Bestseller mempercepat cita-cita
  • Tip Menjadi Penulis Bestseller menjawab soalan dalam fikiran saudara
  • Tip Menjadi Penulis Bestseller untuk penulis sepenuh masa dan sambilan
  • Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah buku panduan asas penulis baru
  • Tip Menjadi Penulis Bestseller mendedahkan teknik menulis terkini
  • Kebebasan kewangan sebagai penulis buku bermula di sini
  • Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah pencetus ilham

Terima kasih kepada semua pembaca yang menjadikan buku ini sahabat akrab dan teman di mana sahaja berada. Segala maklum balas, soalan, cerita, kritikan, idea, cadangan dan testimonial anda selepas membaca buku ini sentiasa ditunggu-tunggu. Penglibatan anda secara langsung menyempurnakan tujuan buku ini.

Semoga pertemuan kita sebagai penulis bestseller menjadi kenyataan.

Isi kandungan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller
Prakata “Pegangan Wajib Bagi Penulis Bestseller” xi
Bahagian 1 Potensi Diri Sebagai Penulis Bestseller
Bab 1 “Mengapa Buku Bukan Fiksyen?” 3
Bab 2 “Mengapa Saya Perlu Menulis?” 7
Bab 3 Kemahuan Dan Pengetahuan Saling Beriringan 12
Bab 4 Bestseller Bukan Sekadar Angka 15
Bab 5 Penulisan Menjadi Wakil Rakyat - Harun Puteh 21
Bab 6 Menjadi Penulis Bestseller Mengikut Petua Hamka 25
Bab 7 Small Office Home Office 28
Bab 8 Penyelidikan Pasaran 33
Bab 9 Apakah Yang Pembaca Mahu? 40
Bab 10 Persepsi Adalah Skrip Hidup Penulis 45
Bab 11 Pendorong Menjadikan Diriku Penulis 54
Bab 12 Musuh Dalam Selimut Penulis Bebas 62
Bab 13 Kekurangan Adalah Bonus Kepada Penulis 67
Bab 14 Penulis Dan Pengurusan Masa 75
Bab 15 Jangan Bunuh Peluang 88
Bab 16 Pesan Penulis Bestseller Kepada Penulis Baru 93

Bahagian 2 Penulisan Berpengaruh Sepanjang Masa
Bab 17 Apakah Buku Yang Sesuai Untuk Ditulis? 103
Bab 18 Logik Barat Dan Teknik Penulisan Secara Linear 107
Bab 19 KJ Method Untuk Penulis Yang Sibuk 111
Bab 20 Pen Dan Kertas Masih Relevan 127
Bab 21 Jadikan Buku Karya Berpengaruh 130
Bab 22 Merendahkan Indeks Kabut 141
Bab 23 Adaptasi Bukan Menterjemah 145
Bab 24 Guna Bahasa Yang Mudah 151
Bab 25 Mengulangi Bahan Karya 156
Bab 26 Penyuntingan Dan Semakan 168
Bab 27 Buku Adalah Tanah Milik Si Peneroka 171
Bab 28 Buku Adalah Harta Intelek Yang Berkembang 183
Bab 29 Dari Catatan Blog Menjadi Buku 187
Bab 30 Blook: Buku Catatan Dunia Siber 194

Bahagian 3 Pemasaran Karya Kepada Khayalak Pembaca
Bab 31 Sediakan Kertas Cadangan Sebelum Menulis Buku 203
Bab 32 Tip Menyediakan Kertas Cadangan 207
Bab 33 Apabila Penulis Ditipu Penerbit 217
Bab 34 Bedah Siasat Isi Kandungan Perjanjian 221
Bab 35 Sumber Kejayaan Buku Dan Penulis 230
Bab 36 Penulis, Formula Kerja Jemaah Dan Inspirasi 242
Bab 37 Tingkah Laku Penulis Memikat Hati 247
Bab 38 Hebahkan Kelahiran Buku Pertama 252
Bab 39 Caj Karya Bestseller Dengan Kuasa Fitrah 263
Bab 40 Merealisasikan Angan-Angan Menjadi Penulis Bestseller 270

Rujukan 273


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Rabu, Februari 25, 2009

Kursusperniagaan.com, Majalah IM dalam Utusan Malaysia



Kursus perniagaan di Utusan Malaysia 25 Febuari 2009

Baca di sini

Dengan kerjasama Kursusperniagaan.com, majalah siber Majalah IM dan Alumni Mahallah Ali Abi Talib, satu seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil diadakan di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Seminar sehari itu pertama kali diadakan di UIAM dan melibatkan pelajar dan peniaga kecil.

Ia bagi mengetengahkan potensi perniagaan melalui Internet dalam keadaan kegawatan ekonomi ketika ini yang boleh diceburi oleh bakal graduan dan ahli perniagaan lain.

Lima panel mengetengahkan pelbagai topik yang menyentuh isu perniagaan internet, perlindungan bisnes kecil, penjenamaan dan pembinaan web mini serta skrip jualan berpengaruh.

Seorang usahawan, Adly Mukhtar telah berkongsi pengalaman menariknya menjana pendapatan RM10,000 pada usia 17 tahun,

"Amat penting mendapatkan RM1 pertama dalam perniagaan Internet sebelum menjana pendapatan lebih tinggi," jelas usahawan Internet yang kini berusia 18 tahun .

Tambahnya, perniagaan Internet memerlukan kerja berkumpulan dan tidak boleh bekerja seorang diri tetapi pilihan kumpulan hendaklah berbeza dari segi kemahiran agar masing-masing tidak bersaing dan berpecah.



Sementara itu, Mazlan Mohamad dari IIU Holding berkongsi pandangan mengenai peri pentingnya jenama dalam perniaagaan.

Beliau menekankan apa yang timbul dalam minda adalah janji yang perlu dipenuhi oleh jenama terbabit.

Selain itu, kemunculan saudara Izwan Wahab atau dikenali sebagai robotys merupakan kemunculan yang dinantikan semula dalam dunia pemasaran Internet.

Beliau dianggap sebagai pelopor dalam dunia pemasaran ini pada akhir tahun 2005 dan awal tahun 2006.

beliau terlibat dalam kajian Optimisasi Carian Enjin atau SEO, pembangunan sistem berasaskan teknologi maklumat seperti laman web permainan video bersama Piramid Harapan Sdn. Bhd., membina sistem permainan interaksi untuk Permodalan Nasional Berhad, Virtual Malaysia dan juga sistem perniagaan yang menyeluruh (Total Business System) yang memerlukan integrasi pelbagai produk sumber terbuka dalam satu sistem.

Kini beliau adalah pengasas bersama kursusperniagaan.com yang bertanggungjawab menyediakan bimbingan pemasaran dan perniagaan kecil untuk usahawan sedia ada.

Isu perlindungan perniagaan melalui insurans turut diketengahkan, khususnya melibatkan produk fizikal. Panelnya, Zulkefli Mohamad menekankan perlunya usahawan Internet memastikan tiga ciri perlindungan diri iaitu; melibatkan diri peniaga, keluarga dan perniagaan itu sendiri.

"Dalam banyak kes kegagalan tuntutan insurans melibatkan peniaga, apabila peniaga sendiri tidak menyedari bahawa menyimpan stok di rumah boleh mengakibatkan insurans perlindungan rumah gagal dituntut jika berlaku musibah," jelas Zulkefli.

Ini kerana apabila ia dibuktikan stok tersebut menjadi punca bencana pada rumah kediaman sama ada dalam bentuk kebakaran, peniaga dianggap cuba mengubah status rumah kepada premis perniagaan.

Ini menjadikan peniaga dilihat sebagai melangkaui perjanjian insurans yang ditandatangani dahulu.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Selasa, Februari 24, 2009

Blog penulis bakal mencecah kunjungan unik 100,000 pembaca

Saya mempunyai tiga buah blog yang bercerita mengenai perkara yang sama pada susunan yang berbeza. Bukan kerana saya ingin menghasilkan blog spam, tetapi setiap satunya mempunyai ceritanya tersendiri.

Saya bemula menulis blog menggunakan Blogspot pada Julai 2005 secara konsisten. Selepas beberapa lama saya tidak berpuas hati kerana ia tidak mempunyai bahagian kategori untuk saya asingkan entri yang mempunyai pelbagai cerita.

Saya mula kenal dengan Wordpress. Adanya bahagian kategori pada blog menjadikan saya memilih untuk menulis pada Wordpress. Tetapi saya tidak meninggalkan Blogspot. Sayang sekali mahu ditinggalkan begitu sahaja. Maka saya kekalkan kedua-duanya.

Selepas itu, saya bersahabat dengan saudara Sabri penulis buku Rahsia Buat Duit dengan Internet terbitan PTS Profesional. Pada awalnya saya bercadang menghasilkan laman web sahaja. Saudara Sabri mencadangkan saya mempunyai blog pada hosting sendiri.

"Bagaimana jika blog di hosting percuma hilang tiba-tiba?" soal beliau kepada saya.

Akhirnya saya memilih E-commercemastery.com sebagai tempat membeli hosting dan domain sehingga hari ini. Kerana servis dan perkhidmatan semasa dan selepas jualan yang bagus, saya mencadangkan kepada beberapa penulis PTS bermula dengan Tuan Shamsuddin Kadir, rakan-rakan usahawan dan keluarga saya sendiri. Rasa-rasanya sudah lebih 20 orang yang saya cadangkan menggunakan E-commercemastery.com.

Hari ini saya menjaga ketiga-tiga blog dengan membuat sedikit ubah suai pada teks berdasarkan keperluan.

Salah satunya akan mencapai hit kunjungan unik sejumlah 100, 000 kunjungan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Sebagai tanda terima kasih kepada kunjungan saudara-saudara pengunjung kepada salah-satu blog ini, saya ingin memberitahu sesuatu yang pasti akan menggembirakan semua. Sesuatu yang bakal diberikan pada setiap bulan bermula catatan 100,000 kunjungan pada setiap bulan.

Apakah agaknya ya?

Screenshot hit kunjungan di blog Motivasi Minda menggunakan Wordpress

Saya bakal menghadiahkan buku hasil tulisan dan buku pilihan terbaik bacaan saya pada setiap bulan bagi pemberi komen bertuah pada setiap bulan pada tahun 2009.

Jangan lupa sertakan nama dan e-mel yang masih aktif pada hujung komen bagi memudahkan saya menghubungi. Saya akan umumkan pada setiap awal bulan komen siapakah yang dipilih bagi mendapat buku percuma.

Terima kasih kepada 100,000 pembaca blog penulis buku Malaysia, Zamri Mohamad.




Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

GENG : Pengembaraan Bermula dengan baik dan bergaya



Oh, saya stress. Dalam beberapa hari lalu saya mesti menyerahkan sebuah manuskrip baru kepada PTS untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (tonton video PBAKL di sini). Dalam keadaan seperti ini, saya rehat sebentar dan mendengar beberapa orang rakan bercerita mengenai filem animasi tempatan GENG : Pengembaraan Bermula terbitan Les'Copaque Production, tim anak-anak muda yang penuh tenaga, hiperaktif dan berfikir di luar kotak pemikiran normal. Semuanya bertujuan bagi menarik orang ramai menonton filem ini.



Dari zaman mustahil kepada dunia animasi tempatan, apabila Ujang bercita-cita besar menghasilkan Usop Sontorian disambut dengan keraguan. Kemudian ia bertukar kepada sambutan yang luar biasa penonton tempatan. Animasi yang masih kurang kemas dan kelihatan jelas frame demi frame pergerakan dirakam, ia tidak mencacatkan tumpuan penonton.

Usop Sontorian berjaya kerana kekuatan ceritanya.



Kemudian percubaan menghasilkan Silat Lagenda. Percubaan menggabungkan animasi 2D dan 3D dilakukan buat pertama kali. Sejarah warisan Hang Tuah lima bersaudara diangkat melalui watak-watak remaja yang menjadi hero dan penyelamat keadaan.

Meskipun dikritik kerana dianggap jalan ceritanya yang lemah, pergerakan yang kaku dan susunan cerita yang tidak kemas, tim ini masih dilihat memberi sumbangan besar kepada perkembangan animasi dengan percubaan menggabungkan animasi 2D dan 3D.

Selepas itu, beberapa animasi 2D muncul di kaca televisyen. Hero gila seperti Kluang Man menjadi siulan. Aksi Sang Wira, haiwan seperti kucing dari planet lain yang menjadi sahabat manusia. Kemudian karya Dato' Lat, Kampung Boy dianimasi dan ditayangkan di Astro. Begitulah seterusnya satu proses kematangan animasi negara sehinggalah kelahiran Geng.

Les'Copaque Production mengambil langkah bijak memperkenalkan watak Upin dan Ipin selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2008 dan 2007 sepanjang bulan puasa. Animasi pendek yang diulang-ulang menjadikan watak Upin dan Ipin sebagai sebahagian kebiasaan menonton televisyen rakyat kita.

Kemudian filem mula dipromosikan pada tahun ini selepas beberapa hebahan baik dalam bentuk promosi, siaran akhbar dan sembang penulis blog.

Saya sendiri tidak dapat menonton pada dua waktu tayangan berbeza pada Ahad lalu sehinggalah ke hari Isnin.

Apa komen penulis buku tempatan ini mengenai filem animasi Geng

  • Mempunyai jalan cerita yang kuat dan elemen hidup kampung diterjemah dengan baik sekali.
  • Jenaka ringan yang kena pada tempatnya. Mesej sosial yang sampai pada semua peringkat umur.
  • Informasi budaya dapat memberi nilai tambah mengenai nilai hidup kampung kepada anak-anak bandar yang menonton.
  • Sekali lagi, paparan budaya dan teras Malaysia yang ditonjolkan sebagai formula sukses filem ini mengikut jejak Usop Sontorian dan Kluang Man, iaitu kampung sebagai latarnya.
  • Babak demi babak yang tidak begitu kompleks, sesuai sebagai sebuah filem animasi pengenalan sebelum sekuel keduanya.
  • Opet, watak haiwan dari dunia lain memerlukan sedikit pembaikan. Variasikan cara percakapan bahasa asing watak haiwan tersebut agar babak dialog tidak nampak pengulangan yang keterlaluan.
  • Geng sebenarnya bersifat memperkenalkan setiap watak dan konsep heronya diterjemah melalui kumpulan. Selepas ini mungkin watak Upin dan Ipin akan ditonjolkan lagi.
  • Berbaloi menonton di pawagam kerana Les'Copaque Production berjaya menampilkan hasil kerja animasi yang bermutu dan bersifat menghargai setiap sen dan ringgit tiket menontonnya.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Isnin, Februari 23, 2009

Imaginasi, Hollywood dan angan-angan benar

Lintas langsung dari studio (?)






"Bila mereka temuramah saudara?"

Saya diam

"Bila masa pula masuk akhbar"

Saya diam juga.

"Cis..."

Saya senyum.

Hakikatnya, saya merealitikan angan-angan Hollywood kepada diri saya sendiri melalui video di atas. Klik video di atas untuk menonton.

Jika dahulu kita berkata wah kepada angan-angan Hollywood yang ditonton, tidak lama lagi lebih ramai pengguna internet dapat mencipta wah pada diri mereka sendiri. Inilah imaginasi yang kita bawa dahulu dari zaman kecil sehingga dewasa dengan angan-angan yang berubah mengikut berubahnya usia.



Dahulu ketika sekolah rendah, kita teruja mahu menjadi juruterbang jet yang macho dan bergaya seperti Tom Cruise (1986) dalam Top Gun.

Atau sekurang-kurangnya membawa kereta yang bercakap seperti Knight Rider yang dipandu oleh Micheal Knight lakonan David Hasselhoff.

Semakin berumur kita menyesuaikan angan-angan agar lebih logik dan boleh dicapai kerana berpijak pada bumi yang nyata?

Video di atas juga digunakan oleh mereka yang mengamalkan Kuasa Tarikan atau Law of Attraction. Visualisasi impian sehingga kelihatan benar.

Apa komen saudara mengenai video itu?

Nota: Mahu realisasikan impian sebagai penulis rencana di majalah dan akhbar? Klik di sini


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ahad, Februari 22, 2009

Praktikal Penulis Bestseller di JTC Training Centre anjuran Akademi Penulis







Assalam alaikum wbt

Alhamdulillah, Bengkel Praktikal Penulis Bestseller di JTC Training di bawah kelolaan Akademi Penulis selama dua hari berjaya disempurnakan.

Sedikit maklumat Bengkel Praktikal Penulis Bestseller daripada sumber

Bengkel Intensif Teknik Menulis adalah program penulisan fasa kedua di Akademi Penulis. Bengkel berkomputer ini diadakan selama 2 hari. Pihak Akademi Penulis menyarankan agar para peserta berminat menyertai Seminar Jana Wang Dengan Menulis terlebih dahulu.

Belajar Dari Pakar

Akademi Penulis menyediakan tenaga pakar dalam industri penerbitan dan penulisan buku Malaysia bagi memberikan input terbaik untuk bengkel ini. Mereka mencurahkan kesemua pengalaman bertahun-tahun khusus kepada sesiapa yang berani bertindak merealisasikan impian hidup.


Fauzul Na’im Ishak-seorang penulis, perunding latihan dan motivasi dan berpengalaman sebagai penerbit buku. Antara tenaga penggerak penting dalam Kumpulan PTS yang membawa kepada kejayaan penting syarikat itu. Berjaya melahirkan pelbagai penulis bestseller dan buku mereka menaiki takhta top 10 kedai buku berantai seperti MPH, Popular, Kinokuniya dan kedai buku lain.


Ahmad Naim Jaafar - seorang pengarang, pengamal undang-undang dan perunding motivasi kepimpinan diri. Seorang visioner yang berpandangan jauh. Input daripadanya pasti memberikan seribu satu impak baik kepada Anda. Penulis yang prolifik dalam bidang kepimpinan dan mengeluarkan bakat dalam diri. Input segar yang cukup berharga.


Seorang pengarang prolifik, menghasilkan banyak buku dalam bidang motivasi penulisan dan perhubungan. Pengkaji dan pemikir yang mempunyai seribu satu idea segar mengenai dunia penulisan.

Program dua hari ini mempertemukan saya dengan peserta-peserta yang menarik baik dari segi personaliti, malah dari segi idea buku yang hendak dilahirkan juga sangat diperlukan dalam industri buku ini.

Dengan jumlah peserta yang dihadkan, kelebihan kelas yang kecil ini memberi peluang peserta mengajukan soalan-soalan dan membina rangkaian sesama mereka. Inilah kelebihan yang dicari-cari dalam mana-mana seminar.

Ditambah lagi dengan kemudahan akses internet, memudahkan mereka mengaplikasi kaedah pemasaran internet untuk buku-buku mereka yang bakal kita baca bersama-sama.

Mereka yang berminat dalam seni menulis buku bestseller, dapatlah melayari laman web ini. Klik Akademi Penulis.

Nota: Bagi peserta bengkel penulisan rencana pada 8 Mac 2009 kendalian saudara Zamri Mohamad dan Firdaus Ariff akan dikemaskini pada Jumaat ini. Mahu sertai? Maklumat lanjut kik di sini Bengkel Penulisan Rencana untuk Penulis Bebas



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, Februari 21, 2009

Tiada jodoh | Kami berdua kini telah berpisah

"Tidak!"

"Banyak bawa bersabar"

"Yang sudah itu sudahlah."

"Jangan dikenang orang jauh."

"Yang patah pasti akan berganti."

Dari Melaka ke Kuala Lumpur, dalam perjalanan dua jam menggunakan khidmat Delima Ekspress, sempat saya menghantar pesanan melalui telefon bimbit.

"Saya dari Melaka, dalam jam empat saya tiba di Kuala Lumpur,"

Rupa-rupanya itulah pesanan yang menjadi tanda perpisahan kami.

Dia hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Selalunya ada sahaja celotehnya selang beberapa minit. Sehingga saya terpaksa mendiamkan dirinya tetapi bicaranya masih rancak.

Hari ini hari yang sangat berbeza. Dia berkata sekali sahaja dan terus mendiamkan diri sehinggalah saya meminta pemandu bas menurunkan saya di Monorail Jalan Pudu.

Di situlah saya sedar, kami tiada jodoh lagi. Hubungan kami yang bertahun akhirnya disambut dengan perpisahan. Di kaki tangga eskalator kami berpisah.

Dia terus berada di dalam bas ekspress menuju ke Puduraya.

Saya pula ke tempat yang saya sudah rancang mahu ke sana.

Berpisah kami akhirnya.

Bermuram hati tatkala perpisahan menjadi jawapan bicara akhirnya.

Memoir lama tidak dapat dibawa kembali, ia hilang di situ.

Selamat tinggal telefon bimbitku.

Nota: Telefon bimbit ini yang menyimpan sms Puan Ainon yang terawal ketika saya menulis. Satu sms pada Disember 2005 yang saya simpan.

Nota: Mohon kepada teman-teman yang mengenali saya menghantar nombor telefon mereka ke 019 2880451

Khamis, Februari 19, 2009

Badruzamani, cerita inspirasi seorang pembaca buku PTS


"Idea yang hebat ibarat biji benih yang lemah yang perlu di semai, di tanam, dibaja, disirami, dicahayakan dan sebagainya untuk menjadi pohon yang gagah, akar yang kuat, pohon yang rimbun (dapat meneduhkan orang lain) dan memberi buah yang manis tatkala dilontar dengan batu / kayu" petikan kata saudara Badruzamani (sumber)


Pertama kali saya mengenalinya ialah ketika beliau memberi komen mengenai buku saya Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas dua tahun lalu di forum Wang Cyber. Dari situ saya mendapat tahu beliau memiliki buku saya melalui pembelian secara online. Melalui laman blog kendalian beliau, Badruzamani.org, kami mula berinteraksi dan beliau adalah pembaca yang memberi kekuatan kepada saya menulis kerana perspektif baru yang diberikan sebelum ini.

Selepas saya mengetahui saudara Badruzamani seorang OKU, saya sedar bahawa bekarya bukan sahaja untuk orang normal sahaja, malah individu istimewa seperti beliau memanfaatkan bahan bacaan yang baik untuk orang ramai. Kerana mengenali saudara Badruzamani, acapkali saya menulis buku non fiksyen, saya berfikir sama ada tip-tip dalam buku ini dapat membantu OKU sepertinya.

Saudara Badruzamani sudi berkongsi komen beliau mengenai buku saya. Malah beliau sudi memberi testimonial yang saya muatkan dalam laman web zamrimohamad.com. Sebenarnya saya menunggu-nunggu testimonial beliau dimasukkan ke dalam buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas sebagai tanda terima kasih kepadanya.

Ketika menulis buku Tip Menjadi Penulis Bestseller, kisah saudara Badruzamani menjadi inspirasi besar yang mesti saya masukkan bersama-sama dalam bab khusus beserta kisah allahyarham Ahmad Zafran. Saya mahu memberikan kejutan kepadanya menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 April ini.

Sebaliknya kejutan itu kembali kepada saya.

Beliau meninggal dunia pada Jumaat, 13 Febuari 2009, jam 8 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dikebumikan di Syeksen 21 Shah Alam. Perkara itu dimaklumkan oleh saudara Saiful Bahri Yusof yang mengendalikan Gemilang.Myportal melalui chat box blog allahyarham pada 17 Febuari.

Blog allahyarham Badruzamani adalah antara blog tempatan yang penting kerana di situlah saya mendapat tahu entri-entri tulisan beliau mempertemukan pelanggan dan peniaga. Khususnya ketika beliau menulis mengenai penternakan arnab. Allahyarham memudahkan pertemuan dua pihak ini melalui blog beliau.

Allahyarham yang juga anak kepada mantan Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang, Dato Syeikh Azmi bin Ahmad dianggap sebagai pelopor dan teraju utama yang mengetengahkan idea perkembangan bisnes internet melalui blog bagi golongan OKU. Inilah satu sumbangan besar beliau kepada komuniti siber tempatan, cuma masih tidak mendapat paparan media.

Blogger Sang Pelangi menulis lebih lanjut mengenai beliau. Klik di sini
Manakala ini pula catatan Catzer, klik di sini

Terima kasih atas dukungan kuat kepada karyaku dengan kepercayaan tanpa berbelah bagi. Ceritamu yang memberi inspirasi akan kekal tersisip dalam tulisan sebagai caraku mengenangmu dan menceritakan kebaikan serta kekuatanmu.

Beliau bukan sahaja penyokong kuat hasil tulisan saya, malah pemberi kekuatan karya yang baik terbitan PTS dan penyubur budaya membaca buku-buku yang baik dalam bahasa Melayu di negara ini.

Al Fatihah kepada allahyarham Badruzamani.

Ahad, Februari 15, 2009

Perjumpaan Internet Enterpreneur Malaysia (IEM)



15 Januari 2009, Ahad di KL Sentral. Satu perjumpaan kecil pertama antara ahli Internet Enterpreneur Malaysia (IEM) telah diadakan di KL Sentral. Satu perjumpaan bukan formal yang diadakan pada pertengahan bulan sebagai pemanas aktiviti IEM untuk tahun ini.

Saya berkesempatan mendengar sebab disebalik pemilihan IEM.

Pengasasnya, Catzer berkata, "Perkataan Enterpreneur dipilih bagi memberi gambaran bahawa IEM adalah untuk kedua-dua kumpulan. Iaitu kumpulan usahawan internet dan kumpulan usahawan konvensional yang mahu menjadikan internet medium pemasaran mereka.

Teras kepada IEM mempunyai persamaan dengan kursusperniagaan.com menggalakkan keusahawan internet dan pada masa sama membawa yang bersifat konvensional ke dunia maya.

Perjumpaan kecil tetapi siginifikan.

Beberapa perkara dicadangkan akan diadakan oleh IEM tahun ini.

1. Penghasilan newsletter untuk 200 ahli yang terlibat memfokuskan kepada aktiviti bulanan IEM dan paparan ahli baru.
2. Penghasilan e-book Online atau Onlie yang memaparkan pengalaman-pengalaman mereka yang berhadapan penipuan internet baik pembeli mahupun peniaga. Ia akan mengikuti konsep e-book Seth Godin, Tribe
3. Aktiviti komuniti untuk rumah anak yatim dan sekolah. Program mengalihkan kemahiran usahawan internet kepada golongan sasar ini.

Mudah-mudahan ia berjaya

Lagi gambar Seminar Pemasaran Internet anjuran kursusperniagaan.com

Lagi gambar Seminar Pemasaran Internet anjuran kursusperniagaan.com dan MajalahIM. Baca cerita lanjut di sini http://www.majalahim.com/gambar-seminar-di-ukm-dan-uiam/






Sabtu, Februari 14, 2009

Buku keenam terbaru Zamri Mohamad sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009


RM 19.50 / RM 21.50 (Sabah & Sarawak),
983-3604-30-7;
978-983-3604-30-2;
9789833604302
Tarikh Terbit: 16 February 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 304 halaman


Ini adalah buku keenam terbaru Zamri Mohamad sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Buku ini berjudul Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Buku ini membawa dua perspektif dari dua penulis. Dua perspektif dari orang bujang dan individu yang sudah berumahtangga disatukan dalam sebuah buku untuk pertama kalinya dalam buku perhubungan dan cinta.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan harga istimewa pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC, tinggalkan e-mel dan nama tuan dan puan dalam ruangan komen pada entri ini. Kami akan menghubungi.

Sinopsis

Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya.

Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat

Isi kandungan buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Berkongsi Cerita Bersama Kami
Pembuka Bicara Hati

Bahagian 1: Syurga Dunia Alam Perkahwinan

1. Apabila Si Isteri Menjadi Pujaan Hati
2. Apabila Diseru, Berkahwinlah
3. Berkahwin itu Proses Pilih Memilih
4. Checklist Lelaki Memilih Pasangan

Bahagian 2: Tingkah Lelaki Moden Mencari Cinta

5. Petanda Kekurangan dalam Membina Perhubungan
6. Tarikan Rasa Membuat Aku dan Dia Menjadi Satu
7. Cinta Pheromone
8. Tempat-tempat Popular yang Menentukan Pertemuan
9. Jarum Saat Berputar, Jarum Minit Bergerak
10. Kuasa Pilihan Kita Berbeza
11. Si Dia Kacak, Kaya dan Kelakar
12. Langkah Pertama Langkah Gergasi
13. Lelaki dan Cerita Gahnya
14. Lelaki dan Rahsia Angka
15. Tidak Perlu Susah-susah, Biar Saya Selesaikan
16. Normal Bagi Si Dia Andaikan Sesuatu Mengenai Bakal Isteri
17. Penderaan Cinta oleh Insan Bernama Lelaki
18. Si Manis yang Beragama, Buatku Selesa
19. Sudah Jodoh Tidak ke Mana
20. Lelaki dan Kad Bisnes
21. Ubat Hati Cari Cinta Baru
22. Berkat Reda Ibu Bapa
23. Mulakan Pertemuan yang Memikat Hati Orang Tua
24. Kisah Dongeng dalam Perkahwinan
25. Cinta Sebelum dan Selepas Berkahwin
26. Duka dan Bahagia Sahabat Pasangan Bersama
27. Lafaz Janji Komited Buat Si Isteri

Bahagian 3: Sandaran Bahagia

28. Apabila Bahagia Ada Sandarannya

Bahagian 4: Layanan Istimewa Buat Bernama Suami

29. Siapakah Si Dia yang Bernama Suami
30. Mengurut Ego Suami
31. Dalam Diam Tingkah Lakumu Mengukuhkan Hatiku
32. Diriku Memuliakan, Mentaati dan Menghormati
33. Layanan Istimewa Buat Bernama Suami
34. Mengisi dan Menunaikan Kemahuan Intim Suami
35. Sayang, Abang Sudah Pulang!
36. Kekasih Hati Cepat, Dekat dan Tepat
37. Tip-tip Kebahagiaan Hafidzah Mustakim
38. Kita Memuji Kita Memikat
39. Kuasa Memuji Kuasa Pemikat Hati
40. Lain Lelaki Lain Cara Dengarnya
41. Sama Tetap Manis, Ditambah Menjadi Pahit
42. Kisah Seorang Suami dengan Empat Isteri
43. Takut Suami Berkahwin Lagi
44. Satu Tempat Satu Cerita
45. Si Dia Sukar Berenggang dengan Kawan Baiknya
46. Suami dan Rahsia Warna Baju

Bahagian 5: Indah di Mata Dekat di Hati

47. Masa Bernilai bagi Si Suami
48. Apabila Suami Respons Ala Kadar Sahaja
49. Saling Cerita Saling Berahsia
50. Si Abang dan Sayang Saling Kongsi Cerita
51. Pandai Bila Hendak Telefon, Tahu Bila Hendak SMS
52. Intonasi yang Memikat
53. Cemburu, Jangan Biar ia Memakan Diri
54. Maaf dan Pikat Hatinya Semula
55. Perhatian yang Menguntungkan
56. Lapan Tip Mengawal Tabiat Buruk
57. Sepuluh Tip Bebas Label Pasangan Mengongkong

Bahagian 6: Punca Si Dia Berjauh Hati

58. Mengapa Si Dia Berjauh Diri

Bahagian 7: Rumah Itu Syurga Kita

59. Rumah Itu Syurga Kita
60. Tip Menyediakan Makanan dan Minuman untuk Famili
61. Jom! Pantau Keselamatan Persekitaran Rumah
62. Tip Menjaga Barangan Suami Semasa Ketiadaan Suami
Bahagian 8: Corak Warna Iman pada Kain Putih
63. Jom Didik Anak-Anak!

Bahagian 9: Kita Saudara Dua Dunia

64. Keyakinan Itu Magnet
65. Menjadi Duta Ibu Bapa dan Keluarga Sendiri
66. Penilaian Ibu Mertua Sampai ke Pengetahuan Si Dia
67. Jenama Diri, Jenama Menantu dan Isteri Tersayang

Bahagian 10: Kisah Terindah Buat Hati

68. Kekasih Abadi Ingatan Tetap Abadi
69. Petua Kasih Petua Bahagia
70. Di Sebalik Tabir Hidup Ali dan Fatimah
71. Isteri Saya Selalu Berleter, Bantulah Wahai Pemimpin Negara
72. Hendak Membina Cinta, Belajarlah Daripada Orang Lama
73. Lelaki yang Lembut Hatinya Dek Semangat Perempuan
74. Suha, Pendorong Pemimpin Besar Palestin
75. Aku Terima Isteriku Buta, Pekak dan Bisu
76. Tinggalkan Diriku Demi Cinta itu

Bahagian 11: Wahai Tuhan Dengarkanlah

77. Kutadahkan Doa Menyeru KasihMu
78. Membina Rumah Tangga yang Damai
79. Lembutkan Hati yang Tersayang
80. Doa Menghadapi Kerenah Manusia
81. Memudahkan Urusan Hidup
82. Doa Supaya Disayangi Pasangan
83. Doa Meredakan Kemarahan
84. Doa Mengharmonikan Hubungan Suami Isteri
85. Amalan Menjaga Kesihatan Diri Demi Kebahagiaan Suami Isteri
86. Amalan Doa bagi Menambah Kasih Sayang
87. Doa Memohon Keampunan dan Rahmat untuk Diri Sendiri dan Ibu Bapa
88. Amalkan Adab Doa Secara Sukses

Penutup