Langkau ke kandungan utama

Tiada jodoh | Kami berdua kini telah berpisah

"Tidak!"

"Banyak bawa bersabar"

"Yang sudah itu sudahlah."

"Jangan dikenang orang jauh."

"Yang patah pasti akan berganti."

Dari Melaka ke Kuala Lumpur, dalam perjalanan dua jam menggunakan khidmat Delima Ekspress, sempat saya menghantar pesanan melalui telefon bimbit.

"Saya dari Melaka, dalam jam empat saya tiba di Kuala Lumpur,"

Rupa-rupanya itulah pesanan yang menjadi tanda perpisahan kami.

Dia hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Selalunya ada sahaja celotehnya selang beberapa minit. Sehingga saya terpaksa mendiamkan dirinya tetapi bicaranya masih rancak.

Hari ini hari yang sangat berbeza. Dia berkata sekali sahaja dan terus mendiamkan diri sehinggalah saya meminta pemandu bas menurunkan saya di Monorail Jalan Pudu.

Di situlah saya sedar, kami tiada jodoh lagi. Hubungan kami yang bertahun akhirnya disambut dengan perpisahan. Di kaki tangga eskalator kami berpisah.

Dia terus berada di dalam bas ekspress menuju ke Puduraya.

Saya pula ke tempat yang saya sudah rancang mahu ke sana.

Berpisah kami akhirnya.

Bermuram hati tatkala perpisahan menjadi jawapan bicara akhirnya.

Memoir lama tidak dapat dibawa kembali, ia hilang di situ.

Selamat tinggal telefon bimbitku.

Nota: Telefon bimbit ini yang menyimpan sms Puan Ainon yang terawal ketika saya menulis. Satu sms pada Disember 2005 yang saya simpan.

Nota: Mohon kepada teman-teman yang mengenali saya menghantar nombor telefon mereka ke 019 2880451

Ulasan

aduh tragisnya...takziah. Mungkin jodoh dengan yang lebih lawa kot!
Tanpa Nama berkata…
Aduhai!

Sedih sekali.

Sayang sekali bab ini belum sempat dimasukkan dalam buku "Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah" ... !!

Imran Yusuf.
Puan Ainon Mohd. berkata…
Tragedi....

Apakah barangkali mesej SMS yang saya tulis itu....

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...