Langkau ke kandungan utama

Geng Genius di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Ya, selama ini saya menumpukan kepada penghasilan karya-karya non fiksyen. Semalam satu pertemuan ringkas dengan PTS Millenia juga berkaitan dengan dua buah buku yang perlu diserahkan pada Oktober 2009. Ya, Oktober! Menulis buku memerlukan satu jangka masa.

Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, buku fiksyen pertama hasil gabungan tiga penulis akan diperkenalkan buat pertama kalinya pada 17 April ini.

Geng Genius adalah novel berkaitan kegilaan dunia sains dalam kehidupan kanak-kanak sekolah rendah. Idea ini timbul pada peringkat awal apabila kami berbincang mengenai menterjemah kekaguman kami kepada Discovery Channel yang memaparkan pelbagai rancangan sains 'gila' seperti Myth Buster dan Mad Lab ke dalam sebuah buku.

Itu cerita awal tahun 2008. Berkali-kali perkara ini melalui proses brainstorming, bermula dengan pemilihan tim, kemudian konsep dan seterusnya. Ya, ia mengambil masa setahun bagi mencari formulanya.

Akhirnya Geng Genius yang awalnya angan-angan menjadi realiti.

Sebahagian daripada ilustrasi menarik digabungkan dalam novel Geng Genius


Langkah pertama, saudara Syarafuddin Sulaiman penulis siri Akademi Kehidupan membuka gelanggang untuk novel pertama. Beliau menyumbang sepenuh tenaganya bagi menghasilkan novel terbaik ini.

Manakala bahan dan pembaikan karya dilakukan bersama-sama.

Idea penemuan sains gila-gila ini datang daripada saudara Izwan Wahab yang juga merupakan penulis Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil yang juga akan muncul di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.



Apakah persamaan kami bertiga apabila menulis Geng Genius?

1. Gilakan Mad Lab, Mythbuster di Discovery Channel
2. Masing-masing menggilai siri McGyver lakonan Richard Dean Anderson. Ya, alat paling konsisten menjadi jalan keluar situasinya adalah klip kertas seperti gambar di atas.
3. Kami sendiri adalah manusia yang gila-gila apabila duduk bersama. Ya, bersikap serius dengan wajah yang tegang tidak akan membantu menghasilkan Geng Genius.

Apa yang paling penting adalah sentuhan Cik Ann dari PTS Profesional. Setiap sentuhan emasnya menjadikan karya fiksyen setiap penulis PTS sentiasa menjadi!

Jadi dapatkan Geng Genius di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009!

Nota: Geng Genius dan Geng the Movie adalah dua entiti yang berbeza. Persamaannya, kami mahu menghibur sambil mendidik.




Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Nizam Ahmad berkata…
dulu kata nak buat buku pasal soalan2 "kenapa". ini ke bukunya?
Zamri Mohamad berkata…
Ya... dinaik taraf lagi baik...

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...