
Saya bemula menulis blog menggunakan Blogspot pada Julai 2005 secara konsisten. Selepas beberapa lama saya tidak berpuas hati kerana ia tidak mempunyai bahagian kategori untuk saya asingkan entri yang mempunyai pelbagai cerita.
Saya mula kenal dengan Wordpress. Adanya bahagian kategori pada blog menjadikan saya memilih untuk menulis pada Wordpress. Tetapi saya tidak meninggalkan Blogspot. Sayang sekali mahu ditinggalkan begitu sahaja. Maka saya kekalkan kedua-duanya.
Selepas itu, saya bersahabat dengan saudara Sabri penulis buku Rahsia Buat Duit dengan Internet terbitan PTS Profesional. Pada awalnya saya bercadang menghasilkan laman web sahaja. Saudara Sabri mencadangkan saya mempunyai blog pada hosting sendiri.
"Bagaimana jika blog di hosting percuma hilang tiba-tiba?" soal beliau kepada saya.

Hari ini saya menjaga ketiga-tiga blog dengan membuat sedikit ubah suai pada teks berdasarkan keperluan.
Salah satunya akan mencapai hit kunjungan unik sejumlah 100, 000 kunjungan dalam tempoh beberapa hari lagi.
Sebagai tanda terima kasih kepada kunjungan saudara-saudara pengunjung kepada salah-satu blog ini, saya ingin memberitahu sesuatu yang pasti akan menggembirakan semua. Sesuatu yang bakal diberikan pada setiap bulan bermula catatan 100,000 kunjungan pada setiap bulan.
Apakah agaknya ya?

Saya bakal menghadiahkan buku hasil tulisan dan buku pilihan terbaik bacaan saya pada setiap bulan bagi pemberi komen bertuah pada setiap bulan pada tahun 2009.
Jangan lupa sertakan nama dan e-mel yang masih aktif pada hujung komen bagi memudahkan saya menghubungi. Saya akan umumkan pada setiap awal bulan komen siapakah yang dipilih bagi mendapat buku percuma.
Terima kasih kepada 100,000 pembaca blog penulis buku Malaysia, Zamri Mohamad.

Ulasan
tp nanti kalau aku bg komen bukan utk hadiah tau. tp sebagai tanda ingatan. yalah hp bukan slalu bernyawa kan? hiks~