Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Cawan kopi sejuk dan sunyi

"Baru kau tahu kau ini tidak ada bakat bercerita," "Ya benar," "Baru kau tahu kau itu ada tidak ada sama sahaja," "Ya saya tahu." "Baru engkau tahu kau...." "Ah! Sah inilah situasi kau hadapi sejak dahulu. Kau bercakap dengan diri sendiri rupa-rupanya," "Esok pasti hari yang sunyi untuk kau." Bahu ditepuk mesra. Mereka memandang saya. Mereka diam tidak mahu kongsi bicara. Masing-masing sudah habis menghirup kopi sejuk yang diam setia di atas meja. Beransur dia dari meja itu. Dia duduk kembali. Masih di situ masih memikirkan, apakah yang dibuat betul atau tidak. Katanya pada tuhan, "Tuhan sesungguhnya diriku lemah, maka kau kuatkan jiwaku. Sesungguhnya jangan jadikan diriku golongan yang putus asa." Saya angguk sahaja. Pasti semalam dia tidak dapat tidur lagi memikirkan betapa dia tidak pandai bercerita. Seperti orang lain. Mungkin saya akan bertanya pada dia, "Jika kau masih gagal bercerita dan mendapa...

Pakar bidang IT dan penternakan ikan keli

Petikan Utusan Malaysia Pakar bidang IT terjun ke kolam ternakan Oleh Laupa Junus laupa.junus@utusan.com Ikan keli yang diternak oleh syarikat Dimensi Rebana sentiasa mendapat permintaan. Bukan mudah bagi seorang yang sudah lama berkecimpung dengan bidang yang diminati, tiba-tiba sahaja mengambil keputusan untuk beralih arah. Berkecimpung dalam perniagaan komputer sejak 1986 dengan memiliki ijazah sarjana muda dalam sistem pengurusan maklumat dan pemasaran serta ijazah sarjana bidang perniagaan (MBA) dari Amerika Syarikat, sepatutnya sudah memberi jaminan hidup tetapi empunya diri enggan meneruskan kerjaya dalam bidang berkenaan. ''Saya sudah bosan," katanya ringkas ketika ditanya sebab meninggal bidang glamor itu. Bagi Hanafiah Abdul Rahman, 47, usahawan akuakultur yang ditemui Mega di ladangnya di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini, beliau menceburi bidang penternakan ikan adalah kerana minat semata-mata.. Hanafiah, anak kelahiran Kampung Sri Terubok, Masjid Tanah, Mel...

Antara Peluang Perniagaan, Internet Marketing dan Buat Duit dengan Blog

Tiba-tiba saya rasa saya lebih muda dan sebaya penulis Buat Duit dengan Blog. Ini adalah pertemuan kami yang pertama di pejabat PTS. Saudara Yazid ini memfokuskan kemahiran menjana wang melalui blog di mana beliau telah membuktikannya. Pada tahun 2009 ini, kami dan beberapa penulis lain sedang menyediakan siri buku Internet Marketing untuk mereka yang sudah bergelar peniaga, bakal peniaga dan pekerja yang mencari pendapatan tambahan. Pengalaman kami direkodkan secara teliti satu persatu melalui buku yang ditulis. Dapatkan di gerai buku PTS di Read Malaysia atau di kedai-kedai buku seluruh negara. Mengenai buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil Permintaan terhadap internet meningkat meskipun seluruh dunia mengalami krisis ekonomi. Semua usahawan mula menyedari betapa pentingnya kemampuan internet dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Semakin tinggi penggunaan internet semakin tinggi peluang bisnes anda berkembang. Pelajari langkah dan teknik pemasaran internet yang berke...

Bersama Penulis di Read Malaysia 2009

Temui penulis tempatan di Read Malaysia 2009 Jangan lupa buku-buku ini juga berada di Read Malaysia 2009. Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah Internet Marketing untuk Bisnes Kecil Tip Menjadi Penulis Bestseller Geng Genius: Misteri Luqman Di mana mahu dapatkan buku ini, di gerai buku PTS Publication and Distributor. Bagi memudahkan pencarian tuan-tuan dimana lokasi PTS. PTS berada di bawah banner ini. Sekiranya tuan-tuan sampai di Read Malaysia . Tuan-tuan carilah banner ini. Gerai PTS berada di bawah banner ini. Sesi Bertemu Peminat dan Tandatangan Autograf Bersama Saridah Hamid & Reja Tarikh : 7 Jun 2009 Masa : 2:30 pm Tempat: Gerai PTS Read Malaysia No D11-D-22, MIECC MINES Pelancaran Blook PTS Fortuna Tarikh : 7 Jun 2009 Masa : 1:00 pm Tempat: Pentas 1, Read Malaysia 09 MIECC, MINES Bicara Kewangan Bersama Shamsuddin Kadir Tarikh : 7 May 2009 Masa : 11:30 am Tempat: Pentas 1, Read Malaysia 09 MIECC, MINES Bicara Buku bersama Parlindungan Marpaung Tarikh : 6 Jun 2009 Masa : 5...

Bukan setakat terima kad-kad jemputan perkahwinan, ada sahabat hadiahkan buku

Petikan blog Sesuci Qatrunada, pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah "...Bukan setakat terima kad-kad jemputan perkahwinan, ada sahabat hadiahkan buku. Memang saya suka baca buku tapi tajuknya, Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul. Terima kasih Wani kerana hadiahkan buku. Satu buku lagi tajuknya Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah. Tapi apa pun, buku-buku tu memang best sangat. Cinta itu adalah fitrah kejadian kita sebagai manusia. Manusia memang ingin menyintai dan dicintai. Tetapi kita acap kali berbicara mengenai cinta sesama manusia berbanding cinta kepada Allah dan Rasul walaupun kita tahu cinta pada Allah adalah cinta yang hakiki. Semakin kita meningkat remaja semakin tegar hati berbicara mengenai cinta berlainan jantina. Islam tidak menentang cinta berlawanan jantina namun, demi menjamin kemaslahatan masyarakat, Islam menetapkan batas-batas yang perlu dijaga oleh setiap insan dalam bercinta supaya syariat Allah terpelihara. Cinta dalam Islam menfokuskan cin...

Window display di Booknetwork Sdn Bhd

Kedai buku Booknetwork Sdn Bhd Tiga buah buku di window display. Hadapan kedai buku Tuan Asyraff membeli Internet Marketing untuk Bisnes Kecil. Terima kasih. Tip Menjadi Penulis Bestseller boleh didapati di sini Mengurus Konflik Gaya Streetsmart juga berada pada rak yang sama. Jangan lupa, buku kontroversi, Rahsia Bisnes Mamak bagi mereka yang ada perancangan perniagaan dan mencari peluang perniagaan di Malaysia. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedai buku Booknetwork Sdn Bhd kerana sudi memilih ketiga-tiga buku tulisan Zamri Mohamad dan para rakan penulis lain untuk dipamerkan pada bahagian window display kedai mereka. Ini adalah pertama kali saya melihat buku-buku ini diletakkan pada kedudukan itu. Buku-buku Zamri Mohamad seperti Mengurus Konflik Gaya Streetsmart, Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart, Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan Internet Marketing untuk Bisnes Kecil mudah didapati di sini. Kedai buku ini terletak di tingkat tiga dalam pasaraya Giant, Tama...

Majalah Quill dan dua paket Nescafe

Ya, majalah Quill edisi kali ini istimewa. Saudara bukan sahaja dihidangkan dengan pelbagai informasi menarik mengenai dunia penerbitan, selain daripada temubual Tuan Arief Hakim dari PTS Publication and Distributor Sdn Bhd. Tetapi saudara bisa menikmati Nescafe Gold sebagai sampel produk baru mereka Selak sahaja halaman kedua, dua paket percuma disediakan khusus untuk saudara. Nah, apa lagi sediakan segelas Nescafe Gold sambil menikmati pelbagai rencana dalam majalah atau membaca buku kegemaran. Di rumah saya ada seorang yang gemar menyediakan kopi untuk dirinya. Secara langsungnya menyediakan kopi untuk kami juga. Besar pahala sahabat yang sudi menjamu kami setiap hari. Pastinya, ada penulis gemar berkarya dengan secawan kopi atau apa juga minuman kegemaran. Mahu berkarya sambil menikmati minuman kegemaran di sisi? Klik di sini . Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di ...

Ketagihan Facebook

Facebook bagaikan air bah dalam e-mel saya. Melimpah dalam emel saya (klik imej). Benarlah apa yang disebut sebagai ketagihan Facebook. Tanda-tanda seseorang itu ketagihan, 1. Pasti mengambil sedos Facebook setiap hari. Maksud saya memasuki Facebook setiap hari. 2. Kebiasaannya ketagihan Facebook dapat dilihat melalui kegemaran memasuki akaun lebih daripada sekali dalam sehari. 3. Adakalanya sempat berFacebook ketika mesyuarat, berjumpa kawan, dalam kursus. Ia berlaku ketika mana individu mempunyai akses Facebook sama ada melalui telefon bimbit dan komputer riba. Rawatan, berikan mereka tugasan yang memang memerlukan mereka sehingga penat berfikir mengenai tugas itu. Tetapi itu sekadar rawatan biasa. Penagih akan kembali menagih Facebook semula selepas itu. Nota: Penulis dalam proses rawatan penagihan Facebook. Macam gagal sahaja. Perlu tukar tabib sen-sei lain. Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran ...

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah satu karya untuk semua

“Menjadikan cinta pasangan sebagai ibadah memenuhi kekosongan jiwa, mendorong kebaikan, membuka pintu kasih, mencurahkan rahmat tuhan dan tiket bertemu semula di syurga.” Anonymous Buku ini adalah sentuhan daripada suara hati lelaki dan wanita yang memberi formula cinta abadi dalam perhubungan. Satu demi satu jiwa disentuh bagi membuka resipi kejayaan membina cinta yang menjadikan mereka kekal dalam perhubungan sehingga ke hari ini. Kita mampu membina cinta sehebat Khadijah Mahu menjadi seperti Khadijah di hati Muhammad tidak sukar dan dapat dicapai oleh saudari. Ramuan kebahagiaan dalam dunia cinta dan perkahwinan yang diadun dengan betul mencipta keenakkan dalam hidangan kasih yang tersaji. Formula kasih inilah yang menjadi hubungan bersama pasangan pencetus kepada kasih daripada tuhan dan pembina cinta nabi kepada diri kita sebagai sebahagian umat. Bongkar magnet diri dalam diri wanita Dalam diri setiap perempuan ada sesuatu yang menjadi magnet menarik lelaki yang setia menjadi pasa...

Novel Geng Genius dalam Harian Metro

Geng Genius ditulis oleh Syarafuddin Sulaiman. Sesuai untuk saudara yang mempunyai adik di sekolah rendah dan awal menengah. Buku ini mendedahkan cerita Luqman yang bijak sains dan tahu bagaimana mahu menggunakan sains dalam penyelesaian seharian. Bagi saudara yang ingin menghadiahkan novel sains yang mempunyai komik dan diari di dalamnya, kepada adik, anak buah, anak saudara, anak sendiri yang sudah boleh membaca, dapatkan Geng Genius di seluruh kedai buku satu Malaysia, MPH Bookstores dan Popular. Siapa kata sains tidak boleh difahami dalam Bahasa Malaysia? Terima kasih kepada Isma Ismail yang mengetengahkan personaliti dan novel ini. Semoga Allah permudahkan urusan Tuan sama ada dalam kerjaya mahupun kehidupan. ------ Kelainan buku Syarafuddin Oleh ISMA ISMAIL isma@hmetro.com.my MELIHAT latar belakang pendidikannya, timbul tanda tanya bagaimana anak muda ini mampu menghasilkan beberapa buku untuk tatapan umum. Muhammad Syarafuddin Sulaiman, 25, mengaku dia tidak menerima latihan ata...

Resipi masakan cuba-cuba dari dapur penulis

Hasil resipi mudah dari dapur rumahku, makaroni sup cendawan. Bagaimana? Tidak banyak aktiviti baru pada hujung minggu ini. Selain daripada menghabiskan masa di rumah menyiapkan kerja-kerja tertangguh. Keperluan dapur pun belum dibeli lagi. Maka apa yang ada, itulah yang akan dimasak. Kata seorang teman, "Bersedialah ke hospital," tetapi sejak tadi tidak ada apa-apa berlaku. Saya senyum sendiri. Resipi cuba-cuba. Dalam hidup ini penuh dengan eksperimen. Ada yang menjadi dan ada yang tidak. Bagaimana dengan resipi makaroni sup cendawan ini. Adakah ia dalam kategori menjadi atau tidak? Pastinya, saya belum ke hospital kerana masakan cuba-cuba ini. Nota: Bengkel penulisan pada 6 Jun ini, para peserta akan cuba-cuba resipi penulisan mereka pula. Sesiapa berminat, klik di sini . Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan ikla...

Zamri Mohamad di U-Wartawan, Astro Awani

Prof Dr Saedah Siraj, profesor perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Universiti Malaya. Temubual telefon. Penulis buku motivasi (?) Tuan Nazri Kahar, U-wartawan Nota: U-wartawan merupakan rancangan terbaru di Astro Awani, saluran 501 Astro. mengutarakan pandangan generasi muda terhadap pelbagai isu semasa yang mendapat perhatian dalam dan luar negara ke arah revolusi minda kelas pertama. --- Paparan U-Wartawan, aspirasi ibu generasi Y dan Z dalam mendidik anak. Fokus Zamri Mohamad menyentuh kepada isu konflik antara ekonomi keluarga dan cabaran pendidikan keluarga. Peranan SOHO Small Office Home Office sebagai alternatif kepada ibu moden. Selamat menonton. SOHO adalah singkatan kepada Small Office, Home Office Ia adalah trend bekerja dari rumah tanpa mengira siapa sahaja. Terdapat dua jenis SOHO iaitu mereka yang bekerja dari rumah sepenuh masa dan bekerja secara sambilan. Perkembangan usahawan dan peniaga SOHO menjadikan ia satu pilihan gaya hidup untuk menambah pendapatan dan sebaga...

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah | Berita Harian

Screenshot ulasan buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah di Berita Harian Assalam alaikum wbt Puan Hasliza Hassan yang dihormati dan dirahmati Allah. Saya doakan Puan berada dalam keadaan sihat sejahtera, dipermudah segala urusan, diberikan kelapangan dan dikurniakan rezeki melimpah ruah daripada Allah. Puan yang saya hormati, Ucapan ribuan terima kasih atas kesudian memilih buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah untuk dipaparkan dalam ruangan Iqra, Agama Berita Harian hari ini, Rabu 20 Mei 2009. Sebagai penulis biasa dalam industri buku, ia menjadi penghargaan besar kepada saya apabila Puan sudi memberi ulasan kepada buku tersebut. Bersama-sama Tuan Imran Yusof, penulis yang turut menyumbang sebahagian besar maklumat untuk buku itu, bantuan Puan menguar-uarkan melalui ruangan di Berita Harian membantu kami menyebar luaskan mesej dalam buku ini kepada para pembaca, khususnya pembaca muda yang berhadapan dalam cabaran sosial dalam mempertahankan nilai hidup yang ideal. Sekali lagi...

Memperbaharui matlamat penulisan, jadikan karya penawar hati

“Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya.” (HR Thabrani) Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Pertanyaan bengkel penulisan dari Brunei

Screenshot chat box blog ini Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Susan Boyle dan pengurusan bakat

"Satu lagi video ujibakat lucu," kata sahabat saya apabila melihat video yang ditayangkan YouTube. Saya senyum, kerana saya sudah menonton sebelum ini, melihat wajahnya sahaja orang ramai menjangka suara itik akan keluar dari mulutnya. Beliau sendiri sudah menjangkakan pandangan sebegitu akan timbul dalam fikiran penonton. Katanya, " Modern society is too quick to judge people on their appearances. There is not much you can do about it; it is the way they think; it is the way they are. But maybe this could teach them a lesson, or set an example ." Reaksi Simon apabila mengetahui umur Susan 47 tahun (kiri) dan selepas mendengar suara Susan (kanan) Sebelum persembahan, penonton mengerutkan wajah apabila Susan berkata beliau mahu menjadi seperti penyanyi professional seperti Elaine Paige. Penonton ragu-ragu dan bersikap sinis apabila Susan berkata, "Saya mahu menjadi penghibur profesional." Kemudian peserta 47 tahun bernama Susan Boyle menunjukkan sesuatu ya...