Print bagi memudahkan pencarian calon buku ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 Inilah tsunami pesta buku. Dilaporkan penerbit-penerbit seluruh Malaysia menghantar calon-calon buku yang berkredibel sempena kempen bermula 4 April ini. Kempen pilihan buku selama 10 hari bakal menyaksikan pertembungan calon-calon buku lama dan baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Sejuta pemilih akan turun beramai-ramai bagi memilih kepimpinan ilmu yang baru. Kempen pilihan buku kali ini tidak lari daripada tradisi jentera penerbit menghantar peraih undi di hadapan pintu PWTC bagi meraih sokongan kepada calon-calon. Kulit-kulit buku dengan jelas memaparkan manifesto penulis-penulisnya. Menurut penganalisis pilihan buku tahun ini, manifesto yang menekankan perkataan kaya, senang,bahagia, sukses, hebat dituntut memenuhi janji-janji itu selepas terpilih. Manakala manisfesto dengan perkataan memahami, cinta, lelaki, magnet, lembut, mamak akan mendapat perhatian ramai dan berpe...