Langkau ke kandungan utama

Isu saman UUM dan Raja Petra


Petikan entri saudara Muhtar Suhaili di http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2008/03/27/isu-uum-saman-raja-petra-dan-suara-keadilan-rm7-juta/#comment-4960



Artikel Terbitan IslamHadhari.net


Artikel Kontroversi Terbitan IslamHadhari.net… Sila Klik Untuk Besarkan


As-Sarawaki, 27 Mac 2008: Astaghfirullah! Itu lafaz terbaik yang terzahir apabila saya mendengar berita yang menjadi tajuk utama Buletin Utama TV3 26 Mac 2008: ”Raja Petra Dan Suara Keadilan Diperintah Bayar RM7 Juta Kepada Dr Nordin Dan UUM”. Hari ini isu ini menjadi berita utama di hampir kesemua akhbar! Malah saya menerima banyak panggilan dan sms daripada rakan-rakan dan guru-guru saya untuk mendapatkan kepastian tentang isu ini. Wallahi, saya sama sekali tidak menyangka bahawa isu yang ‘hangat’ sekitar November-Disember 2006 ini dan melibatkan saya secara langsung akan menjadi isu ’sebesar’ ini. Sila baca berita lanjut di pautan berikut:



1. Raja Petra dan Suara Keadilan diperintah bayar RM7 juta kepada Dr Nordin dan UUM (Bernama)


2. Saman fitnah: Penulis blog Raja Petra dan tiga defendan diperintah bayar RM7 juta kepada Naib Canselor UUM (Utusan)


3. Raja Petra ordered to pay RM2 million libel damages to UUM VC (NST)


4. Raja Petra diperintah bayar ganti rugi RM4 juta kepada UUM, Naib Canselor (Berita Harian)



5. Others, not you, decide what you are (Malaysia-Today)
6. PKR, Raja Petra kena bayar RM7 juta (Malaysiakini)
7. UUM and vice-chancellor win RMtm in slander case (The Star)

8. Raja Petra Dan Suara Keadilan Diperintah Bayar RM7 Juta Kepada Dr Nordin Dan UUM (TranungKite)


9. “Hello… sejak bila dia seorang intelek?” (Blog Penarik Beca)


10. Raja Petra dan Suara Keadilan diperintah bayar RM7 juta (KLpos.com)


11. Dato Dr. Nordin Kardi vs Muhtar bin Hj. Suhaili (Blog Halwa Romantis)


12. Budaya mencuri hak ala Italian Job (Blog Motivasi Mindamu)


13. PRO desak Muhtar Suhaili mohon maaf kepada semua warga UUM (UUM)


14. Dr. Nordin Kardi tidak ciplak artikel (Idealis-Mahasiswa)


15. VC ‘cleared’ of plagiarism charge (Malaysiakini)


16. 回教网站为技术错误道歉 北大校长洗脱“文抄公”嫌疑 (Malaysiakini)


17. Kenyataan Jabatan Perhubungan Awam Mengenai Artikel Bertajuk ‘Dato’ Dr Nordin Ciplak Karya Saya?: Mohon Penjelasan’.



Memandangkan isu ini sudah menjadi isu nasional dan nama saya dinyatakan di dalam berita berkenaan, maka saya rasa wajar untuk saya memberikan penjelasan tentang perkara ini. Secara ringkasnya, berikut dikongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian dan kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil tahu kronologi isu ini (sepanjang pengetahuan saya):


1. Laman IslamHadhari.net menerbitkan Kertas Kerja bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran” bertarikh 07/05/2006 dan menyatakannya oleh Dato Dr. Nordin Kardi bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting,


2. Saya dimaklumkan kewujudan kertas kerja ini dan setelah membacanya saya mendapati ianya adalah artikel tulisan saya yang tajuk asalnya “Mahasiswa dan Tanggungjawab Mengurus Kejayaan” serta telah diterbitkan di dalam ruangan Bicara Siswa, Majalah i (majalah terbitan Karangkraf Sdn. Bhd.) Edisi April 2004,


3. Saya telah beberapa kali memohon penjelasan daripada pihak IslamHadhari.net melalui ruangan ‘Leave a Reply’ pada akhir artikel tersebut tetapi tidak mendapat sebarang maklumbalas dari IslamHadhari.net,


4. Saya menulis entri bertajuk “Dato’ Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya?: Mohon Penjelasan” bertarikh 3 November 2006 dengan meletakkan tanda tanya (?) sesuai dengan tujuannya untuk memohon penjelasan,


5. Beberapa laman web termasuk Malaysia-Today.net menyiarkan artikel ini dan seterusnya diterbitkan oleh akhbar Suara Keadilan (untuk rekod, saya tidak pernah menghantar kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan artikel ini),


6. Kertas kerja ‘ciplak’ di laman web IslamHadhari.net telah ditarik balik pada petang 9 November 2006,


7. Dato’ (kini Tan Sri) Dr. Nordin Kardi memaklumkan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan isu artikel atau kertas kerja ciplak tersebut. Dato’ Dr. Nordin Kardi menjelaskan di dalam Chatter Box laman blog saya yang terdahulu http://muhtarsuhaili.tripod.com: “saya baru dapat tahu isu ini. Tak ada kena mengena dengan saya. Muhtar kenal saya, adakah munasabah saya sedemikian teruk tak boleh menulis lalu menciplak karya Mukhtar? Nordin Kardi.”,


8. Saya telah menghubungi Dato’ (kini Tan Sri) Dr. Nordin Kardi melalui telefon dan kami telah berbual secara mesra dan bersetuju menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik. Saya seterusnya menulis satu entri baru bertajuk “Penjelasan Terkini “Isu Artikel Ciplak”.. Alhamdulillah” bertarikh 18 Disember 2006 untuk menjelaskan kedudukan sebenar isu ini,


9. Pegawai Perhubungan Awam UUM juga menghubungi saya (melalui sms dan panggilan telefon) untuk meminta saya memohon maaf atau diambil tindakan saman di mahkamah,


10. Pada hari yang sama, saya telah menulis surat “Permohonan Maaf Atas Isu “Artikel Ciplak”" kepada Dato’ (kini Tan Sri) Dr. Nordin Kardi selaku Naib Canselor UUM dan terus mengirimnya dengan pos laju selain turut menghantarnya melalui emel kepada beliau dan dicc kepada PRO UUM (sila lihat salinan surat tersebut di bahagian bawah),


11. Pada tarikh yang sama, 18 Disember 2006, Jabatan Perhubungan Awam, Universiti Utara Malaysia mengeluarkan satu kenyataan: “PRO desak Muhtar Suhaili mohon maaf kepada semua warga UUM” di dalam UUM Portal. Di dalam kenyataan tersebut, turut disiarkan emel Dr Nordin yang dihantar kepada PRO UUM. Berikut adalah isi kandungan emel tersebut:


“Thanks for the good discussion. UUM’s PRO has rectified the situation and I’m most grateful to what they’ve done. I’m not too disturbed by some of the bad words used against me although that may create doubt about my personal integrity. My real worry is that, due to this confusion, UUM’s good name is going to be tarnished. It is very difficult to build an institution’s good reputation but it takes only a matter of seconds to destroy it. I fully believe that the problem sparked out of minor human error. I assure you that there’ll be Insya-Allah no reaction of vengeance from me as I was taught by many great men like Prophet Muhammad saw, Gandhi, Buddha et.al that the better person out of two conflicting parties is the one who is forgiving. I aspire to live up to this teaching while I must also admit that I’ve a lot of weaknesses as an ordinary human being. Muhtar used to be my friend and I sincerely hope that it will continue to be that way. He has all the good qualities to be a good leader in the future. Thanks again. Nordin Kardi.

12. Pada tarikh yang sama juga iaitu 18 Disember 2006, laman web IslamHadhari.net (http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/isu.php) telah membuat “Penjelasan Isu Muhtar B. Hj. Suhaili” dan sekaligus menyatakan: “Memandangkan isu ini telah menjadi isu yang sensasi dan kontrovesi maka pihak islamhadhari.net memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Dr. Nordin Kardi dan Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili.“,

13. Melalui sebuah buletin iaitu Transisi Universiti Utara Malaysia Bil 10 http://www.pkpg.uum.edu.my/portalbm/transition/Transisi_Bil_10.pdf bertarikh 20 Disember 2007, turut termuat artikel bertajuk “UUM Menangi Kes Saman Malaysia-Today, Suara Keadilan”,


14. Tajuk utama Buletin Utama TV3 26 Mac 2008: ”Raja Petra Dan Suara Keadilan Diperintah Bayar RM7 Juta Kepada Dr Nordin Dan UUM”. Akhbar-akhbar harian utama juga memuatkan berita ini pada 27 Mac 2008.


—————————————————————————————————————————–


DATO’ DR. NORDIN KARDI CIPLAK KARYA SAYA?: MOHON PENJELASAN…


Oleh: Muhtar bin Hj. Suhaili (http://muhtarsuhaili.tripod.com/)


(Mantan Presiden MPP UIAM 2003/2004)



Isu Karya Ciplak


As-Sarawaki, 3 November 2006: Saya terkejut dan terkilan apabila mendapati artikel saya bertajuk “Mahasiswa dan Tanggungjawab Menguruskan Kejayaan“ yang telah alhamdulillah dihasilkan pada Mac 2004 dan telah diterbitkan di dalam ruangan Bicara Siswa, Majalah i (majalah terbitan Karangkraf Sdn. Bhd.) Edisi April 2004 telah diciplak tanpa pengetahuan dan kebenaran saya oleh atau atas nama Dato’ Dr. Nordin Kardi.


Saya pada mulanya tidak percaya sehinggalah saya sendiri melayari laman web yang menyiarkan artikel ciplak tersebut iaitu islamhadhari.net. Atas rasa kekesalan, saya berasa terpanggil untuk meminta penjelasan atas Kertas Kerja bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran“ bertarikh 07/05/2006 dan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting.


Artikel ciplak yang kononnya oleh Dato’ Dr. Nordin Kardi dengan terang-terangan mengambil hampir keseluruhan isi artikel asal saya sebagaimana yang disebutkan di atas. Tarikh artikel ciplak ini iaitu 07/05/2006 adalah 2 tahun selepas artikel asal saya diterbitkan iaitu pada April 2004.


Artikel asal boleh didapati di (nota: laman ini adalah weblog pertama saya) http://muhtarsuhaili.tripod.com/pengurusankejayaan/ manakala artikel dimaksudkan yang saya dapati telah diciplak ini boleh disurf melalui link berikut http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21


[Nota: Kertas kerja ciplak di laman web IslamHadhari.net telah ditarik balik pada petang 9 November 2006 setelah beberapa kali dihubungi untuk meminta penjelasan. Apapun, saya amat berharap pengendali IslamHadhari.net dapat menghubungi saya di alamat email al_akhyar81@yahoo.com untuk memberi penjelasan atas tersiarnya artikel ciplak tersebut di laman web berkenaan selama 6 bulan tanpa pengetahuan dan kebenaran.]


Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, saya merasakan bahawa ianya adalah tidak sihat serta bertentangan sekaligus melanggar hak cipta dan hak harta intelek malah tidak ilmiah dan tidak selari dengan semangat Islam Hadhari sama sekali. Justeru, saya berharap dan memohon penjelasan dari pihak yang berkenaan tentang perkara ini. Ayuh hidupkan budaya ilmu yang cemerlang, gemilang dan terbilang!


Wallahu a’la wa a’lam.


Artikel Asal yang telah diterbitkan di dalam ruangan Bicara Siswa, Malajah i Edisi April 2004 terbitan Karangkraf Sdn. Bhd.:


Artikel Ori i1


Artikel Ori i2



Artikel Ori i3



Artikel Asal bertarikh Mac 2004 boleh didapati di laman web saya melalui link berikut http://muhtarsuhaili.tripod.com/pengurusankejayaan/:

Artikel Ori


Artikel Ciplak yang dikatakan Kertas Kerja oleh Dato’ Dr. Nordin Kardi bertarikh 07/05/2006 yang dinyatakan dibentangkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting dan disiarkan di dalam laman web islamhadhari.net melalui link berikut http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21 [telah ditarik balik pada 9 November 2006 setelah beberapa kali dihubungi untuk meminta penjelasan]. Apapun, untuk rekod/ bukti bahawa artikel tersebut telah disiarkan di laman web IslamHadhari.net boleh dilihat dengan klik pada pautan berikut:


Artikel Terbitan IslamHadhari.net



“Wahai pejuang, istiqomahlah berbuat kebaikan walau dibenci seluruh manusia dan bermati-matianlah berkhidmat untuk agama tapi jangan sekali-kali mengaku wira.” Wallahu a’lam.



PENJELASAN TERKINI “ISU ARTIKEL CIPLAK”.. ALHAMDULILLAH.

Penjelasan Isu Artikel Ciplak


As-Sarawaki, 18 Disember 2006: Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, akhirnya maklumbalas dan duduk sebenar berkenaan isu artikel ciplak ini telah diperjelaskan. Dato’ Dr. Nordin Kardin memaklumkan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan isu artikel atau kertas kerja ciplak tersebut.



Maknanya kini, jelas bahawa pihak laman IslamHadhari.net bertanggungjawab sepenuhnya di atas penerbitan dan penyiaran entri yang tidak professional serta melanggar hakcipta dan hak harta intelek.

Saya masih terus berharap agar pihak IslamHadhari.net dapat menghubungi saya dan memberi penjelasan yang sewajarnya. Berikut adalah suntingan dari Chatter Box laman http://muhtarsuhaili.tripod.com yang mudah-mudahan memberi penjelasan yang sebaiknya dan sekaligus membersihkan nama Dato’ Dr. Nordin Kardi:

Dato’ Dr. Nordin Kardi : saya baru dapat tahu isu ini. Tak ada kena mengena dengan saya. Muhtar kenal saya, adakah munasabah saya sedemikian teruk tak boleh menulis lalu menciplak karya Mukhtar? Nordin Kardi.

Muhtar : Salam Datuk Dr. Nordin Kardi.. Apa khabar Datuk yang saya hormati? Didoakan sihat sejahtera dan berada dalam hidayah dan iman yang baik serta terus diberi kekuatan ber’amal liridhallah.

Muhtar : Alhamdulillah, saya syukur setelah Datuk sendiri mengatakan Datuk tidak ada kena mengena dengan isu ini dan itulah yang saya harapkan. Saya pernah cuba menghubungi Datuk untuk mendapatkan maklumbalas tetapi gagal. Alhamdulillah, terima kasih sudi memaklumkn melalui laman ini..

Muhtar : Sepertimana yang telah saya maklumkan di dalam laman KampusNegara, saya telah memohon penjelasan dari laman IslamHadhari.net lebih dari lima kali tetapi sehingga ke saat ini tiada sebarang penjelasan diberikan.

Muhtar : Once again, thank you very much Datuk and apology is offered for any inconvenience caused. Saya boleh dihubungi di al_akhyar81 @ yahoo.com. Semoga segalanya khair dunia dan Akhirat. Jazakallahu khairan kathira. Shukran ‘alaik.

Wallahu a’la wa a’lam bissawab.

SURAT PERMOHONAN MAAF KEPADA UUM


Apology Letter UUM


PENJELASAN ISU MUHTAR B. HJ. SUHAILI


(PERMOHONAN MAAF ISLAMHADHARI.NET)


http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/isu.php



Permohonan Maaf IslamHadhari.net


Pihak islamhadhari.net ingin memaklumkan kepada Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili, Bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM sesi 2003/2004, bahawa sebaik sahaja kami menerima email daripada pihak beliau, pihak islamhadhari.net telah memohon maaf kepada beliau akibat dari kesilapan teknikal yang tidak disengajakan dilakukan oleh pihak islamhadhari.net berkaitan kertas kerja seminar yang dipaparkan bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran.”. Malahan, pihak islamhadhari.net telah mengeluarkan kertas kerja seminar tersebut daripada laman web islamhadhari.net.


(Pembetulan Fakta: Saya tidak pernah menerima permohonan maaf dari IslamHadhari.net sebelum penjelasan ini dibuat sama ada melalui email, surat, sms atau telefon. Islamhadhari.net juga hanya mengeluarkan kertas kerja seminar tersebut daripada laman web IslamHadhari.net pada 9 November 2006 setelah beberapa kali dihubungi untuk meminta penjelasan).

Perkara ini seharusnya, tidak perlu diperbesarkan atau dipermainkan lagi di peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan publisiti dengan menjatuhkan maruah tokoh akademik yang disegani, dikagumi serta telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara, seperti Y Bahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi. Memandangkan isu ini telah menjadi isu yang sensasi dan kontrovesi maka pihak islamhadhari.net memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Dr. Nordin Kardi dan Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili.

Sehubungan dengan isu ini, dan bermula pada hari ini, kami menyeru semua pembentang-pembentang kertas kerja dalam mana-mana pembentangan seminar samaada dalam negara mahupun luar negara di harus untuk menghantar surat persetujuan untuk memaparkan bahan bercetak untuk mengelakkan sebarang kontrovesi berlaku pada masa mendatang. Malahan kami juga memohon semua rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menghantar artikel ke laman web kami dan menegur sekirannya didapati ada unsur – unsur tidak sesuai untuk tatapan umum.

Sekiranya, semua rakyat Malaysia yang beragama Islam memainkan peranan ini insya-Allah maklumat akan dapat dikongsi bersama agar mendatangkan kebaikkan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Niat kami adalah untuk memastikan semua umat Islam mendapat manfaat daripada semua artikel di dalam laman web ini.

Tetapi, pihak kami amat kecewa sekiranya niat murni kami ini dijadikan agenda untuk menjatuhkan sesama insan yang beragama Islam

UUM MENANGI KES SAMAN MALAYSIA-TODAY, SUARA KEADILAN

http://www.pkpg.uum.edu.my/portalbm/transition/Transisi_Bil_10.pdf



Mahkamah Tinggi Alor Star semalam menjatuhkan penghakiman engkar dan injunksi kepada Ketua Pengarang dan Editor portal internet, Malaysia-Today dan akhbar rasmi lidah pembangkang, Suara Keadilan kerana keengganan mereka memfailkan pembelaan dalam isu memfitnah UUM.


Timbalan Pendaftarnya, Zainol Saat juga menetapkan 14 November depan untuk membuat taksiran ganti rugi am, ganti rugi khas dan ganti rugi teladan yang berhak diterima oleh plaintif iaitu UUM kerana difitnah.

UUM yang diwakili firma guaman, Azam Aziz & Co memenangi kes ini yang berkaitan dengan siaran satu berita yang menyatakan Naib Canselor UUM menciplak tulisan Muhtar Suhaili.

UUM tidak mengambil tindakan terhadap Muhtar Suhaili kerana rasa kemanusiaan UUM apabila Muhtar memohon maaf kepada seluruh warga UUM dan kepada Naib Canselor serta membetulkan semula tulisan dalam laman webnya.

Muhtar mengakui kesilapannya dalam meletakkan tajuk Tan Sri Dr. Nordin Kardi menciplak tulisan beliau dalam satu laman web.

Bagaimanapun, tulisan Muhtar Suhaili dalam laman webnya itu telah turut disiarkan dalam portal Malaysia-Today dan turut disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan.

Azam Aziz berkata, prosiding mahkamah diteruskan terhadap defenden kedua iaitu Parti Keadilan Rakyat selaku penerbit akhbar Suara Keadilan.

Peguam kepada PKR, Sivarasa Rasiah dari Tetuan Daim & Gamany sudah memfailkan pembelaan terhadap tuntutan UUM ini.

ALLAH BERFIRMAN DENGAN MAHA BENAR

Atas segalanya, salah satu ’ibrah paling bermakna dari isu ini ialah untuk sama-sama kita menghayati dan memahami satu ayat Al-Qur’an di dalam Surah Al-Hujurat ayat 6 yang hendaknya menyentuh hati serta menggegar jiwarasa kita semua. Allah SWT berfirman:

(Yang berbunyi): “Ya ayyuhalladzina aamanu in jaa’akum faa siqun binaba’in fatabayyanuu an tushibu qauman bijahaalatin fatush bihuu ala maa fa’altum naa dimiin.” (Yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasiq (satu kaum) membawa berita, maka hendaklah kamu selidiki (periksa dengan teliti kebenarannya), jangan sampai kamu membalas kepada suatu kaum dengan kebodohan, maka kamu kelak akan merasa menyesal.

“Ya Allah, andainya hari ini hari kepulanganku, maka jadikanlah semua aktivitiku sebagai kebaikan di sisimu”. Amiin Ya Rabb!


Wallahu a’la wa a’lam.

http://www.muhtarsuhaili.com/



Komentar saya

Saya sebenarnya musykil. Adakah Raja Petra gagal menghadirkan diri ke mahkamah sehingga disahkan gagal membela diri (mengikut laporan TV3) atau beliau hadir ke mahkamah dan disabitkan bersalah kerana memfitnah?

Selepas saya membaca Malaysia Today, barulah saya faham.

Saya teringat satu perkara, mengapa Islam Hadhari.net tidak memberitahu bagaimana nama Dato Nordin Kardi termuncul dalam kertas kerja itu sehingga menjejaskan nama baiknya.

Saya mohon Dato’ Nordin Kardi membantu membersihkan nama saudara Muhtar dengan mengambil tindakan keadilan yang sama terhadap Islam Hadhari bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Ini selaras dengan inspirasi kami dan Dato mengekalkan intergriti dan ketelusan dalam menegakkan keadilan.

Islam Hadhari terdahulu sudah diganti dengan tim baru sebelum pilihanraya, cuma tim terbaru belum beroperasi sepenuhnya.

Dari satu sudut maklumbalas UUM di http://www1.uum.edu.my/nportal/penuh.html?page=main_penuh.html&idhebahan=10040 benar-benar mengecewakan saya.

Saya mengharapkan PRO UUM juga boleh membantu kami merungkai isu ini dengan mengetengahkan hasil perbincangan mereka dengan Jabatan Perdana Menteri berkenaan isu artikel ciplak.

Sehingga kini saya menanti laporan rasmi PRO UUM di laman webnya.

Tetapi mengambil semula pesan Dato Nordin Kardi kepada kita semua, “I assure you that there’ll be Insya-Allah no reaction of vengeance from me as I was taught by many great men like Prophet Muhammad saw, Gandhi, Buddha et.al that the better person out of two conflicting parties is the one who is forgiving. I aspire to live up to this teaching while I must also admit that I’ve a lot of weaknesses as an ordinary human being”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...