Langkau ke kandungan utama

Budaya mencuri hak ala Italian Job

Meskipun saya menulis secara bebas dengan akhbar Utusan Malaysia sejak akhir tahun 2001, saya kira dalam isu yang perlu diketengahkan maka ia perlu diberitahu.

Baru-baru ini, seorang penulis selebriti mendapati ada unsur pencabulan hakcipta apabila cerita beliau dikutip dan disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.

Jika sesiapa mengikuti blog ini saya telah mengetengahkan beberapa isu mencuri dan merampas hakcipta sama ada di luar sedar atau dalam ruang sedar pihak penerbit.

Pertama

Isu penciplakan beberapa perenggan artikel saudara Muhtar Suhaili sehingga menjejaskan nama Dato Nordin Kardi. Perkara ini berakhir dengan saudara Muhtar Suhaili pula perlu meminta maaf kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan ia disiarkan oleh pihak perhubungan awam UUM.

Sehingga kini, isu ini hilang tiba-tiba apabila laman web Islam Hadhari (islamhadhari.net) tidak mendedahkan bagaimana isu ini berlaku sehinggakan menjejaskan nama baik Dato' Nordin Kardi kerana nama beliau tertera pada kertas kerja tersebut. Pencuri itu terlepas.

Kedua.

Kes Ahmad Fadzli Yusof, penulis bestseller 55 Petua Orang Berjaya apabila siri artikelnya setiap minggu yang dihantar ke sebuah majalah dijadikan buku yang comel. Menurut sumber, majalah ini menjana jualan sebanyak 200,000 naskhah seminggu. Ia dilakukan tanpa pengetahuan saudara Fadzli dan tidak ada sesen pun diterima oleh beliau melainkan honorarium daripada artikel tersebut.

Ketiga.

Kes Dr Tengku Ismadi. Beliau dimaklumkan bahawa artikel-artikel yang disiarkan dalam sebuah majalah pelajar hendak dijadikan kompilasi dalam sebuah buku. Memetik kata-kata Tengku Ismadi dalam laman web Universiti PTS,

"Katanya, buku itu akan diterbitkan oleh sebuah anak syarikatnya iaitu BP. Dia meminta persetujuan dari saya. Tetapi katanya, saya tidak akan menerima sebarang royalti daripada jualan buku ini kerana setiap artikel telah dibayar oleh itu hakcipta kini adalah milik mereka."

Rujuk

Keempat.

Isu pengambilan bahan web oleh seorang wartawan akhbar politik Islam keluaran dua minggu sekali. Gaya penulisan wartawan mendakwa seolah-olah menemuramah mengenai satu isu global. Realitinya, bahan tersebut diciplak dari sebuah laman web. Meskipun nama penulis disebut dalam wawancara itu, ia menghampiri kepada sikap tidak beretika wartawan akhbar politik islami itu.

Kelima.

Isu pengambilan secara besar-besaran penulisan rencana saudara Jonos yang dihasilkan semula dalam akhbar Utusan Malaysia oleh individu bernama Mohd. Khuzairi Ismail. Isu ini telah dibawa kepada pengetahuan peguam.

Rujuk:
http://universitipts.com/index.php/site/comments/pencuri_hakcipta/

Keenam.

Ustaz Hasrizal melalui entrinya http://saifulislam.com/?p=1197 membangkitkan isu ceritanya dicetak rompak oleh pengirim surat kepada Puan Normala Hamzah atau Kak Nor sehingga disiarkan dalam ruangan kelolaan beliau.
Keadaan ini secara langsung menjejaskan imej pengendali ruangan iaitu Kak Nor sendiri akibat daripada tindakan pengirim e-mel cerita itu kepada beliau yang kemudian disiarkan. Respon berkenaan isu ini saya jawab dalam entri berlainan di atas.
Artikel Utusan Malaysia daripada pensyarah M boleh dirujuk di sini:
Artikel dari sumber asal yang ditulis oleh ustaz Hasrizal boleh dirujuk di sini:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...