Langkau ke kandungan utama

Buka ruang demokrasi bersuara dalam parti

Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan.

Apakah sokongan terhadap parti dan pemimpin melarang ahlinya berbeza pendapat?

Jika ya, parti berhadapan barah yang serius dan sudah tiba masa corak berfikir ahli parti direformasi.

Hari ini, ada kecenderungan mewujudkan parti dengan konsep demokrasi terpilih. Demokrasi bersuara dalam parti dilihat berfungsi apabila semua bersetuju pada satu-satu isu.

Perbezaan pandangan dalam parti pula dilihat sebagai unsur negatif yang perlu dineutralkan. Jika adanya ahli parti berbeza pendapat berbanding majoriti, maka gelaran tidak setia parti, tidak menghormati pemimpin, memecahkan parti diberikan.

Kekangan bersuara baik dari akar umbi mahupun kepada pucuk pimpinan menjadi barah kepada parti sendiri. Demokrasi terpilih seperti ini secara perlahan merosakkan variasi pandangan yang sebenarnya dapat memberi sudut pandang baru kepada situasi yang dihadapi.

Demokrasi bersuara yang terkongkong menjadikan kredibiliti parti dipersoalkan. Apakah jenis pemimpin-pemimpin rakyat sedang dihasilkan oleh parti jika berbeza satu isu sekalipun sudah dicop sebagai tidak setia kepada perjuangan parti.

Satu contoh lama yang masih relevan sehingga ke hari ini ia kutipan daripada ucapan Khalifah Umar al Khattab apabila diletakkan pada tampuk pemerintahan. Kesediaan Umar ditegur sekiranya polisi pentadbiran beliau menyimpang daripada asas Quran dan Sunnah disambut oleh seorang pemuda.

Respon pemuda itu bukan sekadar kata-kata, pedang ditunjuk sebagai simbol ketegasan terhadap kata-kata yang disampaikan. Demokrasi bersuara jelas dipamerkan oleh Umar. Demokrasi yang menerima perbezaan meskipun pemuda itu jika dilihat dari kacamata hari ini seolah-olah tidak beradab di hadapan pemimpin.

Sikap seperti pemuda itu tidak menjadikan beliau musuh kepada rakyat dan pengkritik yang nyata terhadap Umar.

Apakah nasib yang sama oleh pemuda itu jika beliau berada pada zaman ini?

Boleh jadi pemuda ini akan dilihat sebagai tidak menghormati pucuk pemimpin dan kumpulan penyokong melihat beliau sebagai tidak setia dan memecah belahkan kumpulan.

Variasi pandangan adalah penting bagi mengembangkan potensi parti. Pengikut sesebuah parti perlu tahu belajar membezakan istilah menentang dan berbeza pendapat. Salah tafsir terhadap kedua-dua istilah menjadikan parti berada dalam keadaan keliru kerana berdiri pada prinsip yang kabur.

Perbezaan pendapat yang dilabel sebagai menentang akan mencipta ketakutan kepada pengikut. Ketakutan ini sekali lagi memberi tanda tanya tingkat ketelusan dan keterbukaan dalam dasar parti sama ada wujud ruang berbeza pendapat sebagai usaha pembaikan atau sebaliknya.

Perubahan hari ini menjadikan parti yang masih mendukung kepada kepercayaan demokrasi terpilih belajar menjadikan perbezaan pandangan sebagai elemen perpaduan dalaman.

ZAMRI MOHAMAD
Penulis Bebas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...