Langkau ke kandungan utama

Bukan pembeli atau bakal pembeli?

Saya cuba memiliki e-book tempatan tetapi saya amat berhati-hati dengan apa yang dibeli. Maka sample atau bab contoh sangat penting bagi saya memahami apa isi buku tersebut dan melihat kualiti buku tersebut.

Apa yang saya ingin lihat dalam e-book?

Sejak menjadi penulis, saya mungkin menjadi lebih cerewet. Dua perkara saya ingin lihat dalam bab contoh ialah penggunaan bahasa Melayu yang standard dan isi yang ada selitan kajian, pandangan dan contoh.

Maaf, bahasa pasar dalam e-book dengan perkataan-perkataan cakap harian (perkataan seperti ye ke, betul ke, tak kot, entah apa-apa....) yang menjadi teras bahasa penulisan saya tidak akan beli.

Baru-baru ini saya cuba membeli sebuah e-book cinta. Tetapi saya tidak dapat membuat keputusan selagi mana saya tidak membaca contoh babnya.

Saya dikata sebagai bukan pelanggan

Dari emel selaku bakal pelanggan, saya menerima maklum balas.

"Untuk makluman anda, kami tidak boleh mendedahkan isi ebook kepada bukan pembeli untuk menjaga etika perniagaan."

Saya diam dan tertanya-tanya. School of marketing mana yang dijadikan sebagai panduan pemasaran. Saya terkejut kerana ia disebut sebagai 'etika' pemasaran.

Saya benar-benar terasa dengan e-mel ini kerana menggelarkan saya 'bukan pembeli'.

Bukankah saya dalam kelompok bakal pembeli. Peniaga harus menukarkan kepercayaan saya dari bakal pembeli kepada pembeli dan pemukul canang karyanya. Mengapa beliau gunakan istilah bukan pembeli.

Oh, mengapa saya benar-benar terasa dengan istilah ini. Seolah-olah saya mesin pula apabila digunakan ayat ini.

Konsep ini benar-benar saya tidak pernah ketahui.

Penulis dalam pasaran terbuka

Maafkan saya jika saya katakan begini. Kerana saya penulis yang percaya kepada amalan perniagaan melalui konsep terbuka. Dalam perniagaan, pelanggan berhak tahu apa yang bakal dimiliki sebelum membeli.

E-book Mas Kahwin, memenuhi tuntutan sunnah ini. Setidak-tidaknya satu bab contoh yang terbaik. Amalan Mas Kahwin saya aplikasi di sini meskipun saya bukanlah penulis e-book.

http://motivasimindamu.blogspot.com/2007/09/tip-karier-wanita-moden.html
http://motivasimindamu.blogspot.com/2007/05/bisnes-mamak-habib-jewel.html
http://motivasimindamu.blogspot.com/2007/09/hai-tingkah-lelaki-mencari-dan-menjaga.html


Mengapa saya lakukan ini?

Kerana saya percaya saudara dan saudari sebagai pembaca saya. Itu yang saya tanam dalam hati. Pengunjung blog dan pembaca buku karya saya adalah orang yang dekat di hati saya.

Terkena sana-sini

Sebagai pelanggan saya juga terkena dengan beberapa kedai mamak yang menjual buku dengan membalutnya. Ia menyukarkan saya sebagai pencinta buku merasai nilai, rasa dan sentuhan penulis yang menghasilkan karya. Isu ini menjadi isu dalam radar para penulis di Malaysia dan luar negara.

Tetapi satu perkara yang boleh dilakukan ialah perlu ada naskah contoh yang tidak dibalut. Kinokuniya mengamalkan cara ini. Dalam lima buah buku yang dipamerkan, satu akan berada dalam keadaan terbuka. Selebihnya dibalut.

Sejarah wordpress dan penulis bersama.

Kegilaan saya baru-baru ini ialah membuat laman web khusus bagi buku-buku yang akan terbit 2008. Saya percaya adanya pembaca dalam dunia internet dan dunia buku cetak. Masing-masing mempunyai kepentingan yang sama kepada penulis.

Bersama-sama penulis bersama lain, kami menghasilkan laman weblog buku-buku seperti:

http://bisnesmamak.wordpress.com/
http://pengaruhbos.wordpress.com/
http://urusmasa.wordpres.com/

Memilih buku yang terbaik

Bak kata seorang penerbit buku bestseller, buku-buku yang membumi ilmunya akan dibelek dan dibaca serta dibeli kerana sudah melekat dalam hati. Sebabnya, ia dibeli kerana ada tarikan personal dalam hati pembaca kepada penulisnya.

Melalui kenyataan yang disampaikan ini, barulah saya faham mengapa ada buku yang berharga RM60.00- RM100.00 di perpustakaan mini saya. Buku-buku ini berjaya mengikat minda dan poket untuk membawanya pulang.

Borders, sebuah gedung buku luar negara yang beroperasi di Berjaya Times Square mempunyai pendekatan lebih drastik dalam mempromosikan buku.

Semua tidak dibalut dan boleh dibaca percuma.

Alasannya, jika buku itu bagus pasti ada yang membawanya pulang. Jika buku itu bagus, pembacanya akan kembali kali kedua untuk membawanya balik ke rumah.

Saya gelar sebagai buku berhantu.

Kegilaan negara luar

Negara-negara bukan Islam seperti Jepun dan Amerika juga mengamalkan pendekatan sunnah ini, tetapi jauh lebih gila lagi

Sebagai contoh

http://motivasimindamu.blogspot.com/2006/12/oi-ni-ochitara-boku-no-seikou-no.html

Buku international bestseller seperti Speed of Trust menggunakan trailer buku sebagai cara mempromosikan karya. Karya yang terjual di seluruh dunia ini oleh Stephen M.R Covey ini memilih satu-dua bab dalam buku dan diterjemahkan dalam bentuk video.

http://motivasimindamu.blogspot.com/2007/09/saya-percayakan-saudara.html

Dari trailer video ini mengesahkan kepercayaan saya bahawa.

Pertama: Kajian mendapati perniagaan berasaskan kepercayaan meningkat tiga kali lebih cepat berbanding perniagaan tidak berasaskan kepercayaan. Dalam dunia buku, sample sangat penting bagi ditunjukkan kepada pembaca sebelum membuat keputusan membeli.

Kedua: Kepercayaan meningkatkan rasa suka pelanggan kepada penjual. Ia adalah sikap yang murah tetapi pulangan yang mahal. Orang membeli buku bukan sekadar buku semata-mata, tetapi kerana rasa seronok dirinya dipercayai.

Ketiga: Amalan organisasi antarabangsa mengesahkan amalan ini bukan andaian. Pemilik E-Bay berkata, "Amat menakjubkan 730 juta pengguna di E-Bay percaya kepada seorang yang tidak dikenalinya dalam urusan jual beli."

Budaya organisasi antarabangsa mesra pelanggan

Amazon.com dan Google Books adalah dua contoh entiti perniagaan antarabangsa yang menarik perhatian saya sehingga kini.

Bak kata Pak Samad Said ketika menemui beliau dahulu dua tahun lalu, "Saya membeli buku dengan melihat katalog buku secara online. Kemudian saya akan ke kedai buku mencarinya."

Dalam Amazon dan Google Books meletakkan tiga benda penting sebagai mencipta kredibiliti penulis dan menjual buku. Pendekatan Look Inside menjadikan pembaca bertambah keinginan bagi memilikinya.

Pertama: Senarai Isi Kandungan
Kedua: Satu atau dua bab contoh
Ketiga: Latar belakang penulis secara jelas dan bukan anonymous.

Saya ucapkan semoga maju jaya kepada sesiapa sahaja dalam dunia e-business dan e-book ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...