Langkau ke kandungan utama

Tip Karier Wanita Moden

Akan datang

Penemuduga cuba mendapat maklum balas melalui gerakan tubuh calon. Apabila soalan diajukan, jawapan lisan dan gerakan tubuh calon akan saling berinteraksi secara selari. Jika adanya pembohongan, kerisauan dan ketidak pastian, bahasa badan dan jawapan lisan akan saling tidak sepadan.

Selepas setengah jam menunggu, nama saudari dipanggil oleh petugas di hadapan bilik temuduga. Mungkin juga yang memanggil itu penemuduga sendiri. Bergantung kepada jenis kejutan yang bakal calon hadapi sebelum temuduga sebenar bermula. Sesi temuduga saudari bermula sekarang. Ini adalah pendekatan umum bagi temuduga yang biasa diamalkan oleh organisasi.

Muat turun bab percuma buku Tip Karier untuk Wanita Moden (klik)

Oleh ZAMRI MOHAMAD & ABDULLAH HASSAN

Latarbelakang Penulis bersama

ZAMRI MOHAMAD


Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama. Beliau muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademia, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa. Kini beliau menjawat jawatan Pembantu Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Lagi

ABDULLAH HASSAN

Abdullah Hassan adalah bekas pelajar Kolej Islam Kelang. Beliau meneruskan pengajian di Amerika Syarikat dan mendapat ijazah dalam Kejuruteraaan Kimia pada tahun 1988. Abdullah memulakan kareernya di sana sebelum pulang keMalaysia pada tahun seterusnya. Selepas itu beliau bertugas di syarikat perunding kejuruteraan berkaitan dengan minyak dan gas.

Pada tahun 1990 beliau mula berkhidmat dengan salah sebuah syarikat terkemuka di Malaysia sebagai jurutera. Beliau berpeluang menjalan tugas di beberapa buah negara termasuklah England, Perancis, Sepanyol, Jerman dan Korea Selatan.
Kini Abdullah menjawat jawatan sebagai pengurus di bahagian kejuruteraan syarikat tersebut.

Selain dari tugas rasmi, beliau juga berpeluang berkongsi pengalaman dengan generasi pelajar demi membina masyarakat masa depan. Abdullah juga berpegang kepada konsep “Energy receive, energy return”.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...