Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2007

Ketagihan Bercinta dan Bercinta

Baru-baru ini saya membaca satu buku mengenai Love Addiction Rupa-rupanya tidak jauh bezanya dengan ketagihan lain. Tanda-tanda ketagihan cinta. Pertama. Dia tidak meletakkan sempadan dalam hubungan. Maksudnya semua benda dia buat asalkan hubungan itu tak putus. Kalau rela kena tumbuk pun tidak apa, asalkan yang tersayang tidak tinggalkan dia. Kedua. Dia menyerahkan semua perkara dalam hidup bulat-bulat kepada pasangan. Tidak ada satu keputusan pun dibuatnya. Semuanya dibuat oleh pasangan. Ketiga. Pergantungan 100% terhadap pasangan. Sebab itu ada yang tidak dapat hidup tanpa pasangan. Sebagai contoh, ada individu yang mengalami tekanan mental apabila suami tinggalkan kerana kematian atau penceraian. Pergantungan terlalu kuat. Keempat. Dia tidak menyediakan asas untuk dirinya sendiri. Sebagai contoh apa akan terjadi jika pasangan tiada, apakah asas untuk beliau bertahan baik daripada sudut kewangan, kekuatan emosi dan fikiran. Dia tidak menyediakan satu pelan tambahan untuk diri.

Apakah kata bos kepada saudara hari ini?

Buku Malaysia At 50; Achievements and Aspirations mempunyai kenangan peribadi tersendiri dalam hidup saya. Buku yang baru sahaja dilancarkan oleh Pak Lah di Putrajaya pada hari Isnin lalu diterbitkan bersama oleh Research Centre dan Thompson. Buku kulit keras ini dijual pada harga RM150. Ia adalah buku edisi khas merdeka. Lapan buah naskhah yang dibawa ke sana pada hari itu habis dijual. Apa menariknya buku ini? Tidak ada nama saya di situ melainkan bos, Tuan Abdul Halim Taib. Beliau bersama-sama Dr Che Mahzan menulis mengenai sejarah BERNAMA sebagai agensi berita terawal di Malaysia. Dalam ramai-ramai Top Gun, Tuan Abdul Halim memecah dominasi dengan menyumbangkan buah fikiran beliau dalam buku ini. Pengalaman selama 20 tahun di BERNAMA dicurahkan dalam penulisan berbentuk akademik. Seingat saya, tugas hanyalah sekadar menaip dan mendapatkan satu dua maklumat dalam artikel beliau. Selebihnya, tugas-tugas utama beliau dan Dr Che Mahzan bagi menyelesaikannya. Esoknya saya ke pejabat dan...

Web TV PTS

PTS mengorak langkah sebagai penerbit yang menghasilkan web TV sendiri. Cerita lanjut malam nanti, saya ada sidang akhbar hendak dihadiri. Tonton web TV penulis PTS dan buku-buku lain di sini. Klik senarai nombor di bawah Tuan Shamsuddin Ab Kadir bahagian 1 2 3 Saudara Amin Idris 1 2 Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof 1 2 Trailer buku siri perhubungan dan cinta bahagian 1 2 Tip-tip Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas bahagian 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Projek untuk kampus yang tergendala. Campus TV, pilot project oleh lima orang pelajar (sekarang bekas pelajar). Klik tajuk-tajuk di bawah : Campus TV : Book Talk Campus TV: Sekitar Kampus

WIFI di Sungai Penchala

Rakan saya saudara Alif Mohd Noor berkesempatan membawa saya dan rakan-rakan ke restoran Kelah, kampung Sungai Penchala. Ia bukanlah sebuah restoran yang mempunyai hiasan dalaman. Susun atur sama sahaja dengan restoran kampung lain. Terletak di tepi jalan kampung. Jika hendak ke sana bukanlah mudah jika menggunakan kenderaan awam. Tidak ada apa-apa jangkaan besar terhadap restoran Kelah. Anggapan saya dan rakan-rakan ia sama seperti kedai makan kampung di tempat lain. Bangunan kayu ini dipecahkan kepada dua bahagian, satu restoran dan satu lagi kedai runcit yang menjual barang kering dan basah. Saudara Alif meyakinkan kami dengan kata-katanya bahawa makanan di sini sedap dan murah. Kami percaya. Kami memesan makanan dan mencuba. Benar katanya. "Di sini juga ada perkhidmatan internet tanpa wayar," katanya. Kami tidak percaya. Saya mencuba. Benar kata Alif, restoran kampung di kawasan kampung gelap ini mempunyai perkhidmatan internet tanpa wayar. Sambil minum dan makan, perkhid...

Petua the Big Five

Saya menarik nafas lega setelah tamat sidang pertama pesta konvokesyen ke 23, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada wajah pemenang anugerah, sudah pasti rasa gembira dan puas terpamer. Tahniah kepada tenaga kerja yang stress dan tertekan dengan aktiviti tahunan ini. Saya tidak ada apa-apa peranan dalam konvokesyen ini, sekadar bersedia untuk majikan saya jika diperlukan. Ikut perancangan asal, saya kini berada di Melaka menghadiri majlis perkahwinan rakan sekolah. Tetapi kerana saya dipanggil datang ke sini pada dua hari lalu, saya akur, Berbual dengan seorang lelaki, bapa kepada si kembar memberi satu tip baru dalam hidup saya. Salah seorang anaknya adalah pelajar terbaik. Kedua-dua anak kembarnya juga telah bekerja di organisasi besar, Petronas dan Khazanah Nasional. Apakah petuanya dalam mendidik anak menjadi cemerlang? Katanya, "Saya mengamalkan petua Big Five. Sejak kecil anak-anak saya didik memilih rakan yang baik dan betul. dalam lima orang rakan ini, mereka mempuny...

Cerita seorang kakitangan

Malam jam 11, seorang kakitangan sementara pergi ke pejabat yang terletak di tingkat dua. Kakitangan di pejabat ini sibuk dalam persiapan terakhir program pada hari esok. Banyak yang belum diselesaikan. Kakitangan ini diarahkan oleh majikan mengambil tag nama bagi memudahkan urusan keluar masuk. Maka pada malam jam 8.00 beliau menghubungi melalui telefon bimbit. Apa jawab individu yang menguruskan tag nama, "Saya di kilang, boleh tolong jangan ganggu saya?" Kakitangan ini hairan, terganggu sangatkah sampai begitu bahasa digunakan. Kakitangan ini perlu memenuhi amanah majikan, bukan suka-suka hendak ke sana. Beliau sendiri tidak suka ke sana, pejabat tingkat dua ini telah menyebabkan beliau dimarah oleh jabatan-jabatan lain ketika kakitangan ini mula bekerja tahun lalu. Sangka jabatan lain, kakitangan ini bekerja di pejabat ini ketika berurusan dengan mereka. Banyak hal telah berlaku rupanya. Pada jam 11 malam, kakitangan ini singgah sebentar melihat aktiviti di pejabat tingka...

Orang seni jiwa sensitif

Sebelum saya diberitahu oleh mentor, Puan Ainon Mohd, saya tidak tahu bahawa jiwa orang seni sangat sensitif. Ada yang sukar ditegur, defensif dan kotak pemikiran mereka tidak menjadi tiga dimensi apabila mereka ditegur. Mereka melihat diri mereka terlalu sempurna dan jiwa mereka tidak boleh dijentik. Peristiwa semalam Peristiwa semalam menjadikan saya lebih sedar betapa sensitifnya mereka. Beberapa tahun lalu saya pernah menegur orang seni yang berbakat dalam muzik Islami di sebuah blog. Beliau dahulunya tinggal sama di satu kolej kediaman. Adik saya meminati lagu-lagunya dan membeli cd beliau. Adik saya secara tidak langsung mendorong saya mencipta personal attachment dengan figura hiburan ini. Ini membuat saya hendak berkawan dengan beliau, moga-moga boleh belajar dari beliau. Pernah saya memberi salam dan senyum, beliau hanya senyap dan tidak memberi respon. Berkali-kali saya terkena begitu sehinggakan saya penat hendak menegurnya kembali. Saya sampaikan maksud hati saya kepada rak...

Book Xcess dijajah!

Dua orang penulis membuat eksplorasi ala Portugal di Dunia Baru Book Xcess sudah berpindah ke lokasi lebih besar. Apa istimewanya kedai buku ini? Klik di sini

Bicara Buku, MPH Midvalley

Penulis-penulis PTS, wakil PTS Pro dan MPH bergambar selepas program. Tuan Sunthara Segar Jumlah rakyat Malaysia muflis meningkat. Bunting promosi Quill terbaru kini di pasaran. Baca sebelum program bermula. Tuan Shamsuddin Kadir bersama khayalak. Mereka yang datang mendengar. Khusyuk. Mendengar respon. Ahad ialah hari cuti, hari kita duduk di rumah. Tetapi saya keluar ke Mid Valley. Pada hari ini, dianjurkan program bicara buku bersama Tuan Shamsuddin Kadir dan Tuan Sunthara Segar. Majalah Quill telah pun diedarkan di MPH. Wajah-wajah penulis tempatan menghiasi setiap halaman bagi edisi khas kemerdekaan ini. Pergi ke Mid Valley lebih mudah berbanding ke Alamanda bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam di sana. Datang ke Mid Valley bagi memberi sokongan kepada rakan penulis yang memberi ceramah bukunya di situ. Ia terletak di tengah-tengah MPH berhadapan pancuran air. Kebanyakan pengunjung berbangsa Cina dan Melayu memenuhi ruang legar. Tamat sahaja program, saya ke ked...

Budaya beli-belah masa hadapan

Sudah lama tidak menonton rancangan Beyond Tomorrow. Lagu montaj rancangan ini masih teriang-ngiang di telinga. Kali terakhir saya menonton rancangan berbentuk sains teknologi ini ketika di sekolah rendah. Kali ini saya menonton semula rancangan yang sama di TV1. Teknologi beli-belah Future Shop, sebuah prototaip pasaraya mini menarik perhatian saya. Pelanggan tidak perlu beratur dalam barisan panjang apabila hendak membuat pembelian. Semua pembayaran boleh dibuat ketika membeli belah. Sebuah alat berkomputer diletakkan pada troli pelanggan. Setiap kali pelanggan ingin mengetahui harga produk, terdapat alat imbasan di sisi alat berkomputer itu. Bagaimana jika tidak ada label harga. Sebagai contoh sayur-sayuran yang harganya dikira melalui berat. Letakkan sayur atau buah-buahan pada alat bernama Vigie Vision. Terdapat kamera kecil yang akan mengesan imej produk dan kemudian beratnya ditimbang. Alat itu akan mengeluarkan cetakan harga untuk dilekatkan pada buah-buahan atau sayuran. Bagai...

Kisah Prof Dr Muhammad Yunus 1

Setengah jam lalu saya berkesempatan bertemu dan mendengar pengalaman pengasas bank untuk orang miskin atau bank mikro, Prof Dr Muhammad Yunus. Beliau juga penerima anugerah Nobel Keamanan 2006. Siapakah Prof Dr Muhammad Yunus? Beliau merupakan Muslim yang lahir di Chittagong, Bangladesh pada tahun 1940. Merupakan pensyarah di Universiti Chittagong, Muhammad Yunus membawa perubahan besar dalam peningkatan ekonomi masyarakat miskin. Beliau mengaplikasi pendekatan blue ocean bagi membasmi kemiskinan di negaranya. Ada beberapa perkara menarik ingin saya kongsikan sepanjang ceramah beliau pada pagi ini. Berbeza dengan Malaysia, Universiti Chittagong dikelilingi kampung dan terletak jauh dari bandar. Keadaan ini menjadikan beliau melihat bagaimana situasi kemiskinan dialami oleh penduduk sekitar. Ini memberi inspirasi kepada beliau membawa pendekatan tersendiri membantu penduduk miskin. Bank poket Beliau mendapati amalan bank di sana tidak memberi keuntungan kepada orang miskin. Sistem yang...

Fail Foto

Apakah itu Fail Foto? Saya mempelajari perkara ini daripada jurufoto berita. Apabila mengambil gambar bagi satu program, ambil seberapa banyak gambar dan jadikan koleksi foto. Ia boleh digunakan bukan sahaja untuk program itu sahaja, tetapi dalam keadaan lain ia juga membantu. Sebagai contoh, saya menggunakan gambar yang sama bagi dua media berbeza pada bulan yang berbeza. Gambar rektor diambil dari sisi berlainan. Jika media A gunakan gambar rektor pada sisi kanan, media B pula akan menggunakan gambar rektor pada sisi kiri. Fail Foto digunakan sebagai bahan sokongan jika tidak ada gambar bagi acara dalam liputan. Sebagai contoh, dalam satu majlis makan malam bersama bekas pelajar UIAM, kami tidak mempunyai sebarang gambar. Sebagai ganti Fail Foto mempunyai gambar makan malam dalam acara lain atau acara yang sama pada tarikh berbeza. Mengikut wartawan ini, ada keadaan beliau memerlukan 30 keping gambar bagi memilih satu keping untuk dicetak dalam media.

Aktiviti sana-sini

Prof Dato' Dr Syed Arabi Idid Prof Madya Dr Azmuddin, rektor UIAM dan Prof Dr Yusof Husain Prof Madya Dr Saodah dan Puan Zeti Para pelajar di ruang legar pameran Para pelajar UiTM Pelancaran buletin PR (Oh, sudah ambil koleksi foto saya ya. Tidak apa, saya halalkan). Satu program di UIAM, pelancaran pameran Perhubungan Awam (PR) dan pertandingan pembentangan kertas cadangan. Jurufotonya, Khabil Kiram Jamalul Kiram. Pelajar tahun dua, jurusan kewartawanan (ehem, ehem).

ACER 4310

Si hijau dalam kenangan ACER 4310 menjadi sebahagian tim penulis bagi tujuan menulis Saya selalu berinteraksi dengan komputer. Ia hidup dalam imaginasi. Seperti dalam sebuah filem animasi. Kami bercakap dan bertukar-tukar pandangan ketika semangat berada di atas dan ada kalanya di bawah. Kami seolah-olah satu tim, bergabung penulis dan mesin merealisasikan impian. Tahun 2005, Si Hijau sudah menghasilkan empat buah buku,lebih lima manuskrip dan beberapa buah artikel. Rezeki royalti baru-baru ini saya gunakan sebagai suntikan modal bagi memilih komputer riba ACER 4310 bagi meneruskan kerja si Hijau. Si Hijau namanya diberi kerana monitor selalu bertukar warna hijau. Komputer berharga kurang RM300 selalu diketuk-ketuk. Di tepi dinding, saya tampalkan matlamat ke mana buku-buku dalam perut si Hijau akan terbang selepas ini. Mengingatkan kepada si Hijau menjadi cabaran bagi diri dan ACER 4310 bagi menghasilkan lebih banyak manuskrip. Teknologi mewujudkan rasa selesa. Jika dibiar lama-lama...

SMS dan nama di hujung

Senarai nombor telefon di telefon bimbit saya sudah penuh untuk beberapa bulan lalu. Saya menggunakan buku bagi mencatat nombor-nombor baru. Kelemahan utama apabila menggunakan kaedah ini apabila saya tidak tahu siapa yang menghantar sms kepada saya. Buku itu saya tinggalkan di pejabat. Dua hari lalu saya menerima satu sms," Salam saudara Zamri. I have read your blog. Tq." Saya hanya berkesempatan membalas pada waktu petang. Itu pun secara sms dan masih tidak mendapat jawapan daripada nombor 012 ini meskipun dibalas dua kali. Jarang saya hendak menelefon semula. SMS juga selalu penuh. Sehingga terpaksa menyalin sms penting sebelum dipadamkan dari memori telefon bimbit. Individu yang sering memberi sms ialah di kalangan rakan penulis (sudah pasti seperti berbual sambil minum kopi, banyak isunya), rakan wartawan, editor majalah, para pembaca dan individu-individu yang meluahkan masalah mereka. Minggu ini saya berhadapan dengan sms demi sms. Padam satu datang satu. Begitulah kea...

Promo, promo, promo!

Ingatkah saudara bagaimana saya mempunyai cita-cita melihat penulis Malaysia mempunyai rancangan mereka sendiri di dalam internet? Sebelum ini saya menunjukkan beberapa buah trailer promo buku dan beberapa penulis Malaysia yang di'You Tube' sebagai memberi konsep bagaimana ia boleh dijalankan. Sebenarnya saya sedang berbincang bersama seorang rakan bagi menjalankan projek ini. Borders dan penulis dipromosikan Hari ini saya melayari laman web Borders Media milik rangkaian kedai buku Borders Mereka mempunyai tv web mempromosikan buku-buku dalam kedai buku mereka. Saya berikan contoh, para pembaca buku Harry Potter berdiskusi mengenai salah sebuah siri buku Harry Potter. Satu lagi, sebuah rancangan bicara buku bersama penulis yang dipecahkan kepada beberapa siri. Bagi menghasilkan video yang bagus, ia memerlukan bahan (content), treatment (apa mahu diterjemah ya?), skrip dan jurusolek studio supaya penulis tidak nampak pucat, lesu dan sekali lihat seperti hantu. Tidak dilupakan ...

Kerana satu soalan saya diberhentikan kerja

Saya mempunyai sebab mengapa menyenaraikan senarai berita di bawah. Baca satu persatu dan kita akan sambung membaca entri ini kemudian. No. Publication Date Headline/Byline/Length Count/Section Heading/First Paragraph 1. MM 18/06/2007 Nursing dreams dashed (486 wds) (Main Section) SHE dreamt of becoming a nurse and after registering for a nursing course, she thought she was on her way to achieving her dreams. However, 19-year-old Atikah Muklis from Temerloh, Pahang, had given up after she did not receive any response from the college after paying the registration fees. 2. MM 18/06/2007 Errant cabbies warned(433 wds) (Main Section) TOE the line or face the consequences. This is the stern message from Commercial Vehicle Licensing Board secretary Zainuddin Ahmad directed at errant taxi drivers in Kuala Lumpur in the wake of numerous complaints the board has received from the public. 3. WM 16/06/2007 School raises funds for heart kids By (238 wds) (Main Section) THE families of eight-month...

“Saya gagal,” katanya.

“Saya gagal,” katanya. Belakang badan beliau ditepuk-tepuk oleh rakan alumni lain di sebelahnya. Ambil tanggungjawab risiko sendiri. Itulah jawapan beliau dalam pertemuan alumni semalam. Pertemuan bedah siasat. Beliau optimis apabila memilih protegenya meneruskan kerja-kerja majlis perwakilan residen. Dalam perspektif sebenar, ia menjadi sumpahan makan tuan. Malam itu beliau ditegur kerana keyakinan melampau terhadap anak buahnya. Yakin dengan minat semata-mata dan latar bahasa kedua yang baik menjadikan ia pukauan selama setahun. Bekas pemimpin sekretariat ini hanya diam melihat rekod gagal protegenya. Kata orang pertama, “Dahulu, kita ada lima penerbitan . Ini satu pun tidak ada . Cakap sahaja lebih. Boleh itu dan ini.” Kata orang kedua “Dahulu ketika memohon jadi ahli sekretariat, katanya semua boleh. Sabtu dan Ahad tidak dapar hadir kerana mengajar. Kenapa tidak fikir begitu ketika mohon dahulu. Ingat kita bekerja waktu hari kerjakah?” Kata orang ketiga, “Dahulu kata akan terus de...

Mata pelajar, minda kakitangan

Catatan hari ini dan akan datang adalah mengenai universiti. Ini ialah catatan idea secara umum. Melihat universiti sebagai ruang ilmu dan muhasabah diri. Mata pelajar, minda kakitangan Bermula sebagai pelajar dan menjadi kakitangan di universiti memberi satu pengalaman baru di sini. Saya mempelajari betapa pentingnya seorang kakitangan mempunyai mata dan telinga pelajar apabila berkhidmat. Ini adalah nasihat bekas pembantu pengurus kolej kediaman dahulu. Dalam usianya melebihi 50 tahun beliau disukai, dihormati dan disayangi residen-residen dahulu dan kini. Letakkan diri dalam diri mereka Nasihat beliau kepada saya ialah meletakkan diri dalam diri pelajar apabila berkomunikasi dengan mereka. Meskipun beliau bersara dan diganti oleh orang muda, tetapi orang muda yang ada hari ini gagal memecahkan legasi yang dicipta oleh orang lama ini. Puppet hidup Kasihan melihat diri beliau yang mencipta musuh dengan pelajar dan kakitangan. Semakin lama semakin nama beliau tidak muncul dalam perkem...

Wartawan muda berhenti kerja

Cerita kedua Wartawan muda berhenti kerja. Sebuah penerbit majalah untuk wanita yang beroperasi melebihi 20 tahun masih tidak membayar caruman wang simpanan pekerja. Tetapi rakan wartawan ini diberitahu ia telah ditolak daripada gajinya. Akhirnya beliau berhenti. Beliau mendapat peluang bekerja di sebuah agensi penerbitan yang berkali-kali mempelawanya bekerja di sana. Menurut beliau, perbelanjaan penerbit majalah ini ialah RM200,000 sebulan (?), ramai pengiklan tidak membayar sewa ruang sehingga mengambil masa berbulan-bulan. Penerbit ini juga tidak begitu kisah jika ada pekerja berhenti. Sebabnya pasti ada yang akan memohon jawatan itu. Sayang sekali majalah yang diterajui oleh seorang datin ini memberi bayangan pentadbiran yang kurang elok. Saya diberitahu, pekerja di dalam organisasi ini sedang mengumpul banyak bahan bukti untuk diadukan ke pihak berkenaan. Sahabat wartawan ini berhenti dengan notis 24 jam setelah permintaan beliau tidak diendahkan, gaji yang diterima pula adalah ...

Temuduga rahsia

Dua cerita. Satu cerita temuduga kerja, satu lagi cerita berhenti kerja. Cerita temuduga kerja. Berhati-hati dengan organisasi yang memanggil saudara bagi menghadiri temuduga kerja. Kisahnya berlaku tiga hari lalu, sahabat saya memohon pekerjaan melalui iklan bahasa Inggeris tempatan. Tidak sampai dua hari, satu panggilan temuduga diterimanya. Beliau diminta menghadiri sesi tersebut di sebuah bangunan berhampiran KL Sentral. Jam 10 pagi, beliau berada di sana. Sementara menunggu, sahabat ini bertanyakan beberapa soalan berkenaan organisasi ini. Petugas di kaunter seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu. Tidak berterus terang dan tidak memberi maklumat jelas mengenai organisasi tersebut. Sahabat saya dipanggil masuk. Penemuduga ialah dua orang perempuan yang muda. Ini lebih menghairankan beliau. Baya umur kelihatan tidaklah jauh beza dan soalan-soalan diberi berdasarkan apa yang diisi dalam borang di luar sebentar tadi. Hari kedua, beliau melayari laman web. Rupa-rupanya organisasi ini ...

The Simpsons di bumi Malaysia!

Bengkel KJ Method pada Sabtu 4 Ogos 2007 dihadiri 95 peratus wajah-wajah baru. Satu perkembangan yang bagus dalam dunia penulisan. Makin banyak karya-karya baru dalam pelbagai bidang akan muncul memenuhi kehendak pembaca. Saya tidak terus pulang, sebaliknya pergi ke KLCC bersama saudara Haeqal. Terlupa hari ini adalah hari kedua Karnival PC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Keadaan stesyen LRT KLCC yang sesak menyebabkan pengawal keselamatan stesyen menyekat kemasukkan para penumpang dari eskalator. Jarang sekali saya melihat situasi ini. Entah mengapa rasa mengantuk hari ini. Boleh pula tertidur sebentar di Kinokuniya. Mungkin tidur lewat benar semalam sehinggakan mata tidak dapat cergas membaca. Oh, sempat pula ambil peluang menonton The Simpsons. Siri kartun The Simpons menemui para penonton pada tahun 1990 sebagai siri kartun televisyen. Asalnya, kartun ciptaan Matt Groening ini dihasilkan selama 30 saat sebagai selitan bagi sebuah program pada tahun 1987. The Simpsons yang kini di...

Berguru dengan orang lama

Editor Millenia Muslim, Tuan Haji Zulkafli Baharudin (kanan) Puan Zabrina Abu Bakar, penulis Life is an Open Secret (kanan) International Islamic Fair (IIF) 2007 memberi perbezaan dari segi tujuan saya ke sana. Kali ini saya pergi bukan atas urusan kerja. Ia memberi saya ruang untuk berinteraksi atas tujuan persahabatan dan membina kenalan serta mencari guru pengalaman. Alhamdulillah, berkesempatan bertemu dengan Tuan Haji Zulkafli Baharudin, editor di Millennia Muslim. Majalah terbitan MMP Communication ini telah berada di pasaran sejak lima tahun lalu. Ia diikuti dengan Aniqah dan Forward. Personaliti beliau menarik perhatian saya. Orang yang sangat terbuka dengan idea dan berbincang tentang kemungkinan-kemungkinan baru buat pembaca Millenia Muslim menjadikan kami teruja sama. Beliau tidak lokek dengan pengalaman diri dan sangat jelas dengan prinsip dalam memperjuangkan sesuatu isu. Millennia Muslim adalah majalah yang serius dalam memperkatakan sesuatu tanpa istilah favouritism. Pad...

Terima kasih menjadi ucapan ganjil

Krisis santun budaya dalam masyarakat Melayu telah menjadikan ucapan terima kasih seperti sesuatu yang ganjil. Inilah antara perkara-perkara kecil yang kami dapati sepanjang program minggu lalu. Ucapan terima kasih menjadi asing sekiranya tidak dibuat sesuatu. Menurut beberapa ahli jawatankuasa yang terlibat dalam program ini, mereka telah dimaklumkan bagi mengucapkan terima kasih dalam keadaan-keadaan ini, Pertama : Ucapkan terima kasih kerana kesudian mereka menghadiri program. Kedua : Ucapkan terima kasih apabila mereka duduk ditempat yang disediakan. Ketiga : Ucapkan terima kasih di pintu keluar apabila mereka pulang. Ucapkan terima kasih menyebabkan mereka terkejut sehingga tidak tahu apa yang hendak direspon. Ucapan terima kasih membuat mereka rasa berada dalam keadaan yang ganjil dan jarang dibuat orang. Boleh jadi, ucapan terima kasih dalam keadaan-keadaan ini menjadikan pengucapnya terlebih baik di mata penerimanya. Ini dapat dilihat daripada wajah-wajah yang berubah dan berbe...