Langkau ke kandungan utama

Mata pelajar, minda kakitangan

Catatan hari ini dan akan datang adalah mengenai universiti. Ini ialah catatan idea secara umum. Melihat universiti sebagai ruang ilmu dan muhasabah diri.

Mata pelajar, minda kakitangan

Bermula sebagai pelajar dan menjadi kakitangan di universiti memberi satu pengalaman baru di sini. Saya mempelajari betapa pentingnya seorang kakitangan mempunyai mata dan telinga pelajar apabila berkhidmat.

Ini adalah nasihat bekas pembantu pengurus kolej kediaman dahulu. Dalam usianya melebihi 50 tahun beliau disukai, dihormati dan disayangi residen-residen dahulu dan kini.

Letakkan diri dalam diri mereka

Nasihat beliau kepada saya ialah meletakkan diri dalam diri pelajar apabila berkomunikasi dengan mereka. Meskipun beliau bersara dan diganti oleh orang muda, tetapi orang muda yang ada hari ini gagal memecahkan legasi yang dicipta oleh orang lama ini.

Puppet hidup

Kasihan melihat diri beliau yang mencipta musuh dengan pelajar dan kakitangan. Semakin lama semakin nama beliau tidak muncul dalam perkembangan kolej. Dedikasi kejayaan kolej diberikan kepada pengetua dan kakitangan lama. Nama beliau hilang dalam senarai keluarga.

Beliau menjadi puppet yang bertanggungjawab dalam menguruskan keperluan fizikal kolej seperti menukar tombol, memastikan bilik dihuni dan dikosongkan, menguruskan data pejabat.

Fizikal kolej tidak membantu mendekatkan rohnya dalam hati para penghuni. Sama ada beliau ada di situ atau tidak, nama beliau sudah pun dilupai. Tidak signifikan dan menjadi robot polisi hitam putih. Kata residen, ada tidak ada sama sahaja.

Aturan polisi insan

Siapa pembantu pengurus yang sanggup berjaga sehingga jam dua pagi semata-mata berbincang dengan wakil residen di kolej kediaman?

Siapa pembantu pengurus yang bersedia bertolak ansur dalam krisis pelajar dan pejabat sehinggakan beliau menjadi orang tengah dalam perbincangan?

Siapa lagi regu yang terbaik antara pembantu pengurus dan pengetua kolej yang menjadi sebutan sepuluh kolej lain.

Perkara-perkara ini bukanlah tercatat hitam putih di atas kertas. Logik akal yang cerdas sedar tahu peraturan insan yang merupakan polisi bisu dalam diri. Ia boleh dipelajari dengan memerhati dan mengaplikasi.

Bekerja di universiti adalah bekerja dengan pelajar

Apabila bekerja dalam situasi yang dikelilingi pelajar, ia bukan cerita kerja jam semilan pagi sehingga lima petang. Ceritanya lebih daripada itu.

Apa cerita kita apabila tua nanti?

Seorang tua pernah membawa anaknya ke tempat kerja lamanya. Dia datang dalam keadaan gembira. Penuh bangga dia bercerita tentang rakan-rakan sekerjanya. Dia bercerita tentang karenah bos, perangai kerani di meja hadapan, kisah pembersih pejabat dan semua orang di situ. Dia bercerita tentang manusia.

Jika dia seorang tua ‘ya tuan’ belum tentu ada cerita untuk anaknya. Mahukah dia bercerita mengenai rekod-rekod dalam fail, menyusun data, pergi ke mesyuarat dan mengambil laporan sebagai kenangan manis zaman mudanya?

Cerita apakah itu?

Konflik apabila tidak bertemu.

Konflik antara kakitangan dan pelajar berlaku apabila kedua-duanya tidak memberi ruang bagi memahami satu sama lain. Pelajar adalah pelanggan terbesar di kampus, suka atau tidak mereka bukanlah individu yang boleh diketepikan begitu sahaja.

Biaya gaji bulanan kakitangan juga datangnya daripada pinjaman pendidikan pelajar. Mereka meminjam bagi tujuan pendidikan. Mereka juga meminjam bagi membayar gaji pekerja seperti saya.

Kurangnya kekerapan dialog dan interaksi antara kakitangan dan pelajar menjadikan kedua-duanya terikat sebagai musuh lisan. Sememangnya sifat orang muda hati panas, agresif dan pantas mencipta ideanya. Adakah kerana keadaan-keadaan ini menjadikan mereka dilabel sebagai musuh dan penentang polisi?

Polisi pelajar dan kesan kepada pelajar

Saya memerhati, sikap tidak berbincang mengenai polisi universiti memberi kesan kepada pelajar. Ia menjadikan mereka rasa tidak dihargai. Apabila timbul masalah daripada polisi tersebut, para pelajar menjadi mangsa. Wakil pelajar tidak diberi ruang berdiskusi sebelum apa-apa dijadikan peraturan.

Jadi, siapa sebenarnya yang mencipta musuh?

Kita selalu belajar

Saya harus akui, meskipun sebagai kakitangan saya juga perlu belajar banyak daripada mereka dalam memperkembangkan universiti. Kekangan masa di pejabat menjadikan saya tidak berkesempatan mengikuti perkara terbaru. Merekalah sumber maklumat terbaru. Mahu tidak mahu saya perlu berkata, ada masanya saya bodoh dalam sesuatu dan perlu bertanya dan belajar daripada mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...