Langkau ke kandungan utama

Cerita seorang kakitangan

Malam jam 11, seorang kakitangan sementara pergi ke pejabat yang terletak di tingkat dua. Kakitangan di pejabat ini sibuk dalam persiapan terakhir program pada hari esok. Banyak yang belum diselesaikan.

Kakitangan ini diarahkan oleh majikan mengambil tag nama bagi memudahkan urusan keluar masuk. Maka pada malam jam 8.00 beliau menghubungi melalui telefon bimbit.

Apa jawab individu yang menguruskan tag nama, "Saya di kilang, boleh tolong jangan ganggu saya?"

Kakitangan ini hairan, terganggu sangatkah sampai begitu bahasa digunakan.

Kakitangan ini perlu memenuhi amanah majikan, bukan suka-suka hendak ke sana.

Beliau sendiri tidak suka ke sana, pejabat tingkat dua ini telah menyebabkan beliau dimarah oleh jabatan-jabatan lain ketika kakitangan ini mula bekerja tahun lalu.

Sangka jabatan lain, kakitangan ini bekerja di pejabat ini ketika berurusan dengan mereka. Banyak hal telah berlaku rupanya.

Pada jam 11 malam, kakitangan ini singgah sebentar melihat aktiviti di pejabat tingkat dua itu.

Individu yang dihubungi ada dalam pejabat, memaklumkan tiada orang di pejabat selepas ini dan urusan beliau belum selesai.

"Kamu sibuk sangat hendak tag nama buat apa?" tanya individu itu.

"Bukan saya minta tetapi majikan saya." jawab kakitangan itu.

"Jika dia hendak, suruh dia hubungi saya sendiri. Biar saya cakap. Sibuk sahaja hendak tag nama. Kalau hendak, buat kerja. Ini tidak asyik hendak mengikut sahaja." jawabnya dalam keadaan stress.

Bukankah mudah jika dia menjawab, "Belum siap" atau jika tidak mahu beri kata sahaja, "Tidak ada". Mengapa perlu sakitkan hati orang lain?

Kakitangan itu geleng kepala. Salahkah dia memenuhi amanah majikan yang benar-benar mahu ia dilaksanakan.

Geleng terhadap sikap beliau.
Geleng terhadap profesionalisme beliau.
Geleng terhadap kegagalan beliau mengimbangi IQ, EQ dan SQ.
Angguk terhadap cerita-cerita yang selama ini dianggap khabar angin.

Ketika program pada hari esoknya, beliau datang ke arah kakitangan itu dan berkata, "Kau hendak tag nama pergi ambil di belakang."

Kakitangan ini berkata dalam hati, “Individu ini harus belajar dari Ron Kaufman.”

Menurut kajian Prof. George Gallup, beliau telah membuat kajian tentang sumber bagaimana seseorang itu boleh mencipta diri menjadi seorang pemimpin (saya sebut pekerja) berpengaruh dan hebat.

50% personaliti
35% ilmu
15% jawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...