Langkau ke kandungan utama

Petua the Big Five

Saya menarik nafas lega setelah tamat sidang pertama pesta konvokesyen ke 23, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada wajah pemenang anugerah, sudah pasti rasa gembira dan puas terpamer. Tahniah kepada tenaga kerja yang stress dan tertekan dengan aktiviti tahunan ini.

Saya tidak ada apa-apa peranan dalam konvokesyen ini, sekadar bersedia untuk majikan saya jika diperlukan. Ikut perancangan asal, saya kini berada di Melaka menghadiri majlis perkahwinan rakan sekolah. Tetapi kerana saya dipanggil datang ke sini pada dua hari lalu, saya akur,

Berbual dengan seorang lelaki, bapa kepada si kembar memberi satu tip baru dalam hidup saya. Salah seorang anaknya adalah pelajar terbaik. Kedua-dua anak kembarnya juga telah bekerja di organisasi besar, Petronas dan Khazanah Nasional.

Apakah petuanya dalam mendidik anak menjadi cemerlang?

Katanya, "Saya mengamalkan petua Big Five. Sejak kecil anak-anak saya didik memilih rakan yang baik dan betul. dalam lima orang rakan ini, mereka mempunyai kemahiran masing-masing dalam subjek berbeza. Maka masing-masing belajar satu sama lain sejak kecil sehinggalah dewasa. Pendedahan dengan keluarga rakan-rakan dalam lingkungan Big Five ini menjadikan mereka tidak kekok dan selesa tanpa takut dengan sesiapa. Mereka membina keyakinan apabila bergaul."

Bapa kepada dua kembar ini merupakan peniaga. Apabila si bapa ingin bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan perniagaan dari dalam dan luar negara, ada yang dibawa berbincang di rumah.

Pendedahan awal budaya niaga dan pergaulan dasar niaga dan rakan terhadap si kembar ini menjadikan mereka sedikit sebanyak cenderung dalam bidang yang sama.

Petua Big Five yang disampaikan adalah sistem pendidikan yang diperturunkan oleh bapa beliau sebelum ini.

“Setiap bangsa ada kelebihan. Bapa saya berpesan, jika hendak mahir bahasa Inggeris belajar daripada bangsa India. Jika hendak cekap matematik, belajarlah daripada orang Cina. Kita belajar daripada mereka dan mereka belajar daripada kita,” kata beliau.

Petua big Five ini saya sinonimkan dengan ayat Allah dalam surah Al Hujurat ayat 13.

Dalam otak saya berfikir, apa pun sistem dunia diperkenalkan kepada generasi hari ini dan esok, sistem pendidikan yang dibawa oleh ibu bapa adalah yang terbaik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...