Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2005

Ghafar disegani empat PM [3]

Ghafar disegani empat PM BAHAGIAN AKHIR Sambungan daripada rencana bertajuk ``Ghafar Baba saksikan usaha merdeka'' yang disiarkan di Utusan Malaysia semalam. Oleh DR. ALIAS MOHAMED PILIHAN raya pada 11 Mei 1969 membawa malapetaka kepada Perikatan dan negara. Pada 13 Mei 1969 berlaku peristiwa berdarah yang paling buruk iaitu pergaduhan kaum di Malaysia. Menurut Ghafar, sebelum pilihan raya itu beliau sendiri menduga isu besar dalam pilihan raya tersebut ialah soal perkauman. Walaupun Perikatan menang dalam pilihan raya itu, tetapi kedudukan politik bergelora kerana Perikatan kalah teruk di Pulau Pinang dan Kelantan. Pulau Pinang jatuh ke tangan Gerakan dan di Kelantan Pas terus berkuasa. Wong Pau Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang dan kesemua barisan Exconya kalah. Di Selangor, Perikatan tidak dapat menubuhkan kerajaan kerana kekurangan satu suara. Beberapa orang Menteri dan pemimpin-pemimpin Perikatan kalah, termasuk Tan Sri Senu Abdul Rahman, Menteri Penerangan, Dr. Lim Swee Aun...

Ghafar Baba saksikan usaha merdeka [02]

Ghafar Baba saksikan usaha merdeka Bahagian kedua Sambungan daripada rencana bertajuk ``Ghafar Baba simpan banyak kisah suka duka'' yang disiarkan Mingguan Malaysia semalam. Oleh: DR ALIAS MOHAMED Pada tahun 1956, setahun selepas pilihan raya kebangsaan yang pertama, rombongan rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman berangkat ke England untuk mendapat persetujuan British supaya Malaya menjadi sebuah negara merdeka pada tahun 1957. Pergerakan Pemuda UMNO membuat ketetapan supaya tarikh kemerdekaan negara dimaktubkan pada 31 Ogos 1957. Perjanjian menyerahkan kembali kemerdekaan Malaya ditandatangani di London pada 8 Februari 1956, iaitu jatuh pada hari jadi Tunku. Sebaik sahaja perjanjian ditandatangani, UMNO Melaka mencadangkan supaya pengisytiharan tarikh kemerdekaan itu dibuat di Melaka kerana negeri itu dianggap negeri bersejarah. Oleh itu Perikatan Melaka menubuhkan `Jawatankuasa Sambutan' yang dipengerusikan oleh Muhammad Abdul Rahman, Ketua Pemuda U...

Botox cepatkan muka kerepot

Botox cepatkan muka kerepot Oleh Zainal Zawawi Mohamed zzawawi@hmetro.com.my Metro 26 November 2005 KUALA LUMPUR: Golongan `VVIP’ termasuk artis yang melakukan suntikan botox ketika menerima rawatan di pusat kecantikan menghadapi risiko kulit muka menjadi kerepot lebih cepat kerana bahan itu mengandungi racun jenis Botolinium. Tanda-tanda awal seseorang yang mengambil suntikan botox ialah kulit muka mereka mengelupas dan proses itu berlanjutan sehingga muka menjadi kerepot. Setakat ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima lebih 10 kes mangsa menderita kesan sampingan suntikan botox termasuk kulit muka berkerepot. Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman, berkata suntikan botox juga menyebabkan seseorang itu menghidap kancing gigi’. Katanya, alat komestik kecantikan yang menjadi kegemaran pengguna untuk kelihatan lebih muda juga dipercayai palsu dan dihasilkan oleh `pihak tertentu’ yang semata-mata untuk mengaut keuntungan lumayan. “Dalam jangka masa panjang, kulit muk...

Ghafar Baba simpan banyak kisah suka duka [01]

Mari kita belajar dari pengalaman dan kisah orang lama. Aku petik dari Mingguan Malaysia 27 November 2005 Ghafar Baba simpan banyak kisah suka duka Mukadimah Bagi kebanyakan orang, tarikh 15 Oktober lalu, akan diingati dengan berita Tun Ghafar Baba dalam keadaan tenat. Tetapi bagi pengamat politik, tarikh itu pada tahun 1993 juga mengingatkan mereka Ghafar yang kini semakin stabil telah meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Dalam politik pula, beliau meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) pada 25 Oktober 1993 selepas memegang jawatan itu selama 19 tahun dan pada 1 November 1993, beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Mengimbas kembali perjuangan Ghafar dalam politik, ternyata beliau memang `manusia politik' yang mempunyai kedudukan yang mantap dan berpanjangan. Sebenarnya banyak kisah suka duka politik Ghafar. Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana beliau terpaksa beberapa kali menolak untuk...

Si kecil yang tidak dipedulikan

Kita pasti akan melalui satu perkara yang menarik setiap hari. Kejadian-kejadian di sekeliling membuatkan kita lebih gembira apabila minda menyedari ia adalah satu perkara yang akan memimpin perjalanan kita ke jalan yang betul setiap hari. Keseronokan timbul apabila ia menjadi peringatan pada waktu kita terlupa dan boleh jadi satu cerita tua untuk generasi akan datang apabila kita semakin tua. Sebulan aku menggunakan perkhidmatan LRT di KL Sentral. Ada waktunya aku akan singgah ke NILE Bookstore & Money Changer di tingkat dua kompleks tersebut. Jika bercadang hendak membeli buku-buku semurah 50% potongan harga, ambilah masa untuk ke sana. Mungkin anda hendak melihat apakah jenis buku yang diterbitkan di India, di sana tempat yang sesuai. Jangan terkejut, buku-buku 'bantu diri' mereka dalam bahasa Inggeris agak bagus dan persembahannya mengenai sasaran. Aku tidak boleh selalu ke sana, bimbang kekeringan aliran tunai sebelum tiba waktunya. Faham-faham sajalah. Masyarakat akan...

Tudung: Graduan UIAM beri penjelasan

Ketua Pengarang dirahmati Allah Pemakaian tudung konvokesyen tidak bertentangan kod pakaian universiti Oleh Zamri Mohamad Secara peribadi penulis melihat kenyataan yang dilontarkan oleh Datuk Dr Shafie Salleh dalam kenyataannya kod pemakaian rasmi graduan ketika majlis konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertentangan dengan kod pakaian universiti pada masa ini sebagai satu kejutan yang tidak patut timbul dalam media melalui kenyataan beliau. Memerhati dari beberapa buah akhbar tempatan yang menyentuh isu ini, saya melihat ia seharusnya sudah selesai tetapi ia timbul semula berikutan kepada kenyataan beliau. Datuk Dr Syafie sememangnya menyedari bahawa kewujudan UIAM sendiri lahir bersama dengan identiti yang mempunyai perbezaan besar dengan universiti-universiti lain. Tidak hairanlah jika majlis konvokesyennya diadakan dengan pendekatan yang penuh hormat dan tradisi sesuai dengan dasar dan falsafah universiti. Perkara ini yang perlu dihayati dan difahami oleh Dat...

seputih kertas putih

Selama dua minggu ini aku berulang alik dengan pengangkutan awam. Pagi menaiki bas, kemudian diikuti monorail dan malamnya pula menaiki Transit Aliran Ringan (LRT). Lucu dan hairan melihat gelagat orang ramai di bandaraya ini. Selalu benar mereka akan terkejar-kejar keluar dari monorail, bas atau LRT seperti akan ketinggalan sesuatu. Dalam minda, kita selalu mengagak kita 'sempat' dalam segala hal, tetapi perkara yang paling penting untuk berada pada masa dan tempat yang betul ialah pengurusan masa. Jika ketinggalan beberapa saat atau minit dari monorail yang sepatutnya dinaiki, tidak perlulah sampai terkejar-kejar, potong memotong di tangga keluar atau tolak menolak dengan orang lain. Keadaan ini merimaskan aku. Tetapi hari ini ada sesuatu yang menarik berlaku dalam gerabak LRT. Seorang wanita yang aku jangka seorang India Muslim khusyuk membelek sebuah buku kecil yang tidak seteba mana. Aku sangat mengenali buku tersebut kerana itu adalah salah satu buku yang terbaik yang per...

Petua Pengaruh Orang di jalanan

Pertama kali bersolat Jumaat di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur adalah satu perkara baru untuk aku, lebih-lebih lagi di kawasan sekitar Penjara Pudu. Keliru juga apabila pertama kali mendengar penerangan abang Jef Hazimin tentang masjid yang wujud di situ. "Ada masjid di sini, di belakang penjara Pudu. Ikut sahaja dari tepi dinding penjara sampai nampak masjid. Cuma ia tidak kelihatan seperti masjid, bangunan setingkat," jelasnya. Aku masih tidak nampak gambarannya lagi. Cuma aku dapatkan dinding penjara Pudu yang pernah memenjarakan penjenayah seperti Botak Chin, itu sahaja. Lama juga aku memikirkannya. Akhirnya aku membuat keputusan, lebih baik cuba pergi dahulu. "Tak pergi solatkah?" tanya setiusaha Ansar Channel, Noreen sambil melihat jam. Mungkin dia bertanya kerana melihat aku memakai baju Melayu hitam di pejabat hari ini. "Pergi." "Sudah pukul 1.20 tengah hari. Bukankah Zohor awal," malu aku mendengar kata-katanya, macam orang jahil y...

Sahabat Positif, cermin perilaku insan mulia

Catatan dari meja kerjaku di Ansar Channel Menjadi sahabat yang positif dalam kehidupan memerlukan satu tindakan dari dalam ke luar agar ia menjadi sebahagian tabiat hidup yang berkekalan. Sebagaiamana diri memerlukan seseorang menjadi sahabat, teman mahupun kenalan yang baik, individu-individu lain juga mempunyai pemikiran yang sama untuk memilikinya. Persoalannya, adakah kita telah menjadi sahabat yang positif sebelum itu? Sahabat yang positif mempunyai intelek yang terpuji setelah bertindak mengikut pendekatan manusia yang mempercayai Allah dan menyedari sifat-sifat Tuhan yang sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang kepada jiwa para hamba-Nya. Sifat sahabat positif dalam bayangan mukmin disebutkan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh An-Nu’man Ibn Basher dalam Bukhari mengatakan perumpamaan mukmin yang berkasih sayang seperti tubuh badan, jika sakit salah satunya maka sakitlah keseluruhannya. Menjadi sekukuh bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain ...

Pengurusan Blog, bina masyarakat murni dengan teknologi

Catatan dari meja kerjaku di Ansar Channel Menjadi satu kegilaan dunia hari ini dalam mengembangkan kemahiran masing-masing dalam dunia internet. Jika dahulunya internet digunakan sebagai salah satu teknologi tentera kemudian bergerak sebagai kehendak bagi golongan yang berkemampuan, hari ini ialah menjadi keperluan bagi memenuhi keperluan hidup moden. Meskipun di kampung-kampung, penggunaan internet dianggap penting dan pendekatan pemasaran barangan industri kecil sederhana telah menjangkaui dunia maya. Bagi remaja, keseronokan sembang maya melalui MIRC dan MSN Messenger dan ICQ kini berkembang kepada penggunaan blog maya. Malah di mana-mana ruang pejabat sekalipun, ruangan sembang maya dan melayari blog untuk membaca kisah unik orang lain sudah menjadi fenomena biasa untuk mengurangkan stress. Blog disifatkan sebagai diari peribadi, catatan-catatan kecil, ruangan untuk berinteraksi, pusat menyebar berita dan pengetahuan serta satu penulisan individu untuk tatapan dunia. Kewujudan bl...