Langkau ke kandungan utama

Pengurusan Blog, bina masyarakat murni dengan teknologi

Catatan dari meja kerjaku di Ansar Channel
Menjadi satu kegilaan dunia hari ini dalam mengembangkan kemahiran masing-masing dalam dunia internet. Jika dahulunya internet digunakan sebagai salah satu teknologi tentera kemudian bergerak sebagai kehendak bagi golongan yang berkemampuan, hari ini ialah menjadi keperluan bagi memenuhi keperluan hidup moden.

Meskipun di kampung-kampung, penggunaan internet dianggap penting dan pendekatan pemasaran barangan industri kecil sederhana telah menjangkaui dunia maya. Bagi remaja, keseronokan sembang maya melalui MIRC dan MSN Messenger dan ICQ kini berkembang kepada penggunaan blog maya. Malah di mana-mana ruang pejabat sekalipun, ruangan sembang maya dan melayari blog untuk membaca kisah unik orang lain sudah menjadi fenomena biasa untuk mengurangkan stress.

Blog disifatkan sebagai diari peribadi, catatan-catatan kecil, ruangan untuk berinteraksi, pusat menyebar berita dan pengetahuan serta satu penulisan individu untuk tatapan dunia. Kewujudan blog sedikit sebanyak mempengaruhi perilaku penulis dan pelawatnya kerana sentuhan bersifat peribadi yang berjaya diwujudkan di antara kedua-duanya.

Sejarah blog bermula dengan bermulanya kewujudan beberapa komuniti elektronik sebagaimana diperkenalkan oleh agensi berita Ascosiated Press yang menyediakan ruangan sembang maya yang menarik jutaan pengunjung.

Satu lagi komuniti elektronik yang muncul pada peringkat pra-digital dikenali sebagai radio Amateur yang juga dikenali sebagai ham radio. Melaluinya, mana-mana individu bebas untuk melancarkan siaran radio mereka sendiri dan pada masa yang sama menyediakan glogs sebagai diari peribadi di komputer awal tahun 80an.

Impak blog dalam dunia hari ini sangat jelas, kemudahan kepada penggunanya telah menarik orang ramai serta pengusaha-pengusaha perniagaan untuk menggunakannya.

Pakar komunikasi mengatakan komunikasi interpersonal mempunyai daya tarikan dan pengaruh tersendiri dalam tindakan penerima mesejnya. Kewujudan blog dikelompokan sebagai saluran komunikasi ini apabila berlaku interaksi dua hala dan amat sesuai dijadikan sebagai medium dakwah untuk remaja dan dewasa dalam bahasa yang boleh difahami semua.

Sejak 2003, penggunaan blog telah dikembangkan melalui penyampaian dan penulisan berita. Perang Iraq menyaksikan kemunculan kumpulan pengguna blog dari pelbagai aliran yang mengetengahkan pandangan mereka masing-masing dan mengesampingkan pandangan tradisonal media Barat. Populariti berita dari blog memberi sudut ketiga kepada pengunjung untukmelihat situasi Iraq dari dimensi yang berbeza. Ia dilihat sebagai peperangan blog pertama dalam meraih sokongan ramai.

Indonesian Muslim Blogger (IMB) merupakan salah satu contoh komuniti blog yang aktif dalam gerakan dakwah maya. Ia diwujudkan dalam keadaanbukan formal dan memberi peluang untuk para pengunjung saling berinteraksi. Kewujudan awalnya bermula daripada pengendalian blog-blog peribadi yang turut menggunakan penggunaan tag pesanan ringkas yang disediakan dalam blog masing-masing.

Ia kemudiannya berkembang kepada kewujudan forum maya melalui kumpulan Muslimblog pada 16 September 2004. Laman web www.muslimblog.net diperkenalkan selepas itu. Menariknya, ia mengundang sebilangan besar para pengunjung lain yang membawa kepada IMB pada 27 November 2004. Sehingga kini, peranan blog bukan sahaja mendekatkan para penggunanya, malah beberapa siri penerbitan buku, latihan dakwah, program-program luar, ta’lim bulanan, khidmat bakti, penyediaan perpustakaan telah dilaksanakan oleh IMB yang kini mempunyai keahlian di Eropah, Asia dan Timur Tengah.

Jamaah Islam Malaysia (JIM) sebuah badan bukan kerajaan di Malaysia turut melakukan pendekatan yang sama dalam usaha memperbaiki masyarakat dan mengembangkan nilai hidup murni berteraskan Islam. Melalui Wanita JIM yang bergerak dalam membina imej dan membentuk wanita Islam agar mempunyai identiti fundamental di sudut pegangan, kontemporari dalam pendekatan dan keupayaan memimpin yang tinggi serta professional, beberapa buah blog telah diwujudkan seperti Wadah Wanita, Jendela Hikmah dan Bicara Kalbu.

Walau sepesat mana perkembangan teknologi hari ini, ia memberi keuntungan kepada semua pihak, baik mereka yang mencari keuntungan dari sudut yang positif atau sebaliknya. Perkembangan internet dengan tercetusnya dunia blog yang kini menjadi permintaan pengguna sebaiknya digunakan dalam menyampaikan mesej-mesej Islam dengan memberi maklumat yang tepat dan pada masa yang sama menjadi medium memperbaiki pemikiran dan tindakan masyarakat keseluruhan.

Ulasan

MAS RADEN@SSUKUR berkata…
Lawatlah komuniti radio amatur kami
http://www.abang9m2sy.blogspot.com

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...