Langkau ke kandungan utama

seputih kertas putih


Selama dua minggu ini aku berulang alik dengan pengangkutan awam. Pagi menaiki bas, kemudian diikuti monorail dan malamnya pula menaiki Transit Aliran Ringan (LRT). Lucu dan hairan melihat gelagat orang ramai di bandaraya ini. Selalu benar mereka akan terkejar-kejar keluar dari monorail, bas atau LRT seperti akan ketinggalan sesuatu.

Dalam minda, kita selalu mengagak kita 'sempat' dalam segala hal, tetapi perkara yang paling penting untuk berada pada masa dan tempat yang betul ialah pengurusan masa. Jika ketinggalan beberapa saat atau minit dari monorail yang sepatutnya dinaiki, tidak perlulah sampai terkejar-kejar, potong memotong di tangga keluar atau tolak menolak dengan orang lain. Keadaan ini merimaskan aku.

Tetapi hari ini ada sesuatu yang menarik berlaku dalam gerabak LRT. Seorang wanita yang aku jangka seorang India Muslim khusyuk membelek sebuah buku kecil yang tidak seteba mana. Aku sangat mengenali buku tersebut kerana itu adalah salah satu buku yang terbaik yang pernah aku baca ketika zaman sekolah menengah.

Ia adalah karya Ahmed Deedat, seorang ulama dalam bidang perbandingan agama yang sering merendahkan dirinya dengan gelaran 'orang biasa' dan 'pelajar' setiap kali dijemput menyampaikan ceramah atau debat.

Apa yang membuat aku tertarik melihat buku yang dipegang oleh gadis ini ialah balutan kertas putih yang sengaja dibuat untuk melindungi tajuknya yang bersifat provokatif. Menyedari aku turut 'membaca' sama buku yang dipegangnya, diregangnya buku itu antara dua muka untuk berkongsi.

Dia menimbulkan kekagumanku padanya. Masih mengisi ruang waktu untuk membaca sesutau yang bukan dalam kategori cerita-cerita cinta dan khayalan, tetapi sesutau yang memerlukan penaakulan minda yang cukup kemas dan teliti dalam perbandingan agama.Tidak dipedulikan orang ramai yang melihatnya.

Ada waktunya kita harus tahu bagaimana membaca sesuatu yang dianggap provokatif dan sensitif dengan pendekatan paling lembut, selembut kertas putih yang membalut buku Ahmed Deedat di gerabak LRT.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

Laman web dinaiktaraf.

Saya tidak berpuas hati maka saya ubah semuanya sekali lagi. Laman web rasmi penulis ditukar untuk kali ke berapa, saya sendiri sudah tidak pasti. Tetapi saya jangkakan laman web wajah baru ini bakal kekal dengan wajah ini bagi tempoh yang lama. Saya sedang cuba-cuba belajar menggunakan beberapa perisian grafik bagi keperluan foto di dalam laman web. Apa yang kasar dihaluskan, apa yang bertompok dihilangkan, apa yang gelap dicerahkan. Saya seperti kembali kepada usia 21 tahun, bermain-main dengan perisian grafik di komputer rakan saya. Zaman olok-olok. Kami bergembira dengan gambar dan warna. Kami hasilkan kulit album olok-olok. Kemudian kami hasilkan laman web ringkas seolah-olah laman web sebuah kumpulan muzik. Saya masih ingat lagi, kami berempat baru pulang daripada kelas bahasa Arab. Berlatar belakang dinding dengan permukaan berpasir dan kasar, kami mengambil gambar di situ. Sampai di bilik, kami ubah suai dan menjadi kulit album kumpulan ahli muzik. Bertudung labuh ke konsert un...