Satu malam yang mengubah banyak perkara. Selepas satu persatu keputusan pertandingan diumumkan dihadapan melebihi 2000 hadirin yang menjayakan bersama sambutan kemerdekaan malam itu yang melibatkan kehadiran para pensyarah, wakil jabatan dan para pelajar yang membanjiri tangga besar kampus malam itu, kami dalam kegelisahan untuk menantikan keputusan pada malam itu bagi pertandingan menghiasi kolej. Terdapat 14 kolej yang menyertai pertandingan tersebut. Sebagaimana disebutkan oleh pengacara majlis, pertandingan tahun ini menunjukan satu persaingan yang sengit. Dari tempat ketiga disebut sehinggalah kedua, kedua-duanya dimenangi oleh kolej perempuan. Kami semakin berdebar-debar. Dalam benak pemikiran kami, seolah-olah kemenangan sebagai satu pasukan akan disambut pada malam ini. Tambahan lagi, kami hadir dalam keadaan berbeza. Persamaan jelas kelihatan dari apa yang kami pamerkan secara fizikal, dengan pakaian rasmi MRC dan kemeja-T MALIC berwarna coklat bersama-sama 5 buah bendera Mala...
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.