Langkau ke kandungan utama

Mahallah Ali & kemenangan 31 Ogos

Satu malam yang mengubah banyak perkara. Selepas satu persatu keputusan pertandingan diumumkan dihadapan melebihi 2000 hadirin yang menjayakan bersama sambutan kemerdekaan malam itu yang melibatkan kehadiran para pensyarah, wakil jabatan dan para pelajar yang membanjiri tangga besar kampus malam itu, kami dalam kegelisahan untuk menantikan keputusan pada malam itu bagi pertandingan menghiasi kolej. Terdapat 14 kolej yang menyertai pertandingan tersebut.
Sebagaimana disebutkan oleh pengacara majlis, pertandingan tahun ini menunjukan satu persaingan yang sengit. Dari tempat ketiga disebut sehinggalah kedua, kedua-duanya dimenangi oleh kolej perempuan. Kami semakin berdebar-debar. Dalam benak pemikiran kami, seolah-olah kemenangan sebagai satu pasukan akan disambut pada malam ini. Tambahan lagi, kami hadir dalam keadaan berbeza. Persamaan jelas kelihatan dari apa yang kami pamerkan secara fizikal, dengan pakaian rasmi MRC dan kemeja-T MALIC berwarna coklat bersama-sama 5 buah bendera Malaysia dan bendera kolej berlatar belakangkan logo dan warna biru yang disifatkan sebagai warna perpaduan dalam bendera Malaysia. Ia benar-benar menarik perhatian dan keganjilan apatah lagi apabila bendera 'ganjil' berkibaran di hadapan hadirin apabila ia bersama-sama muncul di pentas utama sehinggakan ada yang bertanya, "Bendera negara mana atas pentas itu?"
Jawapannya jelas terjawab dengan nama mahallah Ali disebut sebagai pemenang pertandingan mengibar Jalur Gemilang. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya kami setelah berhadapan dengan cabaran dan penilaian awal yang sering mengaitkan kolej lelaki sebagai kolej yang kurang kreatif dan tidak ada sentuhan kreativiti sebelum ini. Mungkin dengan satu-satunya kolej lelaki yang melakar sejarahnya di hadapan mereka hari ini akan mengubah perjalanan dan semangat warga Ali dan semangat kolej-kolej lain untuk sama-sama bergerak sebagai pasukan dan mencapai matlamat bersama. Betapa besarnya motivasi ramai manusia dan satu kepala yang kami perolehi malam ini. Salam kemerdekaan untuk semangat.
Tahun hadapan satu cabaran besar akan dihadapi bersama. Kemungkinan konsep kami akan ditiru oleh kolej-kolej lain dalam pertandingan akan datang. Semestinya apa yang mereka lihat dari kaca mata wakil-wakil mereka yang dijangka 'menang' akan membuahkan idea-idea baru akan memberi impak lebih besar kepada mereka. Namun sebagaimana kata Donald Trump 'Apprentice', "Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang lain..." Itulah nasihat yang berguna kepada kami.
Jika ditanya apa jenis kemenangan yang kami miliki pada malam ini. Izinkan aku menyenaraikan satu persatu:
  1. Kemenangan bersama bermula dengan semangat bersengkang mata sehingga selepas solat Subuh untuk sama-sama memanjat bumbung dan tiang, mewarna pintu gerbang dan hiasan ala kenduri kahwin sepanjang seminggu.
  2. Kemenangan bersama timbul dengan kerjasama dan nilai semangat dan sahabat yang ditonjolkan oleh pengetua dan kakitangan kolej yang memberi semangat dan ruang untuk kami menonjolkan kreativiti melalui kebebasan dan bantuan alat-alat.
  3. Kemenangan bersama timbul apabila beberapa orang pelajar antarabangsa datang kepada kami dan berminta dengan usaha kami mendedahkan sejarah perjuangan dalam bahasa yang mereka fahami sehinggakan ada yang terasa tempias Merdeka dengan meminta bendera untuk digantungkan di hadapan bilik mereka.
  4. Kemenangan bersama timbul apabila malam itu, kami memakai pakaian rasmi bersama dan berjalan kaki antara ahli MRC dan staff ke tapak persembahan tanpa rasa janggal sebaliknya membawa semangat kekitaan yang tidak ditonjolkan oleh mana-mana mahallah.
  5. Azam kami ialah memberi label yang baik terhadap pengetua dan kakitangan serta ahli keluarga kolej Ali, apa yang kami lakukan pada malam itu ialah penjenamaan yang baik untuk mereka khususnya yang baru menakhodai kepimpinan Ali.
  6. Kemenangan bersama timbul sepanjang masa kami menyiapkan lanskap kemerdekaan dengan memberi jangkaan 'tinggi' bahawa kolej-kolej lain, khususnya kolej perempuan akan membawa sesuatu yang menarik dan jauh ke hadapan. Kami cuba memahami minda dan hati perempuan dalam setiap gerak kerja kami. Kerana kami memahami wanita mempunyai kreativiti yang tersendiri yang perlu dikagumi.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...