Langkau ke kandungan utama

Peluang hadir dalam tindakan yang kecil

Dari pengamatanku seminggu dua, saya dapati antara cara hendak memudahkan kita untuk membina keyakinan diri dan mencipta peluang-peluang yang baru ialah dengan melatih diri dengan perkara-perkara kecil. Misalnya dalam seminggu lalu ada perkara-perkara yang kelihatan kecil tetapi impaknya memberi nilai motivasi yang menjadi pengajaran mendalam kepada diri.

Satu berlaku di kelas sementara satu lagi ketika program Saudara Naim dalam ceramahnya Membina Karisma Dalam Kepimpinan. Dalam kelas pengajian Communication Reserah Method (CRM) Profesor Fazal Rahim Khan, pensyarah Pakistan yang secara peribadinya aku melihat sebagai jentera pemikir kewartawanan dan pakar dunia media Muslim-Barat bertanyakan kepada pelajar tentang peringkat-peringkat dalam membuat kaji selidik bagi tujuan akademik. Beliau menghilangkan salah satu langkah penting dalam proses membuat kaji selidik. Tawaran markah untuk jawapan yang tepat membuat ramai yang teruja. Maka ramai yang mencuba tapi majoriti tidak berjaya.

Kebetulan kumpulan tugasanku membuat benda berkaitan dengannya dan saya pula yang difokuskan kepada perkara tersebut, tetapi tidak pula saya jawab, cuma berkata dengan suara yang rendah sehinggalah rakan seorang lagi, sahabatku dari Guinie yang merupakan ahli kumpulan tugasan mendengarnya dan menjawab. Terkejut aku, cepat benar sahabat seorang ni bertindak. Senyum saja pensyarah mendengar jawapannya.

Peristiwa kedua ialah ketika ceramah saudara Naim, hadirin seorang yang menjawab soalannya (dan mendapat dua buku percuma tulisannya) betul-betul duduk di sebelahku. Soalan kedua saudara Naim cukup mudah berkaitan bahasa badan yang melambangkan autoriti, maka ditanya apakah yang bahasa badan Tun Mahathir yang menunjukan karismanya dan autoritinya dalam gambar yang ditunjukkan. Ada yang cuba menjawab namun kurang tepat. Ketika itu aku hanya memandang sahaja skrin di hadapan untuk membaca bahasa badan Tun Mahathir dalam satu pertemuannya dengan seorang pemimpin dalam acara rasmi dan jawapannya ialah pada bahunya. Masalahnya aku tak menjawab sekadar suara jawapan timbul dalam hati dan sekadar tepuk bahu sendiri (secara spontan) sehinggalah saudara sebelah nampak dan menjawabnya.

Jadi apa kaitannya dengannya dengan kisah merebut peluang dengan cerita kecilku? Mesejnya ialah gerakan diri untuk mengambil peluang dan robohkan rasa bimbang dalam diri dengan mengambil tindakan-tindakan kecil. Itulah motivasinya. Idea boleh disusun tetapi asasnya menguasai keberanian untuk bertindak adalah tuntutan awalnya. Tak mengapalah jika ia sekadar menjawab solana guru, pensyarah atau hendak bertanya soalan. Ia adalah cantuman 'jigsaw' untuk melangkah ke pengucapan awam.Inilah satu pengajaran motivasi yang baik yang berlaku dalam diriku sepanjang seminggu lalu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...