Langkau ke kandungan utama

Masing-masing kenalah ambil tahu

Sehari sebelum hujung minggu, aku dihubungi oleh abangku.
"Sibuk tidak?" tanyanya
"Kenapa?"
"Esok, minta tolong sikit di kedai." ajaknya.

Abangku dan isterinya akan membuka perniagaan mereka yang pertama dalam minggu ini. Memang semangat hendak berniaga sudah lama kelihatan dari gaya mereka berbual, awal-awal ia seperti interaksi bersifat berkongsi impian dengan orang lain. Semakin diceritakannya semakin bersemangat mereka. Alhamdulillah, hasrat mereka tercapai.

Dalam sibuk-sibuk membantu, aku sempat mendengar cerita-cerita mereka tentang keusahawanan Melayu di Kuala Lumpur. Ketika itu kami sedang melintasi sebuah kedai menjual cermin mata di Gombak.

Kakak iparku lantas menudingkan jarinya ke kedai itu, "Di situlah kakak buat cermin mata. Dapat harga murah. Kakak sempatlah tanyakan untuk perniagaan seperti ini berapa keuntungan sebulan? Pekerjanya cakap, untung bersih majikannya sahaja RM30,000"

Amboi, besar benar nilai keuntungan tersebut kalau dibandingkan dengan kedai kecilnya. Tapi jika dicongak-congak, tidak mustahil kalau ada lebih dari satu kedai kecil seperti itu. Tambahan lagi, untuk sewa sebuah kedai yang besar sedikit dari yang dimilikinya di tempat yang sama mencecah RM10,000-RM15,000 sebulan. Untungnya tak mungkin kurang dari itu.


Minggu ini, perniagaan mereka akan dibuka. Menjual kain tudung, kain meter untuk baju kurung dan aksesori hiasan wanita. Berjiran dengan kedai pakaian dan pustak kecantikan sebelah menyebelah di tingkat dua sebuah kompleks membeli belah baru sekitar kawasan Medan Idaman. Malam itu, ada sahaja perkara-perkara kecil yang menjadi modal perang mulut antara mereka, lucu pun timbul dalam hati. Masakan tidak, panjang kain hendak digantung pun boleh menjadi isu panjang. Tapi sekadar perkara sekecil itu, kelihatan seperti hiburan buat mereka dalam melayan kekhusyukan mengatur ruang kedai. Mengapa aku berkata ia seperti hiburan? Mereka 'berperang' sebentar, tetapi cepat bersetuju.

Ada juga satu dua perkara baru dalam dunia bisnes berasaskan keperluan wanita yang aku pelajari malam itu. Hari ini, orang lelaki tidaklah boleh menjadikan alasan untuk tidak memahami dunia wanita. Maing-masing tidak boleh tolak menolak dengan alasan "Ini kerja orang lelaki..." atau "Ini kerja orang perempuan..." tetapi dua-dua kena ambil tahu... Termasuklah aku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...