Langkau ke kandungan utama

Kerana Cinta Makanan segera menjadi pilihan

Makanan segera atasi tekanan
Berita Harian 27 Ogos 2005


LONDON: Satu pertiga remaja Britain mengakui mereka memilih makanan sebagai cara paling berkesan menenangkan diri kerana tekanan akibat masalah cinta yang disifatkan pakar boleh memberi kesan buruk ke atas fizikal dan menjejaskan mental seseorang.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, Kumpulan Priory yang membantu mereka yang menghadapi masalah pemakanan, melakukan satu tinjauan ke atas 1,000 responden berusia 15-24 tahun yang mengalami masalah pemakanan yang buruk.

Lebih 60 peratus responden mengakui berasa tenang apabila memakan coklat manakala 43 peratus lain berasakan perasaan sama dengan mengambil makanan segera.

Perkembangan itu sebaliknya membimbangkan pakar yang risau dengan tabiat pemakanan remaja.

Pakar itu turut memberi amaran, tindakan bergantung kepada makanan sebagai cara menenangkan diri, sebaliknya membawa kepada masalah lebih besar - pemakanan yang tidak betul.

Lebih membimbangkan, pakar mendakwa tabiat pemakanan yang buruk itu boleh memberi kesan kepada aspek fizikal dan menjejaskan tahap mental mereka.

Perunding Psikatri Priory Group, Dr Peter Rowan berkata, apa yang menyedihkan barisan remaja dan awal dewasa itu akan mendidik generasi seterusnya yang boleh mewarisi tabiat buruk itu.

“Jika aliran itu berterusan, tabiat pemakanan itu boleh bertukar daripada penggantungan kepada keperluan makanan dan kesihatan dan masalah ini akan terus meningkat pada masa depan,” katanya. – Agensi

Hampir 1.1 juta warga Britain dikenal pasti mengalami masalah pemakanan yang serius, tetapi bilangan penghidap sebenar dipercayai lebih ramai.

Secara keseluruhan, Priory Group itu menganggarkan kira-kira 11 juta golongan dewasa Britain berdepan pelbagai masalah membabitkan makanan.

Ia mendapati 52 peratus dewasa mengakui ketagihan coklat apabila berdepan masalah dan 25 peratus lain sebaliknya memilik makanan segera.

Bagaimanapun hanya 63 peratus mengakui berasa kurang menarik apabila berat badan meningkat dan 74 peratus lagi berasa yakin apabila mengamalkan tabiat pemakanan sihat.

“Mereka ini sebenarnya terdesak mengatasi masalah hidup akibat kesunyian, daya keyakinan diri yang rendah, kemurungan serta berasa tidak selamat,. Dalam erti kata lain, mereka ini dahagakan cinta.

“Apa yang menyedihkan, cara mereka mengatasi masalah itu dengan makan, boleh menimbulkan masalah lebih teruk seperti pelbagai masalah kesihatan akibat kegemukan. Malah ketagihan makanan itu boleh menjadi satu bentuk masalah kesihatan mental yang serius,” kata Dr Rowan. – Agensi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...