Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pengurusan Media Sosial untuk Organissi

Mohon doa semoga organisasi ini mendapat manfaat dalam coaching selama dua hari untuk pegawainya. Ditambah lagi dua sesi susulan dan pemantauan pre dan post result. Semoga Allah permudahkan. Pengurusan Media Sosial sesuai bagi (1) Bisnes yang memerlukan penglibatan aktif dengan pengguna. (2) Guru yang mahu menjadikan ia sebagai medium pembelajaran (3) Organisasi kerajaan dan swasta yang mahu mengurus persepsi dan imej. Mereka yang berminat menyertai coaching emelkan ke zamrimohamad@gmail.com dengan subjek emel Coaching Media Sosial. Mohon doa semoga organisasi ini mendapat manfaat dalam coaching selama dua hari untuk pegawainya. Ditambah lagi dua sesi susulan dan pemantauan pre dan  post result. Semoga Allah permudahkan. Pengurusan Media Sosial sesuai bagi (1) Bisnes yang memerlukan penglibatan aktif dengan pengguna. (2) Guru yang mahu menjadikan ia sebagai medium pembelajaran (3) Organisasi kerajaan dan swasta yang mahu mengurus persepsi dan imej. Mereka ya...

Must Read, Peta Minda dan Penulisan

Alumni bengkel penulisan Must Read Sdn Bhd menggunakan bulan Ramadan bagi menyiapkan manuskripnya dan mengaplikasi kaedah peta minda bagi mengurus kerja-kerja penulisan. Ini adalah contoh kerja Tuan Syihabudin Ahmad bagi buku praktikal solat. Klik bagi paparan lebih jelas. Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya.?  Klik di sini      

Nilai yang jelas menjadi pilihan pembaca

Mengapa pembaca membaca karya saudara? Soalan ini dijawab dengan mengenalpasti apakah nilai yang diberikan oleh penulis kepada pembaca. (1) Karya saudara memudahkan saya. (2) Karya saudara murah untuk saya miliki (3) Karya saudara mempunyai pakej yang menarik perhatian saya (4) Karya saudara membezakan dan mengangkat saya apabila memilikinya (5) Karya saudara mengurangkan kos yang perlu saya tanggung (6) Karya saudara mengurangkan risiko yang saya hadapi Karya kita membawa satu atau lebih sebab mengapa mereka membacanya. Kita akan perhalusi satu persatu agar kita jelas bagaimana karya kita dibangunkan secara keseluruhan. Dari segi penulis, memilih nilai yang jelas untuk pembaca membantu kita menulis dalam keadaan lebih terarah dan menepati subjek. Pembaca dapat mengenalpasti dengan jelas nilai karya kita berbanding karya lain. Nota : Kami mengolah semula dan mengadaptasi elemen di dalam Model You Business. Maka kami akan mengubah berdasarkan kesesuaian. Bagaimana...

Kenal penulis, mudahlah penulis berkarya

Siapakah penulis? Penulis memberi khidmat kepada pembaca. Perkhidmatan diberikan melalui subjek yang ditulisnya dalam buku. Penulis wujud selagi mana pembaca membaca buku yang ditulis. Penulis adalah satu komponen yang penting dan terus memainkan peranan menarik perhatian pembaca melalui penulisan. Mengapa penulis masih relevan? (1) Adakah kita menulis pada status Facebook? (2) Adakah kita membaca pada status Facebook. (3) Adakah kita mengklik butang share selepas membaca apa yang ditulis oleh seseorang? (4) Adakah kita mengklik butang like pada Facebook? (5) Adakah kita sama-sama menulis dengan meninggalkan komen pada hasil status orang lain? Bukankah semua ini berpunca daripada kerja seorang penulis? Memetik kata-kata mentor bisnes penerbitan saya, "Beza aktiviti sesama penulis adalah, berapakah duit yang terhasil daripada penulisan itu?" Siapakah pembaca? (1) Pembaca adalah individu yang membaca karya penulis sama ada secara berbayar atau pun percu...

Siapakah pembaca menentukan gaya penulisan

Mereka yang mahu menjadi penulis perlu menjawab soalan ini (1) Siapakah pembaca? (2) Apakah perkara dalam buku kita yang dapat memudahkan tindakan pembaca? Orang membaca novel bagi memenuhi cawan emosi dan imaginasinya. Orang membaca buku tip kewangan bagi mencari cara menambah wang dan mengurangkan hutang. Siapakah pembaca bagi kedua-dua kategori ini adalah berbeza. Isi kandungan dalam dalam kedua-dua buku yang dapat memenuhi tindakan pembaca juga berbeza. Karya mesti mempunyai model yang jelas bagi memenuhi kehendak pembaca. Peraturan yang sama tertakluk dalam teknik penulisan rencana. Pelanggan kita berbeza mengikut ruangan dan jenis majalah. Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya.?  Klik di sini      

Semakin ditulis, semakin hilang pembaca

Saya menerima emel mengandungi satu artikel pendek untuk dinilai. Apa yang saya lakukan, saya letakkan ia di tempat terbuka biar pembaca menilai. Ini adalah tajuk dan perenggan pertama artikel pengirim tersebut. Bayangkan orang sedang membelek artikelnya dalam majalah atau ia merupakan bab sebuah buku. Saya bertanya kepada para pembaca yang sanggup mengeluarkan duit bagi membeli. Apakah perasaan pembaca lelaki dan wanita apabila membaca sebuah buku dengan ayat, "Makanan nafsu bagi lelaki adalah wanita." Saya hanya memetik sebahagian ayat dalam satu perenggan sahaja Ini sebahagian jawapan mereka. Agak kasar dan sepertinya tiada etika dalam berbahasa. Saya boleh terima faktanya tapi ayat itu boleh dimurnikan supaya sesiapa yang membaca 'tidak terasa hati'. Kalau ayat lebih sopan maksudnya akan mudah diterima. Ini ayat pendapat. Tidak persuasif. Perasaan membaca: Penulisnya kurang pendidikan. Perkara realiti, tapi ditulis tanpa menggunakan ayat berlap...

Tulis bersama-sama, untung bersama-sama

Menjadi penulis buat pertama kali adalah satu perkara yang sukar. Situasi sukar disebabkan beberapa perkara. (1) Tidak ada pengalaman menulis sebelum ini yang dapat dijadikan pendorong. (2) Penulisan bukan perkara penting kepadanya. Jika tidak menulis pun, individu itu masih boleh mendapat gaji daripada pekerjaan sedia ada. (3) Percaya bahawa karyanya tidak sedap dibaca. (4) Terasa bahawa menulis merupakan proses yang mengambil masa lama. Semakin lama semakin kurang daya menulis. Salah satu perkara yang dapat dilakukan bagi mengatasi situasi ini adalah bermula dengan menulis secara bersama. Ketahui siapakah di kalangan individu yang kita kenali mahu berkolaborasi menulis bersama-sama. Saling mendorong dengan menyiapkan bab demi bab dari masa ke semasa. Manuskrip dapat disiapkan segera dan kita dapat mengawal emosi kesukaran dalam diri. Zaman 'kedekut' menulis seorang diri kerana mahu royalti seorang diri sudah lama berlalu. Apa gunanya menulis seorang diri sehi...